Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label buffered earning. Show all posts
Showing posts with label buffered earning. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Buffered Earning Buffered Earning...CashOut Boleh Dah :0






Emmm...lama tak bercerita pasal progress Nuffnang aku ni. Nak kata untung banyak, taklah juga tapi cukuplah untuk makan pizza hut or kfc..;) Macam mana dengan anda pula? Bagi otai2 pula, pasti dah beribu ringgit dah dapat, biasalah blog mereka power beb. 





Oklah, malas nak cerita panjang....setakat ni, hanya ada 3 campaign buffered earning tengah hangat berlegar dalam blog aku ni. Aku tak pasti, mana satu baru or lama. Sebab aku lama tak jenguh2 akaun Nuffnang ni. Apa yang penting...duit masuk hahahaha.




Lagipun hujung bulan ni, aku rasa nak cashout keluar duit RM100 lebih ni. Hope before tu, amount adalah naik sikit ye. Bolehlah dapat duit raya lebih :). Macam tahun lepas.

Tuesday, May 24, 2011

4 Bijik Buffered EarningKu & 4K Income Great Teacher Onizuka

Rezeki rezeki ni...bulan ni saja dah dapat 4 buffered earning baru. Syukur murah rezeki sikit. Hope dapatlah sampai target nak cashout cek ke-4 pula. Dan paling penting dapat offer iklan dari Exabytes (MY)...untuk letak banner mereka di blog aku ni. Hehehe...nasiblah Nuffnang tak marah. Sebab Exabytes (MY) bukannye pesaing mereka pun...betul tak?



 Klik untuk tumbesaran


Inilah 4 iklan buffered earning aku....pastinye berlumba2 untuk tonjolkan diri di blog aku ni. Namak meriah je aku tengok, ditambah lagi dengan iklan Exabytes (MY). Eh...jangan lupa serbu iklan Exabytes (MY) tu, untuk dapatkan hosting or domain bagi website anda dengan harga yang murah gitu (promo sekejap)



4 bijik buffered earning dah dapat....emmm bila pula agaknye nak dapat income dari Nuffnang 4K ye? 


 


Tengok income Great Teacher Onizura kita ni....4K beb, banyak tu. Aku ni lama berblog pun tak dapat sebanyak tu....dalam mimpi adalah...realiti, taklah...hehehe. Apa2 pun rezeki masing2kan...apa yang ada syukur jelah ye :)

Thursday, March 31, 2011

Cek Nuffnang In Process...Yeppie Tak Lama Lagi Dapatlah Cek :)



Hari ni masuklah sebulan aku menanti cek Nuffnang ni di proses. Syukur hari ni dapat email yang menyatakan cek aku dah siap, on the way bertemu tuan punya...hehehe.


Nak kata beribu riban taklah....cuma RM300++ je tapi syukurlah apa yang kita dapatkan. Lagipun blog aku bukannye power macam RedMummy tu or Cik Epal. Apa pun yang penting blog aku adalah income sikit. Dapatlah aku beli barang hantaran guna duit Nuffnang bagi ni. Syukur Alhamdullilah. Mudahan dapat rezeki banyak lagi...hehehe.


Clik untuk tumbesaran


Emmm...lepas cashout hari tu, akaun Nuffnang just tinggal RM8++ je. Buffered earning pun tak berapa sangat. Biasalah Nuffnang alami musim kurang iklan agaknye or blog aku makin membosankan...hahaha.


Oklah...malas nak bebel banyak. Penat betul hari ni. Fikir nak tido awal....bye dan selamat malam.......................:) :).

Monday, March 28, 2011

Dapat Buffered Earning Baru....Seronoknye Hati :)



Yeppie.......agak lama juga tak dapat buffered earning baru ni. Bila dah dapat senang sikit rasa hati....bertambahlah sikit income Nuffnang aku. Rasanya inilah buffered earning pertama untuk bulan March yang begitu panjang aku rasa. Penat nak tunggu sampai hujung bulan...hehehe.


Cek dari Nuffnang yang aku request hujung bulan 2 pun belum sampai2 lagi ni. Kalau tak silap ambil masa sebulan untuk process...emm tunggu jelah. Yang penting Nuffnang ada bagi...hehehe.


