Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Tuesday, December 14, 2010

2012: The End Of The World? - Akan Tiba, Cuma Bila Kita Tak Pasti. Hanya Allah Saja Mengetahuinya!

Credit:Google

Perbicaraan mengenai hari kiamat memang super hot diperkatakan tahun lalu. Tahun ni apa kurangnya juga. Lebih2 lagi bila ramai yang memperkatakan, malah meramalkan kiamat akan menjenguk kita pada tahun 2012 iaitu setahun lebih dari sekarang. Itu cuma ramalan, bukan kebenaran peristiwa itu akan berlaku pada tahun itu.


Walau bermacam2 cerita dan peristiwa yang makin mengambarkan kita mendekati hari kiamat. Namun, kita sebagai umat Islam harus percaya dan yakin bahawa hanya Allah saja yang mengetahui bila hari kiamat akan tiba. Hari kiamat pasti akan menjenguk kita semua tapi agak sukar untuk menentukan bila masanya. 


Aku sendiri pun taklah pandai sangat berbicara pasal hari kiamat ni. Apa yang aku tahu, hari kiamat pasti akan tiba dan hanya Allah saja tahu bila masanya. Jadi, kita haruslah sentiasa tambahkan amal ibadat dan tinggalkan perkara tak elok serta sewaktu dengannya.


Cerita terbaru mengenai hari kiamat ni, disiarkan dalam berita harian hari ini. Di mana pihak kerajaan menafikan dakwaan Planet Nibiru akan melanggar bumi pada tahun 2012.

Kerajaan nafi dakwaan Planet Nibiru akan langgar bumi pada 2012

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung. 
"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan berkenaan.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutama di internet sejak tahun lalu. - BERNAMA

Kiamat pasti tiba, bila? Hanya Allah saja mengetahuinya!!

Emm..apa pandangan anda? Aku tak pernah dengan nama Planet Nibiru ni. Maybe penemuan terbaru agaknya. Apa2 pun mudahan kita sentiasa di bawah lindungan Allah selalu. Amin.

4 comments:

faizalnizam said...

hanya Allah jua yg mengetahui masa sebenarnya.

secret said...

ia akan tiba...dan kita tk dpt lari drnya...hanya Allah yg tahu bila msnya

EmanTheHalia said...

urm bile planet tu lalu. kite x de gune da iphone laptop semua bagai dah.

Admin said...

yup...hanya Allah saja mengetahuinya.

EmanCloud...mmglah ms tu tk pakai tu semua, semua lari myelamatkan diri

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."