Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Wednesday, December 29, 2010

Cinta Membawa Bahagia Or Derita?

Credit:Google


Perasaan cinta dan sayang dalam hati merupakan lumrah dalam kehidupan seorang insan yang bernama manusia. Tak kira cinta terhadap sesama manusia mahupun terhadap binatang serta tumbuhan. Dan cinta terhadap Allah, cinta yang paling agung. Tanpa cinta dan sayang, kita pasti hidup dalam kezaliman dan kekejaman manusia yang kadang2 melampaui batas kemanusiaan. 


Cinta, hadir bila2 masa di dalam hati kita. Bagi yang baru mengenali cinta, pastinya masih blur apa itu cinta. Ungkapan cinta itu terlalu luas. Terpulang kepada anda untuk mengklasifikasikannya.
 

Bagi aku sendiri, cinta pertama memang sukar untuk dilupakan. Lebih2 lagi sayang masih tersemat dihati. Walaupun kehadiran insan kedua dalam hidup. Namun masih tak mampu menghapuskan perasaan cinta yang lama terpendam. Apa pun, kisah silam biarkan berlalu. Hargailah kisah kini yang InsyaAllah membawa bahagia. Dan andai ada jodoh, hingga ke pelamin impian. Amin.


 Cinta????


Bak kata orang, cinta itu indah tapi awas. Andai cinta itu disulami dangan rasa ikhlas dihati dan kerana Allah. InsyaAllah cinta itu akan kekal, kira itu sudah ditentukan jodohnya. Andai tiada jodoh, terimalah apa yang berlaku sebagai pedoman dan pengalaman hidup yang mengajar kita erti kehidupan. Bahawa apa yang kita ingini, tak semua kita akan perolehi.


Mana tahu kehadiran orang kedua or seterusnya membawa sinar kebahagian yang tak pernah anda impikan selama ini. Bagi yang sering mengalami derita dalam percintaan. Jangan kecewa, teruskan mencari cinta sejati. InsyaAllah pastikan ketemu jua. Kiranya tak di dunia, di akhirat kelak. 


Derita or bahagia dalam cinta hanyalah corak dalam kehidupan manusia. Jadi terimalah ia seadanya. Walaupun senang menyatakannya tapi memang sukar nak lakukannya. Lebih2 lagi bagi yang asyik alami kecewa dalam bercinta. Jangan mengalah ye. Berusaha, berdoa dan bertawakal, mudahan semuanya ok.


Nukilan;




5 comments:

athirahassin said...

susah soalan ni.. kita hanya merancang.. DIA tentukan....


jom join GA trex

Miss Izah Mohamed said...

kalau dah tertulis dia jodoh kita... :)

Admin said...

itulah bserah pada Allah yg lebih mgetahui...:)

Azwan Aziz said...

Lumrah naluri manusia inginkan cinta... cuma perlu tau apa cinta yang patut dan xpatut..

Admin said...

tq azwan...betul tu

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."