Agak penat juga hari ni. Aku beberapa hari ni sibuk dengan business online aku...bagi sesiapa yang berminat nak beli produk kecantikan dan kesihatan....silalah layari :



Oklah...tu je...aku nak update beberapa produk lain lagi...........moga business berjalan baik....:)

Monday, March 21, 2011

Isnin...Hari Earning Nuffnang Updated????

I Love Nuffnang


Nuffnang...aku sangat bangat sama kamu...hehehe. Itu kalau bagi banyak earning, kalau tak de.....cakap tak sayang, tak cinta...ahhh apa2 jelah.



Emm...kebiasaannye hari isnin, Nuffnang akan update earning tapi kenapa hari ni aku tengok earning untuk campaign buffered earning aku tak berganjak sedikit pun...pelik. Ada masalah agaknye dengan Nuffnang ni......Ada siapa2 kes sama dengan aku tak?


Boringlah macam ni, kalau earning lambat macam siput. Nak kata trafik kurang...adalah 100 visitors ke atas. Dulu laju je naik, sekarang lembap macam broadband ni pula jadinye. Alahai.........macam2 hal.Maybe impak dari Tsunami di Jepun agaknye.

Monday, February 28, 2011

Menanti Cheque Nuffnang RM300++


Hai hai warga blogger, hari isnin hari yang ditunggu2 sebab hari isnin selalunye Nuffnang update earning kita. Hari nilah yang aku tunggu, kerana aku mahu cashout semua earning dalam akaun Nuffnang. Dah lama aku nak cashout tapi tak sampai hati pula...hehehe.


Last2 hari ni, aku tekan juga button cashout tu. Tak tahan tengok duit simpan lama, so gatallah tangan nak keluarkan. Lagipun sekarang iklan Nuffnang agak kurang. Maybe musim merundum. Mana tau lepas cashout ni bertambah pula rezeki.

Nilah jumlah earning yang akan aku terima kelak........tunggu sebulan lagi, barulah cek sampai ke tangan aku. Bolehlah enjoy sakan sikit...hehehe. Earning kali ni sikit dari cashout kali ke-2 tapi syukurlah apa yang ada kan...bukannye senang nak dapat duit. Lebih2 lagi keadaan ekonomi sekarang.




Bercerita pasal buffered earning pula.......tinggal satu campaign je lagi. Kalau rajin, usha2lah campaign tu ye. Hope bulan depan dapat banyak campaign baru lagi. Tapi trafik and update blog mestilah power and selalu. Kalau tak payah juga jawabnye....ok chow dulu.

Wednesday, January 12, 2011

2 Lagi Buffered Earning Muncul Menyerikan Awal Tahun 2011



Nuffnang....Nuffnang...Nuffnang...Tq...Tq...Tq ye sebab bagi aku 2 buffered earning baru untuk penambah rasa dalam blog aku yang tak seberapa ini. Syukurlah dapat lagi. Fikir dapat satu je hari tu. 

 




Untuk mata lebih jelas, sila klik bagi ia tumbuh membesar ok. So, tak susahlah pakai kanta pembesar....hehehe.


Emm...memang best kalau dapat buffered earning ni. Sebab kita boleh tengok income kita makin meningkat setiap bulan. Yelah kalau diharapkan klik2 dari peminat iklan Nuffnang, taklah seberapa sangat. Nak tunggu sampai cashout pun rasa menguji kesabaran betul. Kadang2 tu rasa fedup juga tengok income tak naik2. Sedangkan orang lain...wah bukan main cerita pasal income yang beratus2...macam otai2 kita tu. 


Mereka otai, kita just blogger biasa yang belum mampu nak setanding dengan mereka. Lagipun trafik blog aku ni just sekadar 100 plus ke atas je. Tak sampai pun 200 orang pengunjung sehari. Almaklumlah tak famous macam GTO kita or Redmummy...hehe. Apa2 pun syukur apa yang ada bah.


 

Lagipun aku jarang nak blogwalking sekarang. Ada masa barulah berjalan2 di maya ni. So, aku minta maaf buat pengunjung blog ni sebab aku lambat balas kunjungan anda. Terima kasih juga kerana sudi bertandang ye. Oklah....tak de idea nak bebel banyak ni...chow dulu.

Saturday, January 8, 2011

Buffered Earning Tahun 2011, Income Pun Dah Boleh Cashout :)



Salam hujung minggu warga blogger.Pasti masih ada antara anda yang masih terguling2 atas tilam. Biasalah hujung minggu, time untuk tido or rehat sepuasnye.Tapi jangan sampai lena sampai ke tengahari pula. Tak elok, nanti rezeki lari...hahaha.



