My favourite sport..apa ye??
Kalau dulu masa sekolah menengah tu, lumba larilah sukan yang paling saya gemari. Pernah mewakili sekolah untuk pertandingan antara-antara sekolah. Tak sampai peringkat negeri pun. Sekadar nak suka-suka je. Tapi best juga kalau dapat mewakili sekolah ni. Bukan saja dapat kenal ramai kenalan baru, malah dapat piala & hadiah menarik kalau menang.
Sukan lumba lari yang pernah saya ikut ialah larian 100 meter, 200 meter & larian berganti-ganti. Sekarang ni entah mana pergi semua piala tu agaknya. Simpan kat mana dah tak tahu. Saya dah tak ikut aktiviti sukan lumba lari bila dah meningkat dewasa. Entah kenapa rasa segan pula...hehe. Tau-tau jelah. Tak payah cerita.
Sekarang ni saya lebih suka sukan badminton. Kawan sekerja saya selalu juga bawa saya pergi main di dewan sukan persatuan bulan sabit merah. Memang penuh dewan tu. Ramai betul yang suka main badminton ni. Kena tunggu giliranlah kalau nak main tu. Tapi best, sebab dapat keluarkan peluh. Pukul sana pukul sini. Kadang-kadang main tu tak ikut peraturan sangat. Main hentam je. Yelah nak seronok-seronok je.
Bukan saja untuk seronok tapi juga sebab badminton nilah sukan yang membawa kemenangan & meningkatkan nama negara Malaysia di mata dunia. Ingat lagi dengan keluarga Haji Sidek, yang beberapa tahun mengharumkan nama negara & memenangi piala Thomas. Pasti ingatkan. Itu dulu, sekarang ni pula generasi baru iaitu juara all england iaitu Lee Chong Wei. Hebatkan dia. Berada di tangga teratas & mengalahkan jaguh badminton dunia yang lain. Memang tabik hormat dekat beliau ni. Sebab mengharumkan nama Malaysia. Bukan senang nak menjadi No.1 dunia kan?
Cakap panjang lebar lupa pula nak introduce. Ni ha barangan adidas yang memang power punya. Ada bermacam-macam jenis barangan yang memang sesuai untuk kita yang sering bersukan. Ada adidas action 3, adidas daily cleanser, adidas face cream daily protect & banyak lagilah barangan adidas ni. Nak terang semua tak laratlah. Apa-apa pun memang produk adidas ni bagus & memang memenuhi citarasa ramai. So, jangan lupa dapatkannya di pasaran sekarang.
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
0 comments:
Post a Comment