Credit:Google
Saya nak tanya anda, apa yang anda harapkan pada sebuah hubungan cinta? Kenapa anda nak bercinta? Adakah kerana terikut dengan kawan2 anda. Yelah, kawan2 dah ada pasangan, so anda pun teringin nak berpasangan juga. Ni kes masa zaman sekolah2 dulu or masa usia masih fresh.
Bila usia dah meningkat, pastinya hubungan cinta pun makin lebih matang dan serius. Lebih ke arah memikirkan masa depan untuk hidup bersama dan membina sebuah mahligai indah yang dihiasi putera puteri yang comel2 hasil hubungan suci yang terjalin antara anda berdua.
Tapi masa sekarang hubungan cinta nampaknya lebih kepada nafsu semata-mata. Kenapa saya kata macam tu? Tengok saja kes yang hangat diperkatakan sekarang. Kes buang bayi. Bila asyik dalam cinta, si lelaki yang bukan berniat nak serius dalam hubungan. Cuba meminta si perempuan membukti cintanya dengan memberi sesuatu berharga dalam dirinya. Lepas lemah dengan pujuk rayu. Si perempuan layu dalam dakapan dosa si lelaki.
Akhirnya apa berlaku? Ha nilah yang berlaku…..
Bukti cinta dah terhasil, mana pergi si lelaki pula. Dah buktikan cinta dengan nilai sebuah maruah si perempuan. Takkan hilang kot. Si perempuan pula, mana nilai kasih sayang keibuan dan kemanusian anda. Sanggup anda buang dan bunuh bayi tak berdosa ya. Ingat bayi tu sampahkah? Cuba diri anda diperlakukan seperti itu. Macam mana rasa?
Ingat!! Apa yang anda lakukan sekarang akan sentiasa mengekori anda sampai bila2. Penyesalan tak berguna lagi. Dan bila si anak bertanya kepada anda berdua atas perbuatan kamu berdua. Apa anda akan katakan?
Kita menjalinkan hubungan cinta bukan untuk mempermainkan maruah orang lain. Bukan untuk menjadikan bayi tak berdosa menjadi mangsa kekejaman anda. Mudahan Tuhan membuka pintu hati generasi sekarang agar lebih bersikap bertangungjawab dan bertimbangrasa. Lebih bersikap kemanusiaan. Dari sikap kebinatangan.
Moga Tuhan selamatkan generasi baru kita dari tercemar arus kemodenan yang sering menangih perubahan sikap dan pemikiran manusia. Berubah ke arah baik tak pe, ni lebih kepada kemusnahan saja. Fikir-fikirkanlah!!!.
8 comments:
inilah reality... mudah ucpkan syg hakikatnya xde arti apa2..
hanyut dibuai perasaan.. hurmmmmm jauhilah diri nie dr itu rupa.. amin..
kalo laki tu syg,dia xpatut buat mcm tu kat pompuan yg dia syg..and kalo pompuan tu pandai,dia xpatut kalah dlm dakapan laki mcm tu!;)
kejujuran, dan sebagai umat islam kebatasan dalam pergaulan
eh kat sini pun citer ni ;)
baru taip panjang lebar tadi jd nak buat exception komen bleh takk
hahah larikkkk
sapa nak buang bayi letak depan rumah saya pls
jalan-jalan cari cinta disini..hehe
erm, apa yg dimahukan dari sebuah cinta?mahukan kepercayaan, ketelusan, dan rasa tanggungjawab..:)
yelah siapa tk mahu bayi tu, jgn buang....bagi kpd siapa yg memerlukan...kan wanie
mudahan generasi baru kita lbh btanggungjwb & tk mudah tperdaya...amen
wanita cair dgn kata-kata dan janji lelaki
buat lah ini sebagai pedoman
untuk berhati-hati dengan janji lelaki.
or use a condom...
Post a Comment