Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

Gambar Kahwin Persandingan Tomok & Ayu...Cantiknye Baju Ayu Pakai :)

Wah....tahniah buat Tomok dan Ayu, moga bahagia selalu.Tak tahu pun hari ni persandingan mereka dua. Apa2 pun...layan jelah gambar kahwin mereka ni. 


 Credit:amboyat


p/s: Sukalah baju kahwin yang Ayu pakai tu...cantik sangat. Bayangkan aku yang pakai...fuh cantik...hahahaha.

Tuesday, June 14, 2011

Aktiviti Hujung Minggu: Bersiar2 Di Simulajau, Bintulu

Sepatutnye entry ni aku buat sebelum gawai lagi..bulan lepas tapi sebab agak busy sikit and line internet agak lembap. Aku postpone sampailah hari ni. Sebenarnye banyak lagi gambar aktiviti BBQ di Simulajau, Bintulu tapi entah kat mana aku letak. Gambar2 di bawah ni aku ambil guna handphone murah je...hehehe.


 

Gambar di atas ni, tempat menuju ke hutan simpan Simulajau. Aku tak ikut member2 aku yang lain masuk hutan...tak larat...hehehe. Dekat kawasan sini ada buaya. Tapi tak nampaklah buayanye. Maybe tengah tido agaknye. Tapi cantiklah suasana kat tepi2 kawasan ni. Sejuk mata memandang.



Gambar atas ni pula....sebahagian dari suasana sekitar taman dalam Simulajau. Aku malas nak ambil banyak sangat sebab dah petang. Malas nak jalan2 lagi..penat. So, aku just duduk kat pondok sambil borak dengan member and ambil gambar sendiri...hehehe.
 



Cantiknye permandangan pandai...suka sangat. Sambil bermain2 di persiaran pandai, dengan menghirup udara segar...wah tenang gitu. Emmm....bulan ni kami plan nak pergi sini lagi dengan target baru..buat BBQ then masuk hutan ke fasa teratas. Aku tak pasti ada berapa banyak fasa kat sini. Tapi yang pasti aku tak ikut sama...just aku nak pergi mandi laut je...:).

Saturday, June 11, 2011

Usha2 Sarung Kusyen Untuk Raya Di Facebook MayaOnlineShop

Salam malam semua....agak lama pula tak update blog ni...biasalah asyik bercuti saja, nak temankan tunang tercinta yang agak lama tak jumpa dan juga jumpa semua family si dia. Agak penat juga berjalan2 ke sana sini. Macam2 perkara nak dibuat sebelum hari perkahwinan menjelang tiba. Bila harinye....tungguuuuu. Nanti aku bagitau :)



Emmm....hari raya puasa tak lama lagi menjelang tiba. Sekarang dah masuk bulan 6, so tak lama lagi bulan 7....puasalah kita semua lagi...rasa tak sabar nak tunggu bulan puasa ni. Hope lebih best dari tahun lepas. Lepas puasa, pastinye hari raya kan. So...apa lagi...jom kita shopping barang2 untuk raya....seperti sarung kusyen di bawah ni.

Bamyak lagi sarung kusyen yang cantik2 tau....so rajin2lah singgah Facebook MayaOnlineShop ye. Dapat sarung kusyen dengan harga yang berpatutan. Jom usha2 sekarang juga :).

Wednesday, January 19, 2011

Kau Cinta Dia Sebab Rupa Atau Hati?


Memang tak dinafikan kebanyakan daripada kita lebih memandang rupa paras seseorang dulu sebelum mula menerimanya di dalam hati kita. Yelah kalau rupa paras

Tak mengancam dan seksi macam Megan Fox.


Tak menawan macam Lisa…


Tak secantik Erra Fazira…


Dan bagi lelaki pula, tak sehensem Hitrik Roshan


Tak secomel Jang Geun Seok



Kalau tak seperti mereka ni (contoh je), mana orang nak pandang sangat. Nak gorat pun banyak kali fikir. Inikan nak kenalkan kat kawan2 pun rasa malu….sebab tak lawa sangat. Macamlah diri tu cantik or hensem sangat sampai pandai nak nilai rupa paras org lain…betul tak?…hahaha.


Bukannya salah memilih idaman hati dari paras rupa. Siapa tak nak kekasih yang kuit muit dan comel. Semua mahu tapi kena fikir juga. Jangan kerana terlalu mengejar rupa paras yang memikat hati tu, kita lupa untuk menilai sejauhmana hati dia.


