Mmg kejam btl pembunuh ni.
Mcm pbunuhan di rancang pula.
Kasihan dahlah wanita tu hamil, dipijak2 perutnya.
Sampai anak dlm kandungan hampir tkeluar.
Credit:Google
(Hiasan Semata2)
KUALA LUMPUR 17 April - Mayat wanita hamil yang lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan reput dan berulat di kawasan rekreasi Taman Tasik Perdana di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata mayat itu dijumpai orang awam yang kebetulan melalui kawasan terbabit kira-kira pukul 6.30 petang.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah mati dalam tempoh enam hari akibat dijerut di leher dengan menggunakan sapu tangan, katanya ketika ditemui pada kempen derma darah peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Berjaya Times Square hari ini.
"Selain terdapat kesan mangsa dipijak di bahagian perut, pemeriksaan ke atas mayat itu juga turut menemui mayat janin berusia kira-kira 12 minggu yang dilihat keadaannya hampir terkeluar dari kemaluan mangsa,” katanya.
Muhammad Sabtu berkata, keadaan mayat yang reput turut menyukarkan polis untuk mengenal pasti bangsa dan identiti suspek.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu. Namun kita menemui seutas jam tangan berjenama Omega yang dipakai mangsa dan sebuah topi keledar di tempat kejadian,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama
7 comments:
kesian gila! kejam la org yg bunuh dia tu.
Memang kejam :{
Manusia sekarang memang den ni tak faham ler
apa la nak jd ngan manusia sekarang...
dem.siot ah manusia tuh. kene diri sendiri baru tau
mmg kejam..teruk btl..tk pe, pembalasan menunggu dia. Tak di dunia, di akhirat kelak
Itu bukan manusia tapi iblis jadian..
Post a Comment