Oklah...sempena tahun baru 2011 ni, tak de apa yang menarik sangat berlaku kat Nuffnang aku ni. Semalam aku tengok, hanya ada satu buffered earning baru aku dapat. Syukurlah ada. Kebanyakan buffered earning lain dah jadi metered earning. 



 Klik untuk tumbesaran


Iklan Maxis Q4 yang cute2 berlegar diblog aku nilah buffered earning untuk permulaan tahun 2011. Hope dapat income banyak sikitlah dari iklan ni. Walaupun trafik blog aku siput je tapi bolehlah tahan juga incomenye, yang penting ada dari tiada...betul tak?




Dan untuk sepanjang tahun 2010, income terkumpul sekarang mencecah RM307.23. Emmm...dah boleh cashout sudah. Tapi rasanya mahu simpan sampai mencecah lebih RM500 plus kot...tengoklah macam mana. Semua income ni datang dari buffered earning. Kalau nak harapkan income dari klik2, tak sampailah sebanyak ini. 


Nampak gaya cek ke-3 akan menyusur bebarapa bulan untuk tahun ini...hehehe. Tahun lepas dah dapat 2 ceks. Cek pertama bernilai RM122.70 dan cek ke-2 bernilai RM500.11. So, untuk cek ke-3 kenalah lebih sikit dari cek ke-2...:)





Syukur Alhamdulilah atas rezeki yang Allah berikan. Mudahan kita semua dilimpahkan rezeki banyak2 lagi tapi jangan lupa bersyukur pula nanti.....Love Nuffnang.

Tuesday, December 28, 2010

Fuyooooo, Dia Punya Uniques Visitors 6k, Aku Apa Kurangnye.....100k??

 Trafik blogku makin meletop


Fuh...trafik blog dia, memang hot macam pisang goreng je. Uniques visitors apa lagi 6k...mahu tak pengsan aku tengok. Kalau dibandingkan dengan uniques visitors blog aku yang hanya dalam mimpi dapat 100k. Tapi tak pelah...dalam mimpi, mimpi jelah. Mana tau mimpi jadi kenyataan. Asalkan jangan jadi mat jening sudahlah. Berkhayal je kejenye. Sampai memakan diri sendiri.


Emmm...entah macam mana nak jadi blogger yang super macam ketiga otai2 junior yang aku minat ni ye? Payah betullah. Nak kata aku tak tiap hari update. Update juga. Maybe entry tak super katakan. Ahh..tak pe, yang penting aku happy...hahaha. 


Nak tahu, sapa 3 orang otai2 yang aku minat tu? Mereka adalah............ehem ehem superstar blogger tahun ni ialah:




Cik Epal yang sentiasa ceria dan peramah dengan blogger2...agaknyelah. Sebab semalam ke, aku baca entry blognya, dia ada terserempak or jumpa dengan seorang blogger. Siap bergambar lagi tu. Nak tau siapa, pergilah terjah blog Cik Epal kita ni....jangan lupa minta buah epal sekali...hehehe.


Oh ya, blog Cik Epal kita nilah yang aku bebelkan tadi pasal uniques visitors 6k yang meletop2 tu. Sebagai buktinya, tengok sendiri gambar kat bawah ni...fuh, hebatkan...jeles bangat aku.



Kalau uniques visitors dah banyak macam tu, pastinya income dari buffered earning apa lagi. Beratus2 agaknya...kaya Cik Epal ni. Tiap bulan dapat bonus dari Nuffnang je. Huh...jelesnya aku.

 


Kedua........En. Saifful or lebih dikenali sebagai Uncle. Sentiasa ceria je picture profile uncle ni. Nice person. Amat digemari ramai...agaknyelah. Emm...aku tengok blog dia tadi, dah tukar template baru lagi. Rajin betullah uncle ni tukar template. Kalau aku fikir banyak kali nak tukar. Malas nak susun itu ini. Terasa banyak masa buang ke situ je. Tapi tak pelah uncle kan rajin...hehehe. Pasal hal lain tentang uncle, aku tak tahu tapi yang sure uncle ramai juga peminat, walaupun tak sehebat Cik Epal kita.