Cantik, hensem, cute.....menawan ke hati dia?, sama dengan rupa parasnya tu? Kalau sekadar rupa paras je memikat kalbu manakala hati jahat, penuh dengan hasad dengki, bangga diri (yelah dah hensem or cantik, semua orang pandang) dan tiada perasaan, tak payah jelah. Buat menyeksa diri saja.


Tapi…tak semua macam tu, ada yang memang hati baik sebaik rupa parasnya. Beruntuglah kalau temui orang itu. Amat bersyukur kalau dapat. Tak dapat pun, tak kisah. Sebab bagi aku, hati seseorang itu lebih penting sekarang ni. Rupa paras ok2, sudahlah. Lagipun usia kita kan setiap hari, tahun akan bertambah. Macam tu juga kecantikan or kehenseman tu, makin dimamah usia. So, fikirlah sendiri. Bila temui sseorang itu walaupun tak hensem, tak cantik tapi hatinya baik, ikhlas. Cubalah buka hati untuk menerimanya.


Bagi aku dalam hidup kita bukan nak mengejar kecantikan or kehenseman. Yang penting sekarang keikhlasan dan sifat kasih sayang dalam diri pasangan kita untuk meniti hari2 tua kita bersama kelak. Dan semestinya kita mahu setiap hubungan itu kekal hingga ke pelamin dan akhir hayat. Kalau boleh hingga ke syurga. InsyaAllah.

Monday, January 17, 2011

Irwansyah Dah Berkahwin?

Tahniah buat Irwansyah, 25, yang telah berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21 pada 15 Januari 2011. Emm..nampak gaya ramailah peminat Irwansyah ni kecewa ya...hehe. Sebab penyanyi pujaan dah kahwin. Lagipun isterinya merupakan anggota kumpulan The Sisters dan pelakon sinetron yang bukan saja comel tapi cantik juga.


Sama padan...secocok gitu.





 Credit:melayu


 Credit:kosmo

Sunday, December 12, 2010

Oh Erra Fazira...Kau Masih Cantik Menawan

Entah kenapa semalam aku teringin nak tengok wajah dan penampilan baru Erra Fazira, iaitu salah seorang artis yang memang aku minat dari dulu hingga sekarang. Tapi bukan peminat yang gila2 punya. Peminat biasa2 je. Taklah sampailah menjadi peminat fanatik...hehe.


Aku trylah cari di Facebook berkaitan dengan Erra Fazira, banyak juga. Tapi aku klik page 'Erra Fazira Official Fanpage' je. Aku selongkarlah semua photo Erra Fazira dalam tu. Aku terjumpa penampilan Erra Fazira yang aku rasa memang cantik dan menawan. Walaupun Erra Fazira dah berusia 30-an tapi kecantikannya masih terserlah lagi. Awek muda katakan.


Nilah ku rasa photo terbaru yang nak basi dah...:)

Credit: Erra Fazira Official Fanpage
 
Photo Erra Fazira ni diambil semasa majlis MIFA - BDA yang diajurkan dalam tahun ni, tapi aku tak pasti bila...hehe. Tak pernah nak tahu sangat. Erra Fazira yang memakai baju rekaan Hatta Dolmat nampak anggun dan bergaya. Biasalah tu, kalau orangnye dah cantik, pakai apa pun tetap cantik...betul tak? Apa pun aku nak awet muda macam Erra Faziralah....entah apalah rahsia kecantikannya itu ye?

Monday, July 19, 2010

Nak Kekal Menawan, Kenalah Jaga Paras Rupa...Ye Ke?

Kadang2 fikir jadi perempuan payah. Yelah kena sentiasa jaga paras rupa dan penampilan diri. Tapi jangan keterlaluan pula, sampai nak beli barang2 mahal yg tak mampu dibeli, hanya gara2 nak cantik. Salah tu. Jaga sikit2 sudahlah. Simple asalkan nampak bergaya...hehe.


Sebab itulah aku ni kerap jaga paras rupa, agar sentiasa ceria dan kekal menawan..kahkahkah. Alah sebenarnya hati dah cantik oklah tu. Lagipun paras rupa tak kekal lama..kan. Namun wajib juga jaga. Biasalah perempuan, benda2 cantik ni dah mjadi kewajipan dalam hidup mereka.

Salah satu benda penting dlm hidup seorang perempuan ialah face mask.

Inilah  face mask yg aku pakai smlm:

Green Tea Extract Mask


Suka bau mask ni...bau green tea. Best juga pakai.
Malam2 pakai sampai tertido dibuatnya..hehe3.

