Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Zed Zaidi & Nelly Natalia...Semoga Berbahagia Hendaknye!!

Bahagianye hidup orang yang nak kahwin ni kan....berseri2 je muka. Siapa tak mahu berkahwin kan...semua mahu termasuklah aku. Mudahan perkahwinan or rumahtangga yang dibina berkekalan hendaknye hingga akhir hayat. Amin.
Aku ucapkan buat pasangan Zed Zaidi dan Nelly Natalia epy selalu dan cepat2 dapat anak2 yang comel2 ye. Tahniah atas kenalan melalui Facebook terus ke jinjang pelamin..:)

Credit:mstar

Tuesday, January 4, 2011

CoretanMaya: Selepas Kahwin, Apa Yang Anda Selalu Impikan?

 Yeppie..kahwin dah :)
 
 
Kahwin…seronoknya kalau dapat berkahwinkan. Dapatlah bersama orang yang kita cintai sentiasa. Siang dan malam. Yang paling penting ada orang disisi kita semasa kita susah mahupun gembira. So, adalah orang tempat kita bergantung harap dan perlu sentiasa. Lebih2 lagi masa menempuhi usia tua.


Alangkah bahagia, kalau perkahwinan itu sentiasa disinari cahaya keimanan dan kebahagiankan. Sentiasa hangatkan cinta dan kasih sayang hingga akhir tua…kan best. Kalau boleh aku pun nak macam tu. Haraplah…hehe3.


Sebenarnya lepas anda mendirikan mahligai syahdu apa yang anda impikan? Topik kita not about seks or manja2 ye. Sila fokuskan pada benda yang positif ok. 


Selepas kahwin, kalau dalam fikiran akulah. Rasanya semua orang macam tu juga. Pastinya mahu jaga keharmonian rumahtangga agar kekal hingga akhir hayat dan selamanya. Betul tak? Tipulah kalau tak. 


Sesiapa yang kata tak tu maksudnya dia suka2 nak kahwin. Nak permainkan perasaan dan merosakkan hidup pasangannya or just atas kehendak nafsu seks je. Orang macam ni harus dan mesti dijauhi ok….anak2 sekalian.


Apa lagi ya…oh ya. Kalau kahwin pasti mahu zuriatkan…anak2 yang akan menyerikan lagi istana bahagia anda. Tapi nak berapa orang ya? Nak satu team pasukan bola boleh tak? Fuh…jenuh nak beranak tu…ha3. Tapi kalau dah rezeki, tak salah pun..betul tak.
 

My dream..mahu ada pulau sendiri..hahahaha


Ada setengah orang kalau lepas kahwin tak suka diam bersama mertua. Emm ada setengahnya memang tak kisah. Kalau aku, kalau boleh tak mahulah. Rasa tak selesa sikit. Lagipun aku ingin memiliki dan diam di rumah sendiri. Nak buat apa2 saja hiasan kat rumah sendiri tak jadi masalah. Tak ada yang kecik hati ma. 


Bukan bermakna diam dengan mertua salah. Cuma aku ni kurang selesa kalau macam tu. Lagipun impian setiap orang mahu menguruskan rumahtangga sendiri dengan aman..hehe3. 


Apa lagi ye? Cuma fikir. Aku belum kahwin, so tak tahu nak fikir apa lagi impian lepas kahwin. Yang tu je aku fikir saat dan ketika ini. Maybe banyak lagi yang lebih menarik…kan. Sila beri pandangan sikit, wahai pengunjung yang murah hati.
 
 
Nukilan;




Sunday, May 23, 2010

Perlukah Nak Cerita Pasal Anda Dengan Suami/Isteri Bermanja2 Kat Orang Lain?


 Credit:Google


Dalam dunia perkahwinan memang indah. Biasalah kita akan selalu bersama insan yang kita sayangi. Pelbagai kenangan dan saat indah tercipta. Tapi perlukah menceritakan saat anda bermanja2 dengan suami or isteri kepada orang lain? Tak kiralah manja ringan or berat. Perlu meh???


Kalau sebolehnya aku memang tak mau dengar cerita manja2 ni. Buat geli aku dibuatnya. Walaupun manja ringan. Namun aku memang anti betul nak dengar. Tapi nak buat macam mana orang dah cerita. Nak halang risau kecik hati pula. Dah tau sangat perangai tu.


Kalau nak cerita pun, ceritalah kepada orang yang dah mendirikan rumahtangga. Jangan nak cerita kat aku ni. Aku tahan telinga je dengar. Geli dibuatnya. Entahlah makcik seorang kat office tu agak terbuka betul cerita benda2 macam ni kat aku.


Hari tu dia cerita pasal suami dia merajuk. Dia pujuk, cium itu cium ini. Then kalau suami dia ok…naik. Kalau suami dia nak layan, layan….xxxx…faham2 jelah. Aku yang dengar diam je. Buat2 dengar juga…ha2.


Apa pandangan anda perlukah nak cerita2 benda tu kepada yang single mingle? Fikir2kanlah ye!!
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."