Ketiga......GTO, Eyriqazz....blogger yang super hebat juga. Trafik blognya memang hip hop. Income dari buffered earning meletop2. Tadi terjah ke blog dia...nampak...wah, RM1k income Nuffnang dia. Fuh...banyak tu.



Rasa macam dapat gaji sebulan je. Tak pun bonus hujung tahun dari Nuffnang. Aku entah bila agaknya dapat sebanyak itu ya? Tak pe...kita usaha, pasti akan dapat kelak. Cuma bila, aku sendiri tak tahu...hahaha. The end..tu je cerita aku.


Jangan lupa sertai giveaway aku:

GA CoretanMaya 2010

Friday, December 24, 2010

Fuh Great Teacher Onizuka (GTO) Dapat Income Buffered Earning Tingginye, Jeles Betul Ni...Nak Jugak!!!

Salam pagi sabtu semua, Merry Xmas buat sahabat2 yang menyambut Hari Natal hari ni dan bagi yang tak sambut tu...happy holiday diucapkan. Yang belum bangun pagi lagi tu, asyik buat taik mata. Jangan lena sampai tengahari pula ye. Nanti banyak air liur kat bantal...hahaha.

 Zzzz seronoknye tido.
 

Tengah aku blogwalking tadi, singgahlah ke blog otai. Kira otai juga dia ni iaitu otai GTO, Great Teacher Onizura. Blog dia ni memang sentiasa tip top...apa rahsianye aku tak pasti sangat. Kenalah tanya empunya blog ye.


Kali ni entry GTO amat memikat mata aku nak baca...hehe lebih2 lagi entry dia buat pasal buffered earning. Fuh...aku betul2 jeleslah tengok income buffered earning dia. Rm300 plus gitu untuk satu campaign buffered earning. Memang hebat.


Buffered Earning Tertinggi Tahun Ini

 

Tak percaya, tu aku dah letak buktinya sekali kat sini. Tak percaya juga...pergilah terjah blog GTO tu. Linknye ada kat bawah picture tu je. Tak nampak? Ambillah kanta pembesar ye...tak nampak juga...aku pun tak tau nak buat pe...hehehe. 


Hebatkan dia, aku entah bilalah dapat  income sebanyak itu. Trafik blog ni setakat 100plus je sehari. Nak kata tak update hari2 pun, tak juga. Maybe entry tak meletup sangat. Macam komen GTO dulu masa dia terjah blog aku:

4) Wow Faktor dan keunikan tersendiri tidak saya begitu nampak di sini. Maaf ya....Lain padang, lain belalang. Mungkin boleh pelbagaikan entry dan menulis entry yang lebih diminati..


Huhuhu entah macam mana nak cari wow faktor tu ye. Aku ni bukannye pandai berbicara pun. Tulis entry pun macam skema je...alahai. Tak pelah, cuba apa yang terdaya.

 

 
(entry GTO)
 
(entry aku)
Bacalah entry tu, kalau tak malas..hahaha. Oklah aku nak sarapan pagi, dah berbunyi perut ni, minta diisi. Bye dulu...Oh ya. Nak tip buffered earning, terjah entry GTO ni. Selamat mendapat banyak buffered earning ye. Chow dulu.
 

Tuesday, November 30, 2010

Add Link Anda Disini, Barulah Senang Diterjah Bila2 Masa

Wajah blog dah ubah, add itu....add ini. Hampir semua sudah. Walaupun ada kurang tapi tak pelah. Masih dlm proses belajar katakan. Lagipun yg penting sekarang, nak tingkatkan trafik agar meletup2 income buffered earning tu...hehehe. Mata duitan betullah aku ni. Ah apa aku kisah. Bukan kikis duit org lain pun. Aku usaha sendiri dgn bantuan para pengunjung serta sahabat yg setia mjenguk teratak buruk aku ni.



Clik picture comel, kasi membesar dgn sihat


Bagi anda yg suka singgah2 je tu, sini nak khabarlah sikit ye. Selain tinggalkan link dan kata2 indah bak puitis tu di Cbox, tinggalkan juga link anda di tempat yg aku dah sediakan khusus utk anda. Dgn segala hormatnya tu....aku bagi sepenuh kebebasan anda meletak seberapa byk link yg anda mahu. Tapi kalau dah bagi betis tu, jangan nk minta paha pula. Pandai2lah bsyukur ye!!. Jgn bagi spam pula tempat 'Add link' aku tu. Nanti aku spam kamu org balik baru tau...hahaha.


