Sudah hampir 4 bulan mcm tu...kalau tk silaplah, website GengBlogger tak dapat masuk. Angkara virus Malware. Apa benda binatang ni, aku pun tak tahu. Sbb aku bukan pakar dalam bidang virus2 ni. Aku pandai berblogger je...hehe.
Aku sebenarnye baru tahu website GengBlogger dah boleh berfungsi macam biasa. Itupun sebab aku terpandang post seorang blogger yg aku jd follower dia. Kalau tak, aku mmg tak akan tahu. Yelah tiap kali nak masuk website GengBlogger dulu, asyik tak dapat. So....boringlah pula nk jenguk kat sana. Lgpun risau tkena virus baru tu...hehe.
Apa pun syukurlah GengBlogger telah bangkit dari hampir mati di makan virus Malware. Harap akan tetap bangun untuh untuk memeriahkan lagi dunia blogger yg suram tanpa kehadirannya beberapa bulan ni. Betul tak?
Mestilah betul...sbb dengan adanye GengBlogger semangat nak berblog bagi sesetengah blogger makin mbara2, nasiblah tak terbakar diri sendiri...hehe. Bahaya betul. Bukan itu saja, bagi akulah....dengan adanye GengBlogger, kita dapat ping entry tbaru blog kita di GengBlogger utk dikongsi bsama blogger lain. Malah kita dpt peroleh new idea, pengalaman dan pengetahuan baru melalui post2 yg menarik dr blogger lain.
Bukan itu saja, kita boleh kenal ramai kenalan baru, yg pastinya kita boleh berkongsi apa saja dengan mereka kecuali soal peribadi. Lebih dari itu, sendiri fikirlah. Sbb lain, aku rasa Nuffnang. Yelah dengan adanye GengBlogger, trafik blog kita pun meletop. Income Nuffnang apa kurangnye juga. Apa2 pun alasannye......kita jgn buang ms lagi, jom ping blog sekarang.
Alahai broadband, kenapalah time ni pula semput2. Geram betul aku dibuatnya. Nak buat edisi jalan2 pun tak dapat sangat. Kena tunggu lama loadingnya. Sabar jelah.
Tadi aku buka edisi jalan2 kat forum Geng Blogger. Saja je nak ikut Ben Ashaari kot. Taklah sangat. Saja nak luang masa lebih ke blog yang sudi menerima aku ni. Siapalah aku nak ikut Ben Ashaari ni. Tak layak beb. Buat biasa jelah. Ok ...jom jalan2 ke blog bawah ni:
Blog Semekar Kasih, blog kepunyaan Cikgu Isza yang memaparkan bermacam topik yang menarik untuk dibaca bersama. Kalau tak silap aku, aku kerap juga blogwalking ke blog beliau ni. Sebab beliau hampir tiap hari ada saja entry baru yang beliau pingkan di Geng Blogger mahupun Innit. Pasti ramai yang kenal beliaukan. Aku lebih tertarik dengan entry terbaru beliau ni 'Memilih Orang Yang Lebih Menyintai Kita'. Memang dalam bercinta kalau boleh kita pilihlah orang yang betul2 menyintai kita. Jangan pilih yang ambil kesempatan. Nanti naya je.
Cikgu Isza amat bertuah kerana dapat suami yang penyayang. Tu yang aku tau dari entry beliau tu lah. Aku pun nak suami macam tu juga. Tapi payahlah nak lupakan yang lama. Namun kena paksa diri tu juga. Rasanya maybe aku akan pilih yang menyintai aku, walaupun aku belum menyintainya sepenuh hati. Entahlah...soal hati payah nak cakapkan. Maybe boleh minta pandangan Cikgu Isza dalam hal ni. Sebab beliau lebih berpengalaman.
Oklah....aku ni tak tau nak komen banyak. Kalau yang nak aku jalan2 ke blog anda. Bagilah link ye. Tiada apa2 syarat pun. Jalan2 sambil tambah ilmu & menjana idea baru untuk entry baru...betul tak. Oh ya, jgn lupa terjah blog 'Semekar Kasih' ni. Banyak cerita & info menarik sana. Chow dulu...he3
Semalam tgh aku ronda2 di Geng Blogger & Innit, tnampaklah post member blogger yg lain. Semua cerita psl buffered earning yg mereka dpt. Emm...npk gaya bulan ni, bulan murah rezeki bg sstgh member blogger kita yg lain ye. Makin btambahlah pocket money dr Nuffnang ni. Bila dah senang jgn lupa aku ye? Nk jg tumpang gembira....itu je dpt aku buat. Nk minta belanja, payahlah kan? Hehe3.
Walaupun dpt satu atau dua buffered earning, kira bsyukurlah sbb Nuffnang ada bg utk anda. Serba sedikit bg semangat utk anda terus berblog. Lepas ni kenalah rajin blogwalking, post & pingkan blog anda di mana2 community yg anda gemari.
Nilah antara post yg diping oleh Geng Blogger smlm psl buffered earning yg mereka dpt. Maaf ye tuan punya blog, aku bubuh post ping anda kat sini. Aku doakan makin btambahlah rezeki anda & juga blogger yg lain.
