Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Sunday, December 5, 2010

CoretanMaya: Apa Yang Anda Harapkan Pada Sebuah Hubungan Cinta?

Secawan cinta!!

Saya nak tanya anda, apa yang anda harapkan pada sebuah hubungan cinta? Kenapa anda nak bercinta? Adakah kerana terikut dengan kawan2 anda. Yelah, kawan2 dah ada pasangan, so anda pun teringin nak berpasangan juga. Ni kes masa zaman sekolah2 dulu or masa usia masih fresh.


Bila usia dah meningkat, pastinya hubungan cinta pun makin lebih matang dan serius. Lebih ke arah memikirkan masa depan untuk hidup bersama dan membina sebuah mahligai indah yang dihiasi putera puteri yang comel2 hasil hubungan suci yang terjalin antara anda berdua.


Tapi masa sekarang hubungan cinta nampaknya lebih kepada nafsu semata-mata. Kenapa saya kata macam tu? Tengok saja kes yang hangat diperkatakan sekarang. Kes buang bayi. Bila asyik dalam cinta, si lelaki yang bukan berniat nak serius dalam hubungan. Cuba meminta si perempuan membukti cintanya dengan memberi sesuatu berharga dalam dirinya. Lepas lemah dengan pujuk rayu. Si perempuan layu dalam dakapan dosa si lelaki.


Akhirnya apa berlaku? Ha nilah yang berlaku…..
Bayi tak berdosa ibarat sampah dibuang begitu saja.

Bukti cinta dah terhasil, mana pergi si lelaki pula. Dah buktikan cinta dengan nilai sebuah maruah si perempuan. Takkan hilang kot. Si perempuan pula, mana nilai kasih sayang keibuan dan kemanusian anda. Sanggup anda buang dan bunuh bayi tak berdosa ya. Ingat bayi tu sampahkah? Cuba diri anda diperlakukan seperti itu. Macam mana rasa? 


Ingat!! Apa yang anda lakukan sekarang akan sentiasa mengekori anda sampai bila2. Penyesalan tak berguna lagi. Dan bila si anak bertanya kepada anda berdua atas perbuatan kamu berdua. Apa anda akan katakan?


Kita menjalinkan hubungan cinta bukan untuk mempermainkan maruah orang lain. Bukan untuk menjadikan bayi tak berdosa menjadi mangsa kekejaman anda. Mudahan Tuhan membuka pintu hati generasi sekarang agar lebih bersikap bertangungjawab dan bertimbangrasa. Lebih bersikap kemanusiaan. Dari sikap kebinatangan. 


Moga Tuhan selamatkan generasi baru kita dari tercemar arus kemodenan yang sering menangih perubahan sikap dan pemikiran manusia. Berubah ke arah baik tak pe, ni lebih kepada kemusnahan saja. Fikir-fikirkanlah!!!.

Nukilan;


13 comments:

Sang Gabriel said...

susah mau cari cinta yg berkualiti skrg

Admin said...

Gaban...maybe juga, tp diri tu kenalah bkualiti juga...hehehe

Dzasc Skachers said...

bayi? jawab ler ngon Allah nanti..
huhu... tanggngjawab yang sepatutnya dipikul menjadi satu bebanan yang sangat berat..

Nik said...

bila cinta dah dikuasai nafsu mcm tu la jadinya.buang bayi merata2.mcm senang jea diorg ni kan :).buat mcm buang sampah jea.

yg pompuan tak de sifat naluri keibuan lansung.

nazihahisa said...

cinta yg abadi, cinta pada maha pencipta..kalau berlandaskan nafsu semata.. itu yg jadi

Cik Shidot said...

amat setuju! sedih melihat kes2 bayi dibuang nie..

eiela said...

kalau tanya individu mestilah nak kebahagiaan dan hubungan berkekalan kan, tapi biarlah berpada jangan melampaui batas akal. merana hidup..

Latest Entri :
Blogwalking Diganti Dengan Bloglarian

student said...

cinta yang benar untuk dihargai, untuk dinikmati, untuk diselami.

cinta berasaskan nafsu, menjadi hamba pada nafsu jua akhirnya.

cinta yang benar asasnya fitrah saling memerlukan sesama manusia!

p/s: nice entry. lepas baca terus follow.hee~ sudi-sudi follow saya jua..:)

mie said...

kes buang bayi akdang2 mcm trend...
hmmm

EzzEddin said...

cinta jangan dicari kalau tidak bersedia dari segi mental dan fizikal...

Admin said...

tq bg komen yg cukup merangsang, btl cinta nafsu mbawa byk mslh, cinta kpd Allah, cinta hakiki....so pilihlah cinta yg mbawa ke jln yg diredhai Allah

hacker said...

http://simpleguy91.blogspot.com/

jom bce info mnrik tntg laki n pmpn...

Admin said...

tq..ok hacker

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."