So, bagi yg bminat nak letak link anda di kotak 'Add Link' aku tu. Silalah klik button 'ADD LINK ANDA DISINI' di pages atas sekali tu. Kalau tak nampak, tu ada picture aku postkan sekali kat sini. Tak nampak juga...pandai2lah klik, bagi tumbuh dengan besar ye. Kalau masih tak nampak. Aku tak tau nak kata apa lagi.





Sesudah anda klik button 'ADD LINK ANDA DISINI', anda akan temui kotak seperti picture di atas ini. So, isilah tempat kosong tu ya. Dengan nama anda or nama blog anda yg indah bak bulan purnama dan jangan lupa letak link anda ye. Jangan letak sebarang link yg tak berkaitan. Nanti aku ketuk kepala baru tau...hahaha. Then last sekali tekan button 'Enter'. Tu je...senang dan mudah.


Sebenarnye benda ni dah lama di pasaran, cuma aku je belum tergerak hati nak guna. Bila aku dah belajar macam mana nk buat pages. Barulah aku letak benda ni, bagi melariskan jualan yg entah bila nak larisnye...hehe. Oklah, kawan2...jgn lupa tinggalkan link anda kat situ ye. So, mudahlah aku terjah blog anda bila2 masa. Di mana jua anda berada...:)

Sunday, November 28, 2010

CoretanMaya Berwajah Baru

Hari ni, aku habiskan masa mcari template yg memikat hati nuraniku. Byk juga template yg aku bkenan tp bila dah siap psg, ada mslhlah pula. Element or gadget template yg aku bkenan npk bmslh je. So, cari2 punya cari aku jumpalah template yg aku pakai ni skrg. Tiada pilihan juga, kena juga pilih template ni...hehe. Mcm tpaksa pula.



Mcm mn? Ok tak, gaya wajah baru blog aku ni? Pastinye simple je. Lagipun aku mmg dah lama nk cari template yg ada 2 column ni. So, tk pyh aku letak byk sgt widget kat dlm blog aku ni. Ini pun dah byk. Aku harap tklah berat sgt loading blog aku ni ye. Aku nk terima kasih kpd Uncle yg bg pendapat agar aku memilih template yg ada 2 column kerana ia lebih senang dan simple je. TQ ya Uncle.........siapa Uncle tu...nilah dia...clik sini: UNCLE


Walaupun sudah setahun lebih aktif dlm dunia blog, masih byk lagi aku tk tahu mgenai blog ni. Nk buat blog pun aku tk tahu dulu. Tp sebab semangat nk join Nuffnang, aku belajarlah serba sedikit cara2 buat blog. Hari ni aku dah pelajari buat pages kat bhgn atas skali tu, bwh follower. Toturial utk buat pages tu, aku google je kat laman carian. Nk tanya org lain, tk tau nk tanya sapa. So, belajarlah sendiri.




Buat yg ptama kali singgah ke blog aku ni, inilah wajah lama blog aku. Cute dan simple juga...hahaha. Dulu ms aku tukar ke template ni, rezeki blog aku agak baik juga. Selalu je dapat buffered earning dr Nuffnang. Aku harap dgn penukaran wajah baru yg lebih simple ni, mbuka lebih luas rezeki buffered earning buat blog aku ni. Serta ramai pgunjung singgah dgn kemunculan kembali GengBlogger yg mmg meletop punya. Ok...SELAMAT BERBLOG SEMUA AND TQ YA!!

Friday, October 29, 2010

GTO Terjah Blog “CoretanMayaKu’


Siapa yg tk kenal GTO, Great Teacher Onizuka, salah sorg yg bakal jd otai someday. Skrg ni junior otai, akan datang akan jd senior otai pula. Blog beliau mmg sentiasa hip hop. Ramai pgunjung setiap hari. Sbb itulah setiap kali ada campaign baru buffered earning. Beliau dpt income yg lumayan. Tk mcm blog aku ni. Walaupun dpt byk buffered earning tp income yg diperolehi siput je. Namun syukur apa yg ada….betul tak? 


Sebenarnye aku baru pagi td check komen2 di blog aku ni. Tiba2 aku tnampaklah komen GTO. Beliau ckp, beliau ada buat terjahan ke blog aku ni. Sbb dulu2...entah bila, (aku lupa dah) ada join 'Kenapa anda Mahu Diterjah Eyriqazz'. 


