Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Thursday, April 15, 2010

Mana Pergi Akal Waras Manusia Zaman Sekarang, Nak Dera Anak Sampai Mati Je Kerjanya!!

Emosi btl aku baca berita psl budak kecik kena dera sampai mati ni.
Entah jenis manusia apalah zaman ni.
Tll moden, sampai hilang pemikiran waras & rs timbang rasa.
Aaa....geram btl.
Dahlah kes buang bayi msh hangat dperkatakan.
Ni kes dera pula.Tak habis2 lg ka?
Kerajaan tolong bagi tindakan yg lbh tegas kpd manusia sebegini.

 Mangsa dera...cian btl!

SERI KEMBANGAN - Lagi kanak-kanak mati dipercayai didera.

Belum pun reda kisah Syafiah Humairah, 3, meninggal dunia akibat didera teman lelaki ibunya di Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor pada 26 Februari lalu dan K. Hareswarral, berusia setahun enam bulan mati didera suami pengasuhnya di Pangsapuri Seri Ara Damansara, Petaling Jaya pada 6 Mac lalu, seorang lagi kanak-kanak mati dipercayai didera semalam.

Kali ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan Jasmine Lee@ Lee Swee Hui, 3, dipercayai didera seorang lelaki sejak seminggu lalu.
Ia terbongkar apabila lelaki berusia 27 tahun membawanya ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan di sini dalam keadaan tidak bermaya pada pukul 7.45 pagi semalam.

Lelaki itu membawa mangsa ke klinik tersebut berkemungkinan menyangka dia masih hidup.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, hasil pemeriksaan pihak klinik mendapati kanak-kanak malang tersebut telah mati kira-kira dua jam sebelum itu dan terdapat 30 kesan lebam di seluruh tubuhnya termasuk di dahi dan badan.

Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak klinik kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek yang merupakan bekas mekanik bagi membantu siasatan...petikan KOSMO

7 comments:

joegrimjow said...

entah bula kes cam ni akan tamat
inikah dugaan dari tuhan?

saya_arief said...

suda menular gejala kejam nih..
parah btol dunia ni.

Admin said...

mmg parah...nk kiamat dah kot

SJNathaniel said...

ya lah kan..kesian betul budak ni..

Admin said...

itulah...manusia kejam btl

aiDieNa said...

Wahhh.. seronoknyerr dapat duit.. "Banjer makan!".. hehehe

Admin said...

nk belanja jauh sgt...hehe

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."