Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Sunday, May 23, 2010

Kenapa Nak Menyusahkan Orang Lain? Mereka Tu Bukannya Kuli Engko Pun!

Credit:Google


Kalau anda berkawan dengan ramai manusia, pasti faham perangai setiap dari mereka ni. Lebih2 lagi kalau anda diam di hostel. Tak kiralah hostel tempat anda study or tempat kerja anda. Pernahkah anda jumpa manusia jenis begini, yang seolah2 nak buat orang lain, lebih2 lagi jiran sehostel anda buat sesuatu, macam kulilah. Walaupun tanpa permintaan mereka.Tapi dengan cara psikologi...kira macam tu agaknya.


Pastinya ada antara anda pernah alaminya bukan? Contoh paling senang. Kes angkat jemuran. Aku nak share sikitlah cerita pasal 2 orang budak kat hostel aku ni. Bukan nak mengumpat tapi nak dapat pandangan anda. Mana tau aku ni ada buat silap ke tak. Pastinya adakan...he3.


Alkisahnya begini. Kita kalau diam satu hostel, memanglah sentiasa bantu membantu bukan. Tapi not mean always membantu. Tengok juga keadaan. Sekali dua orang boleh tolong, kalau banyak kali, seolah2 sengaja. Orang pun serik nak tolong. Semacam nak ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.


Siapa punya jemuran...sila angkat sendiri ye! Sini tak ada tukang angkat!



Kisah 2 orang budak ni buat aku tak senang hati. Mereka ni dah tau kerja sampai malam. Kira pukul 7 malam macam tu lah. Nak juga jemur baju kat luar. Kalau tengahari tu angkat tak pelah iaitu masa waktu rehat. Ni tak biar je kat luar. Seolah2 minta kasihan kat kawan yang diam sehostel angkat jemuran mereka. Aku sekali dua tolong, tak pe. Ni terlalu kerap macam tu. Buat perangai betullah. 


Aku ada bincangkan masalah ni kat member cina aku yang diam sebelah bilik. Dia ni sering jadi mangsa angkat baju. Sebab sekarang aku malas nak tolong orang angkat baju. Lebih2 lagi orang yang suka ambil kesempatan. Tak malu betul..ha3. 


Aku beritahu member cina, tak terasa bersalah ke mereka. Kalau asyik nak suruh orang lain angkat baju mereka. Last2 aku kena tembak member cina. Dia cakap....'tahu pun kamu perasaan macam tu'. Aku tembak balik. 'Memanglah tau, ingat sukakah suruh member jadi kuli angkat baju kita.' Tapi apa nak buat, member cina cakap terpaksa tolong. Kalau tak nanti mereka cakap bukan2 payah pula. Penyelesaiannya...biar member cina tu je jadi tukang angkat jemuran...ha3. Aku dah tak mau tolong orang dah. Jahatnya aku..he3.


Kalau anda ada member sebegini yang suka menjadikan kita kuli secara tak langsung, apa anda buat? Macam aku cakap tadi, aku just biarkan jemuran tu sampai malam je. Siapa suruh jemur kat luar. Kat dalam ada, tak guna. Aku jahat bila orang ambil kesempatan...ha3. Peduli apa orang cakap, jangan jadi aku kuli sudahlah.

5 comments:

test said...

tu namanya pemalas hehe
biar la diorg tu
saya pun malas nak layan

Admin said...

aduh payah btl kalau ada member mcm tu

azieazah said...

Kata orang, buat baik berpada-pada.
Buat jahat, cukuplah sekali. hehehehe

nurmisnan said...

hmmm... story pasal kain enyidai ni aku teringat masa kat hostel dulu, kebetulan baru basuh baju sekolah. dah siap kenalah sidai kan. masa aku nak ke penyidai kain mata aku terkelip2 tgk barang tergantung2 kat ampai.. seluar kecik sape le ni.

adoiiiiilahh... kenapa le tak tolong angkat sekali dowh... tak ke orang lalu lalang nampak... citt memalukan..

Admin said...

hahaha...apa2lah...kalau rajin tolong, kalau tak...tak....lgpun tk suka org ambil kesempatan...dah byk kali mcm tu...payah juga...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."