Bagi anda yang sememangnya kaya segala macam, tak kira kaya harta duit haram ke, duit usaha sendiri ke or duit rompakan ke. Nak tanya sikit, sanggup ke engko orang nak beli kalendar yang berukiran kaca yang dihiasi berlian seperti gambar dibawah ni:
Kosmo
Aku terus teranglah, tak mahu habiskan duit sebanyak RM8.38 juta hanya kerana kalender ni. Walaupun dihiasi permata ke, emas ke...aku tak kisah. Tak mahu juga. Dari buang duit ke situ, elok dermakan kepada yang memerlukan. Betul tak? Lainlah kalau engko orang rasa terlalu kaya sangat, sampai tak tau buang duit tu kat mana. So, belilah. Tu hak engko orang. Aku just cakap je...hahaha.
Tapi kalau tujuan nak buat kalendar ni untuk bantu yang kurang bernasib baik. Aku memang sokong 100%. Siapa tak nak sokong tu.......jangan baca habis entry ni..hehe.
Kalendar bernilai RM8.38 juta
LONDON - Kalendar yang dihasilkan menerusi kaca dan dihiasi dengan berlian dan emas dianggarkan bernilai £1.7 juta (RM8.38 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut pengeluar kalendar itu, syarikat Octagon Blue GVC dari Belgium, seramai 50 kakitangan bekerja untuk memastikan ia akan siap menjelang Krismas.
Kalendar itu mengandungi 24 berlian berharga dan nombor-nombor diukir bagi mewakili hari.
"Kami berasa gembira dengan kalendar ini dan saya pasti ia akan membuatkan seseorang berasa gembira," kata Pengarah Octagon Blue GCV, Oscar Brethouwer.
Kalendar itu dibenarkan untuk tujuan pengiklanan dan hasil jualannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan. - Agensi
2 comments:
keh3..
habes duit wadud..
baek wat kawen lagi baguih..:D
hahaha...oklah tu...
Post a Comment