Eyriqazz nama GTO ye...kalau anda tk tau. Nama sebenar beliau, aku tk pasti sgtlah. Nk tau p terjah blog dia ye....hehe. 


Emm…jom tgk komen GTO psl blog aku ni:


Komen GTO: 
1) tagline yang menarik

2) Entry berkisar blogging, personal dan terlintas di hati.

3) Widget di sidebar terlalu banyak .Mungkin memeningkan kepala juga. Placement of Nuffnang Ads yang agak ke bawah menyukarkan untuk mendapat Buffered Earning di Sidebar. Cadangan, letak atas sikit dan widget2 disusun kembali supaya nampak lebih kemas especially bagi blog yg 3 column.

4) Wow Faktor dan keunikan tersendiri tidak saya begitu nampak di sini. Maaf ya....Lain padang, lain belalang. Mungkin boleh pelbagaikan entry dan menulis entry yang lebih diminati...


Nampak gayanye aku kena ubah bbrp pkara, lebih2 lagi psl widget tu. Memang nk buat tp belum ada ms nk buat. And aku nk ubah template tp sayang pula nk tukar ke template baru. Sbb banyak kerja nk buat nanti. Aku ni belum ada ms lg nk ubah itu ini. Tp pasti akanku cuba buat perubahan sepertimana GTO sarankan.

Umm, itu saja ...Apapun ini cadangan dari saya bagi memperbaiki mutu blog:

1) Revamp the template /header. Mungkin boleh gunakan khidmat bloggers yang terror bakni.

2) Perbanyak gambar-gambar yang menarik di dalam entry

3) Selidiki dan cari "Wow Faktor" yang boleh menarik lebih ramai pengunjung ke blog

Nk buat entry yg menarik, aku ni kurang kreatif sikit nk buat post yg memikat hati mcm entry yg GTO buat. Tp boleh dicuba utk perubahan yg maybe akan mguntungkan. Siapa tahukan. Anyway TQ very much to GTO. Walaupun aku ni tk ingat bila aku request blog aku diterjah. Lama sudah, so lupa. ..hehehe.

Wednesday, October 27, 2010

Buffered Earning Bertambah2....Rezeki Katakan!!


Hari tu ada member blogger tegur, knp sejak kebelakangan ni asyik cerita pasal love je. Biasalah tengah hangat bcinta...hahaha. Gurau je. Oklah hari ni, aku cerita pasal Nuffnang je ye. Asyik cerita pasal cinta, nanti bosan pula pgunjung blog aku ni.


Mcm bulan2 lepas. Rezeki utk blog aku ni mmg murah sgt. Syukur kpd Allah krn mberi rezeki ni utk aku. So, adalah extra duit kelak...hehe. Baru td aku check akaun Nuffnang. Wah...ada 4 buffered earning baru aku dpt. Semuanye pasti berebut2 nk tarik phatian para pgunjung. Jgn lupa ye kwn2, tembak tp jgn main2 pula. Tk elok. Nanti Nuffnang marah.



Ke empat2 buffered earning ni, buffered earning Pizza aku blm pernah nampak kat blog aku tu. Entah bilalah masanye nk munculkan diri ye. Main sembunyi2 dgn aku pula. Takut aku makan agaknya....hahaha. Jom Pizza.



Rahsia nk dpt buffered earning yg byk2 ni, aku tk tau sgt. Yg aku biasa buat, update blog je. Nk blogwalking, akhir2 ni line internet slow sgt. So, kuranglah aku nk blogwalking. Namun trafik blog ni agak baiklah juga. Maintain 100 pgunjung stiap hari. Entah bilalah agaknya capai 200 pgunjung stiap hari ye?


Emm tk apalah, kalau tk capai pun. Yg ptg duit masuk...hehe. Lagipun bblog ni salah satu hobi aku juga. Cuma kuranglah aku cerita psl diri aku kat dlm blog ni. Lain kali jelah. Lgpun cerita psl diri sdiri kurang bestlah. Elok kongsi pkara yg maybe menarik buat pgunjung yg dtg ke blog ni. Betul tak? Oklah...tu je. Malas nk mbebel panjang. Chow dulu...tatata.

