Salam hujung minggu semua. Hari ni nak cerita pasal E-Cigarette lagi. Hari tu mengenai E-Cigarette yang maybe versi pertama...simple but not yet canggih lo. Nak baca entry tu klik link di bawah ni:
E-Health Cigarette...Bagus Ke???
Oh ya sebelum aku teruskan cerita pasal E-Cigarette canggih ni. Harap maklum ye...aku tak jual benda2 macam ni. Saja nak bagitau je. Lagipun aku tak suka perokok tapi jodoh yang merokok pula...hehehe.

Tengok gambar di atas...itulah rupa Ego-T, E-Cigarette yang canggih tu. Macam mana guna aku pun tak tahu. Produk terbaru rokok elektronik ini mengunakan atomizer teknologi terbaru.
Katrij nya tidak lagi mengunakan kapas/span untuk menyimpan cecair perisa. Cecair perisa dimasukkan terus kedalam tangki yang terdapat didalam katrij. Katrij tersebut boleh menampung sehingga 12 titik cecair perisa.Tiada lagi rasa kapas terbakar bila kekurangan cecair perisa.
Antara fungsi rokok Elektronik ni ialah;
Antara fungsi rokok Elektronik ni ialah;
1- TIADA tar dan bahan beracun yang lain
2- TIDAK berbahaya kepada orang lain dan persekitaran
3- TIDAK ada kesan “second-hand smoking” kepada orang lain
4- BOLEH merokok di tempat umum walaupun ada tanda larangan merokok
5- BOLEH membantu untuk berhenti merokok dalam empat langkah6
- BOLEH membantu mengurangkan kos merokok.
7- TIDAK mengunakan api serta tiada bahaya kebakaran.
8- BOLEH merokok di dalam kereta tanpa perlu membuka tingkap.
9- TIADA bau busuk, abu dan puntung rokok.
10- TIDAK mengaratkan gigi.
11- BOLEH mencuba pelbagai perasa yang ada dipasaran ataupun campuran ikut citarasa sendiri.
Menarik juga....ada kebaikannye tapi kalau tak merokok lagi bagus...hehehe. Oklah jom layan video ni pula.
Credit:Youtube