Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label comel. Show all posts
Showing posts with label comel. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAeHVNRmI9k-ZzADEZSla4Wx2nlsNoa4rBiu7Ow-8PaHChijgNrkyzkr64yleUZxu08inxtmG1RIgM5lpF1FAp59_i4I_EEaKMvrH_wz7YYld1fxrZgWLY_1N2v5Fzh0ZsxNtjdeM3/s1600/menangis.jpg


Sekadar renungan di malam Jumaat ini:

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"


"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangandalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang


TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!


Wassallam

Sumber:Facebook

Monday, January 17, 2011

Irwansyah Dah Berkahwin?

Tahniah buat Irwansyah, 25, yang telah berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21 pada 15 Januari 2011. Emm..nampak gaya ramailah peminat Irwansyah ni kecewa ya...hehe. Sebab penyanyi pujaan dah kahwin. Lagipun isterinya merupakan anggota kumpulan The Sisters dan pelakon sinetron yang bukan saja comel tapi cantik juga.


Sama padan...secocok gitu.





 Credit:melayu


 Credit:kosmo

Saturday, December 25, 2010

Inuyasha: The Final Act - Animasi Yang Paling Aku Suka



Tengah tahap keboringan amat sangat, aku layan sekali lagi cerita kartun Inuyasha, yang sememangnya cerita paling aku minati. Cuma kecewa sikit sebab aku tak tahu jalan cerita seterusnya. Kalau tengok di Youtube, banyak sangat versi and episod yang semacam berulang2.


Sebenarnya aku nak cari episod selepas pengikut Naraku yang mirror girl tu, Kanna mati, tapi semacam tak de je. Kalau nak cari di Youtube terpaksalah klik satu2, sebab aku dah lupa episod nombor berapa...hehehe. Tapi tak pelah layan apa yang ada dulu.



Geng Inuyasha yang comel2.
Kagome, Miroku, Sango, Shippo and Kirara.


Sesshomaru.
Watak yang paling aku minati.
Ego betul dia ni tau...jaga maruah katakan.


Naraku.
Watak jahat yang tak pandai nak mati punya.


Plot Summary Inuyasha: The Final Act
(Malas nak translate, baca dan faham sendiri yek!!)

Higurashi Kagome, after being pulled down a well by a demon, finds herself in Feudal Japan, where she learns that a powerful jewel has been reborn inside her body. After the jewel shatters in an attempt to retrieve it from one of the many demons who was after its power, Kagome must join forces with the half-demon Inu Yasha (also after the jewel's power) to track down the shards of the jewel before its power falls into the wrong hands. 

Episod yang tengah aku layanzzzz sekarang.
Have fun!!!

Credit:Youtube.


Oh ya, korang pun boleh tengok cerita Inuyasha kat sini.
Aku baru je terjah sana tadi.

Wednesday, April 21, 2010

Danisha, Anak Perempuan Baru Ajai Dengan Norliza Mohamad Ilias

Cute betul tengok muka baby yg masih kecil ni ye. Comel sangat2. Tapi bila fikir kes pembuangan bayi yg makin menjadi2 sekarang. Terdetik hati utk btanya. Tidakkah mereka ni berasa sayang & tharu bila tengok baby yg secomel tu ye? Entahlah. Maybe time tu fikiran entah ke mana bila dihantui perasaan takut.


 Sumber:KOSMO

Comelkan muka baby ni? Nilah anak perempuan baru Ajai. Hasil perkahwinan beliau dengan isteri kedua beliau iaitu Norliza Mohamad IIlias. Bayi yang diberi nama Danisha itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh. 


Menurut Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, 35, yang sentiasa berada di sisi isterinya, bayinya dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Friday, July 10, 2009

Aneka Ekspresi Bayi Saat Terlahir

Berikut merupakan ekspresi hari pertama para bayi terlahir ke dunia:



p/s: Cute kan...mcm2 mimik muka si kecil ni. Rs nk picit je muka comel mrk ni. Kalau anak sdiri mmg siap merah pipi..hahaha...gurau je. Tk sampai hati buat mcm tu..kang nangis nanti. Jenuh nk jaga pula.

Saturday, July 4, 2009

Cutenye Baby...Geram Tengok.

Sapa yg tk suka baby kan....sy pasti 100% ramai yg suka baby coz mrk ni cute2. Tgk gambar d bawah ni...cutekan. Dpt baby cute2 mcm ni geram juga tgk...hahaha.
waa...bgaya pula baby ni..anak sapa ya??
dpt baby kembar pun..best gak.
comelnye........picit pipi dia..hahaha.
jelingan manja..hehehe.
aduh...muk nk nangis je...senyum sikit baby.
pandai btl baby ni post...besar nanti nk jd modeling ke?
Eh...sapa tu ya...tgk aku smcm je..tahulah aku ni comel..hehehe.



p/s: Kalau ada gambar cute2 tu...sharelah kat sy. Suka tgk baby cute2 ni....senang rs hati.

Thursday, June 25, 2009

Cutenye Kucing Ni!!!

Pasti ramai yg meminati kucingkan? Sbb kucing ni comel btl. Sy pun salah sorg peminat kucing tp sy tak pelihara kucing. Nk tau knp??? Mak sy tk suka sbb kucing ni suka sgt berak merata-rata. Dulu byk jugak kucing kat rumah, tp skrg sekor pun tak de. Ayah sy bw kucing tu tinggal kat teratak buruk kami di pantai..hehehe. Kira jd penunggu sanalah jawabnye.

Bg peminat kucing, kat sini sy post bbrp picture kucing buat tatapan anda....cutenyeeeeee.

Eh...sapa tu ya?? Pelik smcm je.

Pelik je aku tgk org tu...apahal dia tgk aku ya???

Syg control ayu sikit....tu ada org tgh tgk kita dua ni.
I Love u....Jomm kiss.
Tgk mrk dua tu...bkn main mesra lg.
Syg u......u syg i tak???Zzzzzzzz!!!!!
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."