Sunday, July 4, 2010

Fire Waterfall Di Yosemite National Park, California, USA.......Gambaran Yang Jarang Kita Tengok!

Indahkan ciptaan Tuhan ni...cantik!!
Nk tgk Fire Waterfall ada pelangi...scroll down ya!!

Thursday, June 24, 2010

Transparent Butterfly....Wow Cantiknya Ciptaan Tuhan

 So incredibly beautiful.
Betul tak...memang cantik....tertawan aku melihatnya..he3.

Friday, May 21, 2010

Lelaki Suka Perempuan Cantik Kenapa? Sebab Cantik Itu Menawan!


 Credit:Google


Alah perkara biasalah kalau seseorang tu suka yang lebih cantik. Kalau perempuan tak nampak cantik, manalah lelaki pandang. Kebanyakan macam tu lah. Sebab tu perempuan kena sentiasa tampil cantik. Jaga body & rupa paras.


Tapi…hehe3. Sebelum kena kutuk dengan lelaki ni. Tak semua lelaki macam tu lah. Bagi lelaki maybe pengertian cantik dari sudut fikiran mereka lain. Manalah kita taukan. Macam kita perempuan juga suka yang kacak, hensem & bergaya. But not mean lelaki yang tak kacak or bergaya, tak menarik minat perempuan.


Tak semua orang melihat aspek kecantikan sebagai faktor utama dalam memilik pasangan hidup or bercouple. Macam selalu orang cakap. Cantik rupa tak semestinya melambangkan kecantikan dalaman. Betul Tak?


Bagi aku, orang cakap lelaki tu kacak, tinggi & bergaya. Not mean aku pun berpandangan macam tu. Sebab tu aku kena marah dengan member masa study dulu. Dah aku tengok biasa je & tak de hati kat dia, buat apa aku berpura2kan. Hidup aku biar aku tentukan…he3.


Sebab utama lelaki perempuan cantik aku pun tak tahu sangat. Agaknya sebab mereka mau kelihatan hebat & rasa bangga bila bersama perempuan cantik. So, orang memandang pun rasa cemburu. Ye ke?


Mungkin juga sebab rasa sejuk memandang wajah perempuan yang cantik ni. Entahlah. Kecantikan rupa paras & body seksi bukannya kekal lama pun. Sebab tu jangan pilih lelaki yang pandang kecantikan rupa paras & body seksi je. Nanti kalau anda dah tak cantik, muka berkerut & body dah tak seksi. Lelaki pun lari…ha3.


Paling senang, pilih lelaki yang dapat menerima anda seadanya anda. Tiada paksaan. Cuma keikhlasan saja…he3. Apa2 jelah.  Asalkan bahagia.

Sunday, May 2, 2010

Wedding Dress Burung Merak....Habislah Engko Si Merak, Tak De Bulu Dah!

Siapa tak kenal burung merak ni...tak tahulah aku ye. Masa sekolah dulu cikgu tak ajar agaknya...he3. Cantik burung merak ni tau, bulunya fuh...rasa nak cabut je buat phiasan kat rumah aku. Biar si merak tu tak de bulu, siapa suruh sombong sangat...kan?


Pernah tengok bulu si merak dibuat untuk wedding dress tak? Kalau tak pernah...tengok bawah tu. Cantik tak? Entah berapa ratus bulu si merak mereka guna untuk buat sepasang wedding dress ni ye? 


Monday, April 26, 2010

Rozita Che Wan Cantik Ke? Berbunga2 Sudah Hati Beliau Sekarang, Kenapa Ya?

Gambar Dr: Kosmo

Anda rasa Rozita Che Wan ni Cantik ke? Bagi aku makin cantik & menawan je dalam gambar tu. Janda berhias yang cun kan? Paling suka tengok, bulu mata beliau tu. Pandai betul beliau menghiaskan diri ye. Lebih2 lagi lepas jadi single. Makin mengancam.


Walaupun dalam dunia artis ni banyak pancaroba, Rozita Che Wan ni terpaksa terima. Nak buat macam mana dah pilih nak jadi artis. Kalau orang gossip & mengata tu, terimalah seadanya ye. Nak simpan dalam hati sangat tak guna juga. Terpaksalah makan hati berulam jantung...he3.


