Bagaimana ya rasanya jatuh cinta??
Entry kali ni ada jiwanglah sikit. So, janganlah membosankan diri anda membacanya ye. Entry ni aku buat just buat sang pencinta. Sama ada pencinta wanita or lelaki.
Cinta ni bolehlah dikategorikan pada 7 jenis cinta. Dalam ketujuh jenis cinta ini, rasa2nya anda dalam kategori mana satu? Kalau boleh nak cinta pertamakan, namun harus ingat tak semua cinta pertama bertahan lama. Tengoklah juga sama ada jodoh kita kuat, barulah cinta pertama sampai ke jinjing pelamin. Kalau tak, hanjut ke tengah lautan. Tapi jangan risau, ada cinta lain masih menanti anda. Walaupun taklah sama seperti cinta pertama.
Oklah...tak usah bebel panjang, sini diperturunkan 7 jenis cinta yang dikejar sang pencinta seperti anda:
1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dengan waktu. SO, pandai2lah bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yang terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..
2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yang ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yang juga boleh menjadi ‘guru’, seorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat menolong mengembangkan bakat @ diri kita.
3. CINTA MENGGODA
Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.
4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yang terlalu jauh kadangkala boleh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…macam kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dengan Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…
Aku cinta kamu :)
5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yang dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yang gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis.
6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya.. so, berikanlah cinta yang tulus kepadanya..Think positive!
7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja orang masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita untik mendapatkan cinta yang kita inginkan…
Apa pun jenis cinta anda alami yang pasti cinta yang Agung itulah yang kekal abadi dan kasih Allah tiada bertepi, kasih manusia pula sering bermusim. Fikir2kanlah dan buat terbaik untuk diri dan masa depan anda. Senyum selalu...:)
5 comments:
cinta 2 hala.. hehe~
p/s: khas buat kipas susah mati drama korea..
cinta pembimbing kot.hehe
photoshop|using quick collage (clipping mask)
cinta oh cinta....
cinta kau dan aku..:)
Cinta indah tapi ada juga akhirx menyakitkan,,hahahayyy...
Post a Comment