Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Inuyasha: The Final Act - Animasi Yang Paling Aku Suka



Tengah tahap keboringan amat sangat, aku layan sekali lagi cerita kartun Inuyasha, yang sememangnya cerita paling aku minati. Cuma kecewa sikit sebab aku tak tahu jalan cerita seterusnya. Kalau tengok di Youtube, banyak sangat versi and episod yang semacam berulang2.


Sebenarnya aku nak cari episod selepas pengikut Naraku yang mirror girl tu, Kanna mati, tapi semacam tak de je. Kalau nak cari di Youtube terpaksalah klik satu2, sebab aku dah lupa episod nombor berapa...hehehe. Tapi tak pelah layan apa yang ada dulu.



Geng Inuyasha yang comel2.
Kagome, Miroku, Sango, Shippo and Kirara.


Sesshomaru.
Watak yang paling aku minati.
Ego betul dia ni tau...jaga maruah katakan.


Naraku.
Watak jahat yang tak pandai nak mati punya.


Plot Summary Inuyasha: The Final Act
(Malas nak translate, baca dan faham sendiri yek!!)

Higurashi Kagome, after being pulled down a well by a demon, finds herself in Feudal Japan, where she learns that a powerful jewel has been reborn inside her body. After the jewel shatters in an attempt to retrieve it from one of the many demons who was after its power, Kagome must join forces with the half-demon Inu Yasha (also after the jewel's power) to track down the shards of the jewel before its power falls into the wrong hands. 

Episod yang tengah aku layanzzzz sekarang.
Have fun!!!

Credit:Youtube.


Oh ya, korang pun boleh tengok cerita Inuyasha kat sini.
Aku baru je terjah sana tadi.

Melayankan Diri Dengan Lagu2 Hot Hindustan Dalam Kenangan

Musim cuti macam ni, kalau gaji belum masuk. Memang amat membosankan je. Lebih2 lagi member di hostel sini, ada yang balik kampung dah. Tinggal aku dengan seorang kawan je. Nak jalan2 ke Mall pun, boring. Takkan nak window shopping je kan? Tak pelah next week baru shopping time..hehe.


So, bagi mengelakkan keboringan tahap gaban. Aku selongkarlah lagu2 hot hindustan dulu2 di Youtube masa aku masih study di Universiti.  Banyak juga lagu2 yang best2 aku temui, walaupun aku tak ingat tajuk lagunye. Tapi layan jelah...klik2 apa yang patut.


Sebelum tu, aku nak kenalkan kat korang semua. Para pelakon hindustan yang aku minati. 

Aishwarya Rai
 
Walaupun usia sudah mencecah 30-an, tapi tetap anggun.
Lakonan dan tariannya memang memikat hati.
Cayalah ratu cantik dunia..:)

Shahrul Khan

Pelakon, pengarah, penyanyi yang memang super.
Aku memang suka lakonan dan semua movies beliau.
Memang hebat...Dahlah tu dapat gelaran Dato' dari Sultan mana aku tak ingat dah.


Rani Mukherjee
Aku suka dia ni masa lakonan Kuch2 Ho Ta Hei (Betul ke tak ejaan tu)
Lakonannya boleh tahan juga, cute orangnye.


Kajol

Memang tak dinafikan lakonan dia memang hebat.
Tapi sekarang agak jarang kita tengok dia berlakon.
Maybe sibuk dengan hal rumahtangga...entahlah.


Ok...dah habis bebel pasal pelakon hindustan.
Jom layan lagu hindustan pula...layanzzzzzzzzzz.


 

 Lagu2 lain, cari sendiri di Youtube ok.

Credit to Youtube and Pak Google.

Saturday, December 18, 2010

OhTidak, Dunia Dah Terbalik - It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"


Dari semalam aku tengok member blogger lain post pasal Azwan Ismail "Saya Gay, Saya Ok" tapi belum lagi tergerak hati aku ni nak tengok video terhangat beliau ni. Hari ni je baru nak jeling2 sikit, itupun kebetulan terbaca berita tentang JAKIM pantau seks songsang di berita harian online.


Bagi aku perkara ni tak asing lagi, lebih2 lagi kita ni manusia akhir zaman yang hari2 bermacam perkara pelik dan gejala sosial yang teruk berlaku. Menandakan dunia makin mendekati hari kiamat. Bila? Aku tak tahu. 


Kalau di luar negara, memang gejala seks songsang ni dah tahap payah nak kawal dan telah dianggap biasa bagi sesetangah mereka. Tapi tak di Malaysia. Kalau sebolehnya janganlah amalkan gejala seks songsang ni, tak elok. Lagipun ajaran Islam sendiri melarang kira dari melakukan perkara terkutuk ni. Nikan budaya dan adat masyarakat Melayu. Silap hari bulan, kita semua dilaknat Allah atas perbuatan songsang ini.

Credit:Youtube


Lelaki yang dalam video ni memperkenalkan dirinya sebagai Azwan Islam, mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 32 tahun membuat pendedahan berani mati melalui blognya bahawa dia seoarng gay. Aku tak pasti apa nama blog beliaulah. Aku pun baru tau kes ni...hehehe.


"Beliau yang bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis dalam pengakuannya melalui laman web `Youtube' mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain. 

Dalam video klip pengakuannya sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan."

Fuh...memang berani mamat ni. Lepas ni siaplah dia kena belasah dan dikutuk habis-habisan oleh masyarakat. Memang bawa masalah betul. Walaupun difikirkan hak beliau memilih jalan hidup sendiri adalah haknya tapi janganlah lakukan di Malaysia ini. Matilah kita semua.....nanti timbul pula berita pasal gay dan lesbian lain yang berani buat pengakuan macam ni juga. Mintalah dijauhkan.

Kita harap pihak kerajaan dan masyarakat bertindak bersama menangani gejala kurang sihat dan menjejaskan kesucian Islam ini. Kalau tidak ia akan berleluasa dan pastinya kita semua akan menanggung dosa yang tak terpikul oleh kita kelak. Mudahan Malaysia dijauhkan dari perkara tak elok ini. Amin.


Dan aku doakan Azwan Ismail..tak tahulah nama sebenar or tak, kembali ke pangkal jalan dan bertaubat atas segala dosa beliau lakukan sebelum ajal memanggil kita. Marilah kita semua sama2 mendoakan beliau insaf atas perbuatannya itu. Amin.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."