Monday, October 18, 2010

Status Glitterati Kembali Berbisa & Buffered Earning Makin Menganas




Hai hai hai, bye bye bye. Apa yg menarik, tak de apa2 pun menarik. Sekadar cerita kosong psl dunia Nuffnang aku je. Semalam aku agak terkejut tiba2 je satus vip aku, Glitterari ditarik balik oleh Nuffnang. Aku tertanya2 lo, apa kesnye. Setahu aku, aku tk letak apa2 pun iklan lain selain Nuffnang. Akukan setia pada Nuffnang je....hehehe.


So, aku bagilah surat cinta kat Nuffnang. Yelah frust juga bah. Sebab tiba2 je Nuffnang tarik tanda cinta dan kasihnya pada blog aku yg cute ni...hahaha perasan pula. Saja je. Hari ni aku terima balasan surat cinta Nuffnang. Rupa2nya mereka ada buat 'server maintenance last week' and bla bla bla....ko orang bacalah sendiri surat cinta Nuffnang kat bawah tu...malas betul aku nak translate.



Syukurlah Nuffnang kembalikan cintanye kat aku sekali dengan earning yg terjejas sikit sebab perubahan status vip tu. So, bolehlah aku tsenyum lebar sikit hari ni...hehe. Lagipun bulan ni aku dapat 3 ketul buffered earning baru. Ketiga2nye tengah mganas dan berlumba2 utk muncul juara.




Harap2lah rezeki btambah2 murah dengan munculnye tahun baru kelak. Bolehlah cashout utk kali ke-3 pula. Sekarang mmg dah boleh cashout, cuma nak kumpul banyak sikit. Barulah syok terima cek yg berpuluh ringgit....betul tak? Oklah...that all cerita kita. Tq semua...:)

Saturday, October 9, 2010

Yepiii...Dah Boleh Cashout Lagi

Hari ini ahad 10/10/10, tarikh keramat buat sesetengah insan. Apa yg keramat tu aku pun tk tau. Cincai cakap je....hahaha. Apa2 pun stiap org ada kenangan indah or sedih hari ni. Apa pun aku bukannye nk cerita psl merekalah.


Hari ni aku nk cerita psl aku punya Nuffnang. Baru lepas raya dpt cek kedua dr Nuffnang. Sekarang tk lama lg, akaun Nuffnang aku dah boleh cashout. Yepiiiiiiii...cepatnye. Pasti ada org bkata mcm tu. Alahai perasan pula aku ni.


Ahhh peduli. Asal aku happy go lucky. Apa rahsia aku dpt earning byk ni...tgk pic bwh tu. Jgn tgk lain pula...bahaya.

Ni haaa.....



Buat ms ni, earning tkumpul aku RM97.62. Yg ni blum update lg tau. Ada buffered earning yg blum cukup matang lg. Tgh aktif dan blumba2 utk menonjolkan diri. Supaya pgunjung2 yg tertarik dgn iklan menembak mrk. Tanpa rs dengki ok...hehehe. Tau2 jelah!!!.


Nak tau, income dr clik2 ni, tklah brp sgt dpt. Aku dpt income dr buffered earning je. Syukurlah Nuffnang murah hati bg aku tiap2 bulan buffered earning. Kalau tk, tkkan aku dpt earning sbyk ini. Dan cek ke-3 yg pastinye akan myusul tk lama lg. Maybe not thn ni. Thn depan rsnya. Sebab aku nk kumpul byk2 sikit. Lebih sikit dr cek ke-2 dr Nuffnang. InsyaAllah, mudahan murah rezeki sll. Amin.



Nak dikatakan blog aku ni mpunyai trafik yg mantap mcm otai2 kita yg lain. Tklah juga. Cukup2 makan je. tgk pic atas. Jumlah pgunjung tk pernah nk sampai 200 pgunjung shari. Bukan apa. Aku ni sejak posa dan raya, makin mls nk blogwalking. Skrg ni kenalah start enjin balik. So dptlah capai hasrat aku thn dpn. Kumpul byk2 duit then kahwin...huhuhu mimpinya aku.




Bcerita psl keyword blog aku ni. Mcm biasalah. Asyik keyword lucah je keluar. Tll famous sgt keyword lucah ni. Yelah anak2 generasi skrg suka cari benda tk bfaedah ini. Sbb tu lah byk gejala tk elok blaku. Salah siapa...aku pun tk tau. Semua salah lo.