Setiap orang pasti mempunyai ‘surfing spot’ kegemaran sendirikan?
Sama ada di rumah, cybercafé mahupun tempat kerja.
Bagi saya tempat paling saya gemari ketika melayari internet ialah bilik hostel tempat kerja saya.
Di sinilah saya habiskan sepanjang masa yang terluang dengan surf internet. Yelah lepas habis kerja, tak de benda lain nak buat. Bukannya ada tv pun kat bilik hostel saya ni. Jadi, dunia mayalah yang selalu menemani saya.
Waktu cuti pun kalau tak ke mana-mana memang saya akan terperap dalam bilik melayan kerenah alam maya saya melalui boardband yang saya beli tahun lepas. Laptop ni pun saya beli tahun lepas juga. Semua untuk keperluan keboringan yang melanda diri saya ni. Yelah kalau tak ada laptop & internet, takkan nak tengok syiling jekan? Nanti jadi orang tak betul pula.
Selalunya kalau saya surf internet laman web yang saya gemari ialah Facebook, Nuffnang, Geng Blogger, Youtube, Kosmo dan pastinya blog saya sendiri. Selain tu ada juga tengok laman web lain. Yang saya senaraikan tu, yang paling kerap saya kunjungi.
Sejak saya aktifkan diri di Geng Blogger & blogwalking ni. Bermacam-macam contest & giveaway yang diadakan oleh para blogger yang budiman. Best jugakan, dapat juga join. Kalau ada tuah, dapatlah hadiah free. Kalau tak bertuah, tak apalah. Yang penting dah cuba…kan gitu.
Sebenarnya ada apa dengan contest & giveaway ni? Cuba bagitau sikit. Yang saya nampaklah. Para blogger kita ni memang baik hati. Sebab bagi hadiah free gitu. Tu amat2 saya hargai. Selain itu, dapat juga menarik ramai blogger lain singgah ke blog anda. Berduyun-duyun orang nak join…hehehehe. Bahkan dapat ramai follower baru…kira kawan barulah tu. Dengan itu, apa je update terbaru dari blog anda dapatlah diketahui si follower tadi. Bolehlah tambah pembaca sikit. Jadi follower memang selalunya wajib dalam setiap contest atau giveaway. Kalau tak jadi follower, payah juga nak tau kita menang ke tak…kan?
Emm...apa cerita pkembangan Nuffnang aku minggu ni ye? Khabar baik or tak elok? Rasa khabar sedang2 je kot. Sedang sedang je bah...ewah mcm nyanyian lirik lagu sapa entahlah. Tak kenal, so tak cinta lo..hahahaha.
Setakat ni, apa yg aku tgk kat akaun Nuffnang...adalah ok sikit. Sbb buffered earning pun makin btubi2 masuk ni. Syukurlah, rezeki di tahun baru ni. Entah sebab apa aku dpt buffered earning pun aku tak berapa pasti. Yg aku pasti sgtlah. Sejak aku tukar templete baru, ubah penulisan (dah rajin merepek) & melibatkan diri dgn gejala sosial di Geng Blogger...fuh gejala sosial tu. Bukan gejala sosial tak bagus...aku ikut yg baik2 je tau. Tak buat hal mcm buang bayi, rogol, rompak, bunuh anak & sewaktu dengannyalah. Tu semua buat tambah dosa aku je...elok aku belah je...kahkahkah.
Sapa yg belum tahu apa itu Geng Blogger, sendiri carilah ye...clik je name Geng Blogger. Pasti anda akan dibawa melayari ke alam sosial tu dengan sekelip mata je. Biasalah sekarang informasi di hujung jari anda saja. Tekan itu, tekan ini...sudah dapat. Ada faham anak2 sekalian.
Rata2 pgunjung blog aku yg serba kekurangan ni, adalah pgunjung Geng Blogger. Member Geng Blogger ni baik2 tau..pemurah gitu..hehehe. Puji lebih pula. Setiap post anda kat sana akan diterjah mereka btubi2. Macam bom yg jatuh dari langit..ye ke ni?? Tak caya tgk analisis visitor aku ni.
Macam mana ya, nak tingkat traffiz ke blog kita? Memanglah kena ada post yang menarik barulah pengunjung datang berduyun-duyun ke blog kita. Macam blog ‘cik Epal’. Banyak betul pengunjung setia blog dia tu. Dah boleh jadi otai dah dia tu.
Kita yang baru ni, kenalah fikir macam mana nak tingkatkan traffic. Bukan traffic jem kat bandar raya tau. Traffic, pengunjung blog kitalah. Apa lagi! Emmmm….selain ping blog di innit Nuffnang. Saya juga ada ping di Geng Blogger, yang baru bbrp minggu lepas ke. Kalau tak silap saya, saya sertai. Jumlah pengunjungnya meningkatlah sikit dari minggu-minggu sebelumnya.
"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
-
Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan
hati. Haha.
Tengah dok scroll notification int...
Di Sekitar UiTM Seri Iskandar
-
kisah seram dalam hidup ni dia boleh datang dalam pelbagai keadaan kannn..
contohnya :
semalam kannn
gua habis melepak di mamak gua nak balik rumah kan
gua ...