Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Friday, December 3, 2010

CoretanMaya: Perlukah Orang Tua Memaksa Anak Kahwin Mengikut Kehendak Mereka?

Makkkk tk mahu kahwin...tolong!!!

Kadang-kadang terfikir kenapalah sesetengah orang tua suka sangat memaksa anak kahwin mengikut kehendak mereka? Mereka tak fikirkah yang anak mereka ada jalan hidup sendiri juga. Ada pilihan sendiri. Kenapa nak paksa? Perlukah berbuat demikian?
 
Kalau saya tanya macam tu pasti ada akan jawab. Mana tau pilihan orang tua lebih baik dari pilihan sendiri. Orang tua lebih tau apa yang anda inginkan. Orang tua lebih berhak ke atas anda kerana anda anaknya and bla bla lagi.
 
Aduh nak lawan cakap orang tua memang payah. Tapi takkan semua perjalanan hidup kita sebagai anak perlu orang tua control. Semacam tak ada haluan sendiri pula. Cubalah mereka sendiri dibuat macam tu. Macam mana perasaan mereka agaknya? Atau maybe mereka dah mengalaminya, so mahu anak mereka mengikut jejak mereka. Entahlah.
 
Nasiblah orang tua saya tak macam tu, suka paksa nak kahwin ikut kehendak mereka. Syukur dikurniakan kedua ibubapa yang amat memahami. Bagi orang tua saya, yang penting saya suka dan lelaki pilihan saya mempunyai kerja. Cukup bagi mereka. Mereka tak pernah halang kami, anak-anaknya untuk memilih sesiapa pun menjadi pilihan hidup kami. Tak kira mereka suka atau tak, mereka tetap menerimanya dengan hati terbuka. Amat-amat bersykur dapat orang tua yang baik hati ni. 
 
Huhuhu...kena paksa kahwin

Ada juga dengar orang tua kawan saya yang lain, paksa dia kahwin dengan pilihan orang tuanya. Sampai menangis-nangis kawan mengenang nasib dia tu. Dahlah ada kekasih hati lagi tu. Tapi apa nak buat orang tua lebih berkuasa. Dah nasib. Kalau saya, saya memang bantah habis-habisan. Hahaha…yelah saya ni anak yang degil juga. Tapi tak bermaksud saya menderhaka tau. Takkan sebab tak ikut kehendak orang tua terus derhaka. Kalau macam tu penatlah jadi manusia ni..hahaha. 
 
Tak perlu nak paksa-paksa anak ni. Nanti mereka merajuk lari dari rumah baru tau. Tapi kalau sudah jodoh di tangan orang tua kita, nak buat macam mana. Lari rumah…kahkahkah. Jangan ikut apa aku cakap. Saja je ni.

Nukilan;

11 comments:

nazihahisa said...

nk kahwin kena ada restu mak ayah itu terbaik. tp saya pun pelik kenapa nk tentukan jodoh anak2.. kalau pasangan anak2 tu sampah takpe la gak. ini kdg2 baik betul. tak bg. sbb nk jodohkan dgn anak kwn die.. hurmm

mknace unlimited said...

:):):)
tak tahan nengok gambo tuh.. siap seret tu

Dhea Ahmad said...

bagi nadia, dua2 kne bertolak ansur... sbg anak, ibu bapa sbnrnyer lebih memahami kita and always remember restu ibu bapa itu amat penting...and bg ibu bapa, harus juga memahami situasi anak, mgkn juga harus siasat siapa yg berkawan dgn anak supaya terjamin masa depan anak tersebut...ini cuma pendapat saja ya...

Dzasc Skachers said...

diselesaikan dengan perbincangan ahli rumah, dengan fikiran terbuka, pasti dapat penjelasan dan keputusan yang sempurna dan pasti.. =)

Admin said...

tq semua...btl apa yg rakan2 bgtau...namun kdg2 ada juga ibubapa yg tll degil, tk nk dgr pjelasan dan soal hati anak...kita sbg anak kdg2 tpaksa juga dgr ckp mrk...takut dicop anak derhaka...payahkan...

Anonymous said...

restu ibu bapak sangat penting tapi tak bermakna anak-anak boleh dikahwin paksa

http://touyakaruma.com/blog/

Admin said...

btl tu...moga dpt restu dan tk kahwin paksa...hehehe

yusop said...

saya bercinta dan bertunang dengan pilhan saya sendiri,bercinta dan bertunang ambik masa hingga 6 tahun.Mak ayah sangat merestui dan tak menghalang kerana mereka pernah merasai perkhawinan yg diatur keluarga,walaubagaimanapn mereka sangat bahagia.Hubungan yang saya jalinkan dan pertahankan putus di tengah jalan.Sekarang saya pula meminta keluarga mengatur jodoh bagi pihak saya,kerana saya dah letih mencari cinta dan bercinta sebelum berkhawin.Cinta yang direstui keluarga dan dalam lindungan allah insyaallah akan bahagia.Zaman dulu orang tua mengatur perkhawinan anak-anaknya ada hikmahnya...kerana memenuhi tuntutan agama dan syariah,di batasi oleh adat istiadat.kembali ke jalan alllah...

apa2 pun semua bgantung pd jodoh...kalau tk de jodoh, tk jd juga. tk kira pilihan sdiri or keluarga.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."