Oklah tu cerita kita di petang ahad yg amat mbosankan. Elok aku tido je. Lagipun best tido ni, hujan lg tu...hehehe. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Thursday, September 2, 2010

Chq RM500+ On The Way.....TQ Nuffnang



Dpt berita baik hari ni....cek yg aku req hari tu otw to my pocket...huhu.
Hope sampailah sbelum aku balik kpg next week.
Dptlah aku guna utk belanja raya thn ni.


Syukurlah...TQ Nuffnang sbb bg duit free ni kat aku.
Tanpamu siapalah aku .....kan???


Duit RM500+ ni cashout kali ke-2 aku.
Banyak tu....bukan sng nk dpt.
Kalau tk kerana project alpa dan income dr campaign buffered earning.
Tk merasa duit sbyk ni.
Anyway hope dpt lbh byk dr ni di cashout kali ke-3 nanti.


Hehehe...tk sabar rsnya nk terima cek dr Nuffnang ni.
Mcm tunggu duit raya pula.
Oklah....kwn2ku, jgn jeles ye.
B'usahalah dpt duit Nuffnang yg lbh byk lg.
Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya yg bakal tiba bbrp hari lg.
Maaf zahir batin.

Friday, August 20, 2010

Buffered Earning....Rezeki Ramadhan



Sykurlah...di bulan baik bulan Ramadhan ni, dpt byk buffered earning pula.
Murah hati betullah Nuffnang kat aku ni.


Harap dptlah byk sikit income dr campaign buffered earning ni.
Nk tingkatkan trafik buat ms ni, mcm tk de ms.
Yelah mslh diri masih blum pulih sepenuhnya.
Namun kena tetapkan azam baru di bulan yg mulia ini.


Jatuh tsungkur bkali2, tk bmakna aku akan mgalah pd takdir hidup.
Hidup mmg mcm ni...ada psg surutnya.
Yg ptg sabar & bykkan bdoa pd Allah.
Mudahan pmudahkan semua jalan...Amin.


Ok...jom blogwalking...huhu.

Thursday, August 19, 2010

Blogshopku Tiba2 Ada Iklan Innity



Semalam tgk jalan2 ke blogshop aku tu MayaOnlineShop. Tiba2 aku tnampaklah iklan Innity ni. Aku cubalah ingat2 bila masa aku letak iklan Innity kat blogshop tu.


Fikir2 punya fikir....rupanya iklan dr ManggaAds. Emm...nampak gaya Innity minta ManggaAds iklan service mereka. Menarik...makin mantap ManggaAds ni ya. Tapi bila agaknya income dr ManggaAds aku ni nak cecah RM100. Lama betul nk tunggu tu. Walaupun incomenya laju je dr Nuffnang. 


Tapi Nuffnang tetap the best sbb cashout just RM50 je. Lagipun dapat banyak buffered earning sempena Ramdhan ni. Rezeki katakan. Syukurlah. Mudahan murah lagi rezeki aku ni. So dapatlah cashout utk chq ketiga pula. Chq kedua belum sampai lagi. Maybe hujung bulan ni or awal bulan nanti sampai. Tak sabar rasanya....sbb income kali ni lebih banyak dr cashout ptama dulu....hehe....oklah chow dulu.

Monday, July 26, 2010

Earning NuffnangKu....Layan Jelah!!



Hari Isnin memang hari Nuffnang, rsnya semua blogger tgh check akaun mrk hari ni. Yelah nk tgk earning ada naik ke tak or ada buffered earning baru ke tak. Macam aku ni. Hampir hari2 jeling2 akaun aku di Nuffnang. Suka tgk earning tu btambah2...hehe.


Tak byk pun btambahnya, sikit je. Tgk, just dapat RM0.60 je. Fuh...lama lagi nak cashout ni. Tapi syukurlah ada buffered earning baru yg tgh hangat berlawan2 nak tonjolkan diri kat blog aku ni. Hope lamalah 2 buffered earning aku ni beroperasi. Yelah kalau lama, ada untung sikit. Kalau kejap, sikitlah untungnya. Anyway syukur apa yg ada...betul tak???


Oklah, aku nak layan drama Korea ni dulu. Baru nak tgk. Masa tgh hangat di pasaran, tak mau tgk. Hehe...biasalah bz katakan. Chow dulu...byeeeeeee.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."