Saturday, April 24, 2010

Cantikkan Wajah Anda Di Hujung Minggu.....Pasti Si Dia Tertawan Nanti, He3

Credit:Google

Kecantikan wajah amat dititikberat oleh semua wanita. Tak kiralah wanita tu dah sedia cantik or sebaliknya. Penjagaan wajah menjadi tangga teratas dalam kehidupan harian setiap wanita. Tak kira tangga mana satu pun, ia tetap or mesti ada dalam kamus hidup seorang wanita.


Bagi wanita kecantikan itu amat penting kerana kecantikanlah yang mampu menarik & memikat hati lelaki. Tapi taklah semua wanita berfikir ke arah itu saja. Jangan salah faham ok. Semua perkara sebenarnya penting. Namun menjaga kecantikan wajah perlulah diutamakan bagi seorang wanita.


Selalunya bagi wanita yang bkerja, waktu hujung minggulah amat sesuai untuk anda relax2 sambil membuat penjagaan wajah dengan masker or apa2 jenis barangan kecantikan yang anda mampu beli ye. Belaikan wajah anda & berilah ia kenikmatan vitamin serta kesegaran, agar wajah anda semakin ceria & berseri selalu. Dengan itu kekasih hati or suami anda makin terpikat & terpegun melihat keayuan anda.

Thursday, April 22, 2010

Mahu Cantik Macam Keiko Kitagawa, Alahai Jadi Diri Sendirilah. Buat Apa Ikut Orang Lain

Credit:Google


Keiko Kitagawa tu mmglah cantik. Dah asal dia cantik then ditepik lagi mekap & pgayaan fesyen baru, mjadikan dia makin cantik. Engko tu apa kurangnya. Cantik juga. Tak ikut siapa2 pun engko masih cantik. Jadi diri sendirikan lagi baik. Dari asyik ikut stail artis je, buat apa.


Bukannya tak boleh. Tapi lagi bagus ikut stail sendiri punya. Nak ikut semua apa ada pada artis tu buat pe. Engko takkan sama macam dia. Tengok cermin tu. Tak berubah pun. Sama juga. Hahahaha.


Siapa tak mahu secantik artis..kan? Tapi kalau artis tu cantik rupa je buat pe. Perangai macam entah apa2 je. Paling senanglah tengok kalangan artis kita sendirilah. Malas nak komen banyak. Yelah sendiri pun tak perfect bah.

Wednesday, April 7, 2010

Sanggupkah Anda Belanja RM96,375 Untuk Panjangkan Rambut Saja!! Tak Sanggup Saya

Mmg kalau nk cantik tu, sanggup buang beribu duit.
Alahai...kalau byk duit, tak pe.
Bolehlah belanja sukahati.
Lagipun buat pe nak cantik sgt, bukan bawa p mati pun.

Seorang model di Amerika Syarikat (AS), Brandi Irwin sanggup membelanjakan lebih AS$30,000 (RM96,375) bagi membolehkan rambutnya kelihatan cantik.
 
Walaupun harganya menyamai sebuah kereta, dia menyambungkan rambutnya supaya menjadi panjang dengan melekatkan rambut palsu di sebuah salun rambut di sini.

Pendandan rambut di salun itu melekatkan setiap helaian rambut dengan rambut palsu.

Thursday, January 21, 2010

Kau Ingat Kau Cantik Sangat..Ka?


Aaaaaaa...tensionnye


Isss…..penatlah layan kawan yang perasan dirinya cantik sangat. Asyik-asyik nak puji diri sendiri dan bagitau kawan-kawan lelaki boyfriendnya cakap dia cute, cantik and bla bla bla. Dengar jelah. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kalau tak layan nanti, merajuk. Penatlah macam tu.

Kalau puji diri sikit-sikit tak pelah. Ni macam over je dengar. Lebih-lebih pula. Pandai betul buat cerita ya. Saya tak kisah kalau engko nak puji lebih diri sendiri tapi kalau hati buruk macam nangka busuk atau ada yang lebih teruk, buat apa. Buang masa je.

Saturday, January 9, 2010

SK-II & Miracle Mask....Love U!

Bulan lepas byk juga pbelanjaan yg kena sy uruskan.
Lebih2 lg barangan kecantikkan...ni mmg wajib.
Biasalah perempuan....kena jaga paras rupa.
Wpun tk kekal lama tp kena jaga juga ma. Cantik muka, cantik hati baru cun.

SK-II & Miracle Mask, antara brg yg sy sll beli scara online.
Bg anda yg ingin beli SK-II dgn harga bpatutan, bolehlah terjah sini.



Thursday, October 1, 2009

2010 Japan Calendar Cover (Cartoon)-P.2






Cantikkan.....cute2..hehehe

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."