Credit:Google
Pernahkah anda alami situasi di mana, kawan baik anda yang memang rapat dengan anda. Tikam anda dari belakang, hanya gara-gara seorang lelaki. Bagi yang pernah, memang rasa pedih hatikan.
Walaupun lelaki tu hanya kawan rapat anda saja, bukannya kekasih hati pun. Kawan perempuan anda sanggup berbuat demikian. Kan senang, kalau suka bagitahu je. Daripada memburuk-burukkan kawan sendiri dari belakang, sampai hubungan persahabatan antara anda terputus dan lelaki itu fikir negatif tentang diri anda.
Ini baru kawan rapat je. Kalau kekasih hati juga dia ingin kebas, entah apa punya kawanlah itu. Elok buang je dalam sampah. Buat menyusahkan hidup kita je. Kawan yang suka tikam belakang ni patut dielakkan. Boikot mereka, yelah asyik buat dajal je kat kawan.
Perkara ni, pernah berlaku pada saya. Kawan rapat yang makan tidur dan sentiasa bersama. Ada masalah sama-sama cuba selesaikan tapi bila masuk bab lelaki. Memang siallah. Pandai berpura-pura dan berlakon macam tidak pernah berbuat salah terhadap kawannya. Salah saya juga sebab cepat percaya dan tidak cepat mencurigai orang. Dah nasib.
Tapi sejak kena tikam ni, saya hilang dah kepercayaan pada member yang macam ni. Saya selalu ragu keiklasan orang yang nak berkawan dengan saya. Apa yang telah berlaku sebagai ikhtibar bagi saya agar tidak cepat percaya dengan sesiapa pun. Jadi, kawan biasa macam tu jelah. Nak percaya sangat, tak mahulah.
Hubungan saya dengan kawan lelaki saya tu, berakhir macam tu je. Entah apa yang member saya bagitahu dia, saya pun tidak tahu. Tidak diberi peluang nak bercakap. Cuma dapat message, jangan ganggu saya lagi. Dah orang tidak mahu berkawan, saya malas nak kisah sangat. Biar jelah. Member yang jahat hati tu, saya pasti dia akan mendapat balasannya kelak. Sebab saya percaya setiap perbuatan ada balasannya.
Pengajaran...jangan cari kawan yang suka tikam belakang dan jangan percaya orang sangat. Percaya boleh tapi mesti ada curiga sikit, Ok.
Nukilan;
4 comments:
kite senasib, pengalaman kamu samer macam saye
emm .. sabar k. pasti ada hikmah atas setiap apa yang berlaku.
alhamdulillah,xpenah g rase pengalaman macam gine..yang penting kene banyak bersabar ;)..tentu ada hikmah kn..
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Dr Rozmey idola hatiku"
"2.Kelebihan Ayat Ruqyah"
yelah...sabar jelah. Tq semua
Post a Comment