Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kebebasan. Show all posts
Showing posts with label kebebasan. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

CoretanMaya: Benarkah Usia, Perkara Sensitif Buat Wanita

Usia yang meningkat, mengudahkan rasa hatiku


Peningkatan umur setiap tahun memang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Kalau tak naik2 umur seseorang tu, lain pula kisahnyakan. Pertambahan umur anda ni sebenarnya berhubungkait dengan kematangan anda. 


Tapikan selalunya bila ditanya pasal usia seseorang wanita, agak payah nak tahu berapa usia sebenarnya. Sebab ada setengah wanita tidak berfikiran terbuka mengenainya. Tentunya ada sebab tertentukan.


Bagi sayalah, setiap wanita ni mempunyai pendapat tersendiri mengenai umur ni. Bagi wanita yang masih remaja dan muda, pastinya tak kisah bila ditanya mengenai usiakan. Masih muda ma. Buat apa segan2 nak bagitau usia sendiri. Bukannya dah tua pun..ha2. 


Bagi golongan ni, mereka sudah tidak sabar2 untuk menunjukkan kematangan mereka. Betul ke? Maybe jugalah. Setengah orang je. Sebab itulah setengah daripada golongan ni kita tengok rupa mereka lebih dewasa daripada umur sebenar. Tapi macam mana pula bagi wanita rupa nampak muda tapi usia dah tua. Emmm...tu namanya awet mudakan...he3.

 Bila muda, cantik berseri.

Bagi wanita yang berumur 20-an macam tu, mereka ni taklah sensitif wanita yang berumur 30-an bila ditanya mengenai umur mereka. Sebab still young dan mereka sudah mempunyai kerja dan wang sendiri. Serta ibubapa kurang mengawal mereka dan pastinya kebebasan itu berada dalam gengaman mereka. Namun, tak bolehlah bebas sangat. Ada batasnya juga. Jangan bebas sampai termasuk ke lembah kegelapan je. Mintalah dijauhkan ye.


 Bila tua, tetap cantik berseri dengan senyuman ikhlas dihati.

Apabila seseorang wanita meningkat usia dan sudah masuk ke era 30-an. Persoalan mengenai umur menjadi isu yang agak sensitif bagi mereka. Bagi yang sudah berumahtangga mungkin tidak kisah bila disoal mengenai usia merka. Tapi lain pula kesnya bagi wanita yang belum mempunyai pasangan hidup dan berumahtangga. Pastinya tidak gemar diaju persoalan mengenai usia ini. Maybe setengah wanita je yang bersikap demikian.


Bagi saya pula. Entahlah ikut keadaan. Ada masanya bagitau, ada masanya malas nak layan. Bila dibagitau perkara sebenar. Tak percaya pula. Itu yang malas nak jawab soalan pasal usia ni. Macam mana pula dengan anda? anda sensitif ke bila disoal soalan pasal usia ni? Tepuk dada tanya minda...he3.

Nukilan;


Wednesday, December 1, 2010

CoretanMaya: Apa Beza Layanan Si Dia Selepas & Sebelum Kahwin

 Credit:Google

Bagi yang sudah menempuh alam perkahwinan pasti dapat membezakan layanan si dia sebelum dan selepas kahwin. Adakah layanan si dia masih sama semasa anda berdua di lamun cinta asmara atau semasa awal perkahwinan dulu?

Kebanyakan yang saya dengar dari rakan-rakan yang dah berkahwin, mereka ceritakan kepada saya. Yang layanan suami mereka lain dan jauh berbeza semasa sebelum kahwin dulu. Masa kenal dulu bukan main baik sangat, bila dah kahwin keluarlah sikap buruk yang kita tak berkenan tu.

Ada masanya mereka suka sangat nak control kebebasan kita sampai itu ini pun tak dapat dilakukan. Control suami or isteri boleh tapi jangan terlalu melampau. Setiap orang ada hak tertentu dan batasnya. Jangan sampai mengongkong kehidupannya. Terasa macam hidup dalam neraka pula. Tapi neraka lebih dasyhat kan??


Tapi bagi saya tak semua orang akan berubah selepas kahwin. Ada setengahnya masih kekal dengan kemesraan mereka masa berkasih mesra dulu. Ada juga yang lebih romantik. Bagi saya mengekalkan kemesraan dan semarakkan cinta sepanjang masa penting dalam hubungan. Baru kasih sayang sentiasa berseri. Entahlah itu pendapat saya saja.


 Sekali-sekala keluar dinner romantik best juga

Menyintai atau menyayangi seseorang ni semacam payah juga kadang-kadang. Terlalu sayang sangat pun payah. Tak sayang pun payah. Sedang-sedang jelah. Yang penting kasih sayang dan cinta sentiasa bersemi dalam hati masing-masing.

Layanan si dia berbeza selepas atau sebelum kahwin bergantung pada hubungan yang anda bina sendiri. Keharmonian sesebuah rumahtangga penting untuk sebuah hubungan yang kekal selamanya. Kalau boleh nak hubungan yang sentiasa disinari kasih sayang sentiasa. Semua orang nak perfect tapi bukan semua kita akan dapat. So, usaha dulu baru tau resultnya.


Nukilan;

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."