Credit:Google
Hari ni, aku tak tau nak bebel apa. Sebab aku terlalu penat shopping je kejenye ptg td. So, why not kita sama2 enjoy layan cerita lawak si Chot ni. Cerita ni aku petik dr taman bunga...hehehe gurau je. Diambil dr mail yg member aku forwardkan di ofis.Layanzzzzzzzzzzzzz
GAMBAR
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.
Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.
Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi.
Chot nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, lalu dia berkata, “Kak… Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar…”
KEMIK
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.
Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke workshop. Mekanik di workshop tu yang sememangnya tahu akan ke’bendul’an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu… pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.
Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.
Teman serumahnya, Chet… keluar dan bertanya, “Apa hang buat tu, Chot?” Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di workshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.
Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, “HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!”
0 comments:
Post a Comment