Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label luna maya. Show all posts
Showing posts with label luna maya. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Video Lucah: Ariel Peterporn Terima Hukuman Dengan Senyuman

Credit:Mstar


Aku tadi terjah ke Mstar dan tertariklah pasal kes Ariel Peterporn ni. Kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari yang tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit. Memang gempak gila beb...tapi aku belumlah tengok video tu...eh malulah...hahaha...tak elok layan.


Tak sangka juga, walaupun Ariel mengedarkan video lucah dengan kekasihnya, Luna Maya tu. Luna Maya tetap setia disisinya. Kalau anda macam mana pula? Masih disamping si dia ka? Entahlah aku pun tak tau nak jawap apa. Hal masing2 dan semestinya ada sebab jugakan.


Melalui berita aku baca, Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham ni, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung hari ni setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.
 
 
Nampak gaya merengkoklah dia dalam penjara. Takkanlah tak tahu akibat mengedar video lucah tu....isssss tak fikir langsung. Tapi masih ada juga peminat wanita si Ariel ni menangis mendengar berita mengenai hukuman dia. Masih ada juga peminatnya rupanya, walaupun berkelakuan sebaliknya...tau2 jelah, tak payah aku cakap.
Si Ariel pula, kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
 
 
Emmm.....hope ni pengajaran buat kita semua, jangan nak buat benda tak elok. Nanti macam ni  akibat yang akan anda terima. Ni baru di dunia, di akhirat kelak. Tak taulah aku nak kata lagi. Lu fikirlah sendiri...hahahaha.

Sunday, December 19, 2010

Siapa Hanis Zalikha Zainal? + Senarai Top 10 Individu Popular DiCarian Google Malaysia

Siapa Hanis Zalikha Zainal? Entahlah aku sendiri tak tahu sangat siapa gerangan empunya diri. Yang aku tahu, Hanis ni memang popular di kalangan blogger. Blog dia memang ramai follower, beribu2 beb. Kalau nak dibandingkan dengan blog aku, jauh beza. Lebih2 lagi Hanis ni seorang model terkenal...kira terkenal jugalah.

Credit:Metro

Nilah wajah ayu Hanis Zalikha Zainal yang memdapat perhatian ramai dalam dunia blogger dan antara dalam 10 individu paling dicari dalam Google Malaysia. Malah telah mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Hebatkan??? Tahniah buat beliau :)


10 individu paling dicari dalam Google Malaysia
(alamak tak de nama aku pun....hahaha) 

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
Aku memang peminat Maher Zain...lagu beliau best :)

2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
Emmm....entahlah!!

3. Luna Maya (artis Indonesia)
Scandal seks...tak minat!!

4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
Al-Fatihah buat beliau.

5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
Pelik...langsung tak minat.

6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
Entahlah...:0

7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
Cute...suka :)

8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)

 No komen
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
Peminat biasa2 je :)
10. Paul Tan (blogger)


Dia ni ke Paul Tan? Aku pun tak kenal sangat.
Main Google je...hehehe :)


Tq...GOOGLE.

Friday, July 2, 2010

Luna Sakit, Polis Pula Soal Bekas Isteri Ariel, PeterPan

Sumber:Kosmo
Kes video seks melibatkan lelaki mirip penyanyi kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel dilihat semakin menarik kerana ia dikatakan bukan sahaja melibatkan teman-teman wanitanya, malah mereka yang pernah mendapat tempat di dalam hidupnya sebelum ini, lapor sebuah akhbar semalam.
 
Bekas isteri Ariel, Sarah Amalia turut disoal siasat oleh pihak polis Indonesia. 

Sebagai bekas isteri, polis berharap dapat mengetahui tentang tabiat Ariel yang gemar merakamkan aksi intimnya. 

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa Sarah turut terlibat dalam salah satu koleksi video seks Ariel yang kini berada dalam tahanan polis. 

Sewaktu ditanya oleh wartawan semalam, Sarah hanya berpaling tanpa menghiraukan pertanyaan tersebut. 

“Jadi, adakah benar Ariel gemar merakam adegan seksnya?” tanya seorang wartawan. 

“Saya tidak mahu sahkan. Hari ini cuma soal siasat biasa sahaja,” kata Sarah sebaik selesai menjalani sesi soal siasat selama tiga jam semalam. 

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon terkenal, Luna Maya dilaporkan sakit akibat tertekan dengan kes tersebut. Atas sebab itu, dia gagal menghadirkan diri ke sesi soal siasat yang telah dijadualkan oleh pihak polis. 

“Ya, Luna sakit. Siapa yang tidak tertekan dengan kes ini,” kata seorang peguam Luna Maya. 

Sehingga kini, Luna masih dianggap sebagai seorang saksi dalam kes video seks Ariel. 

Indonesia kini heboh dengan pengedaran dua klip video seks lelaki mirip Ariel dengan dua wanita seperti Luna Maya dan pengacara Cut Tari. – Agensi

Alahai, kes Ariel Peterpan ni mmg belum sudah2 lagi. Kalau betul tabiat dia suka rakam hubungan itim dengan isteri or kekasih hatinya. Memang teruklah. Itupun nak rakam. Buat apa. Kan dah terlepas, semua orang tahu dah. Buat malu je.


Tapi kalau ada orang yang nak khianati beliau. Memang jahatlah orang tu. Biasalah dunia sekarang makin canggih. Macam2 boleh dilakukan. Semua info di hujung jari katakan. Boleh edit sana sini. Payahkan kalau ada orang bhati busuk ni. Pasal kes Ariel Peterpan ni, aku no komen sangat. Betul ke tak? Aku pun tak pasti. Kalau aku kata betul...fitnah pula...kan? Tak pasal2 dapat dosa free je...hahaha.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."