Tanpa malu & segan aku beritahu bahawa nilah pertama kalinya aku makan nasi ayam penyek. Tak pernah sekali dalam hidup aku merasai nasi ayam penyek tu. Rupa bentuk ayam penyek ni pun aku kabur2.
Kisahnya begini, last week Kak Sal yang berbangsa melayu Sarawak mengajak aku teman dia cuci kereta kat bandar. Biasalah sorang2 risau juga. Perlukan teman disisi..he3. Sebelum pergi ke tempat yang dituju, kami dua makan di kedai melayu yang bernama Refah Cafe. Terletak di Medan Jaya, Bintulu.
Nilah pertama kali aku & Kak Sal jejak kaki ke restoran makan tu. Tengah cari2 makanan di menu. Pelayan suggest makan nasi ayam penyek. Aku yang tak pernah tahu rupa ayam penyek macam mana. Bertanyalah. Mestilah tanya. Kalau tak sesat jalan...kan?
Ooo...ayam penyek rupanya ayam yang macam dipukul2 sampai peyek..kah3. Teruknya aku ni, tak pernah nak tahu. So, aku order lo nasi ayam penyek tu. Nak cuba rasa sedap ke tak. Kak Sal pula order nasi goreng ayam masak merah.
Inilah rupa nasi ayam penyek yang aku order. ...ada ayam yang sudah dipenyek, sambal, timun, kacang pjg & kubis. Nasi serta sup sekali. Nampak sedap bukan. Yum yum.....rasanya bolehlah tahan juga. Kalau kat semenanjung aku tak taulah macam mana gaya masakan mereka pula. Biasalah setiap orang lain2 caranya.
Nasi goreng ayam masak merah untuk Kak Sal & 2 gelas air teh c peng special untuk kami dua. Sedap tak? Aduh aku tengok gambar ni balik rasa lapar pula. Belum makan lagi biasalah. Ok...jom kita ramai makan2 malam...jemput. Belanja sendiri ye.
14 comments:
mg best pun!hihi..=)
Teruja tengok air tu juga :)
tk pernah rse nasi aym penyet..
itulah...sedap juga rsnya..hehehe
nasi ayam penyek satu!!meja no 3..!~haha
yummy!!! me 1st time mkn nasi ayam penyet kat singapore in year 2007...kat msia baru nak try..soon
tk sampai sana npk gaya kembatolo..hehe
tk sampai sana npk gaya kembatolo..hehe
pastinya sedap kan mama zharfan
aik lain macam pulak nasi penyek nye
wallaweh!! lama dah tak mkn ayam penyet..
ye ke ayam tu dia penyek2?? hahaha..
klu kat restoran raja ayam penyet sedap.. tapi dia bg nasik sikit sgt.. uhh!
lapar la...
kat Aceh memang banyak tapi x penah mkan..haha..
nampak macam sedap.. pasnie try la order.. :-)
sedapnya...
terasa lapar la plak
jap eh nak makan hehe
jom...makan ramai2..hehehe
Post a Comment