Credit:Google
Bagi yang sudah menempuh alam perkahwinan pasti dapat membezakan layanan si dia sebelum dan selepas kahwin. Adakah layanan si dia masih sama semasa anda berdua di lamun cinta asmara atau semasa awal perkahwinan dulu?
Kebanyakan yang saya dengar dari rakan-rakan yang dah berkahwin, mereka ceritakan kepada saya. Yang layanan suami mereka lain dan jauh berbeza semasa sebelum kahwin dulu. Masa kenal dulu bukan main baik sangat, bila dah kahwin keluarlah sikap buruk yang kita tak berkenan tu.
Tapi bagi saya tak semua orang akan berubah selepas kahwin. Ada setengahnya masih kekal dengan kemesraan mereka masa berkasih mesra dulu. Ada juga yang lebih romantik. Bagi saya mengekalkan kemesraan dan semarakkan cinta sepanjang masa penting dalam hubungan. Baru kasih sayang sentiasa berseri. Entahlah itu pendapat saya saja.
Sekali-sekala keluar dinner romantik best juga
Menyintai atau menyayangi seseorang ni semacam payah juga kadang-kadang. Terlalu sayang sangat pun payah. Tak sayang pun payah. Sedang-sedang jelah. Yang penting kasih sayang dan cinta sentiasa bersemi dalam hati masing-masing.
Layanan si dia berbeza selepas atau sebelum kahwin bergantung pada hubungan yang anda bina sendiri. Keharmonian sesebuah rumahtangga penting untuk sebuah hubungan yang kekal selamanya. Kalau boleh nak hubungan yang sentiasa disinari kasih sayang sentiasa. Semua orang nak perfect tapi bukan semua kita akan dapat. So, usaha dulu baru tau resultnya.
Nukilan;
3 comments:
daku x kawen lagi....
maka x tahu perbezaannya..T__T
semuanya adalah depend pada setiap pasangan.. tak semua yang sama, janji bertolak ansur dan terima seadaanya
cik nunu: maya pun tk tau...hhehe
Liana: btl tu, tolak ansur tu ptg dlm stiap hub, kalau tk ranap jwpnye...
Post a Comment