Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Wednesday, April 7, 2010

Perlukah Orang Tua Memaksa Anak Kahwin Mengikut Kehendak Mereka?

Credit: Google

Kadang-kadang terfikir kenapalah sesetengah orang tua suka sangat memaksa anak kahwin mengikut kehendak mereka? Mereka tak fikirkah yang anak mereka ada jalan hidup sendiri juga. Ada pilihan sendiri. Kenapa nak paksa? Perlukah berbuat demikian?

Kalau saya tanya macam tu pasti ada akan jawab. Mana tau pilihan orang tua lebih baik dari pilihan sendiri. Orang tua lebih tau apa yang anda inginkan. Orang tua lebih berhak ke atas anda kerana anda anaknya and bla bla lagi.

Aduh nak lawan cakap orang tua memang payah. Tapi takkan semua perjalanan hidup kita sebagai anak perlu orang tua control. Semacam tak ada haluan sendiri pula. Cubalah mereka sendiri dibuat macam tu. Macam mana perasaan mereka agaknya? Atau maybe mereka dah mengalaminya, so mahu anak mereka mengikut jejak mereka. Entahlah.
Nasiblah orang tua saya tak macam tu, suka paksa nak kahwin ikut kehendak mereka. Syukur dikurniakan kedua ibubapa yang amat memahami. Bagi orang tua saya, yang penting saya suka dan lelaki pilihan saya mempunyai kerja. Cukup bagi mereka. Mereka tak pernah halang kami, anak-anaknya untuk memilih sesiapa pun menjadi pilihan hidup kami. Tak kira mereka suka atau tak, mereka tetap menerimanya dengan hati terbuka. Amat-amat bersykur dapat orang tua yang baik hati ni.

Ada juga dengar orang tua kawan saya yang lain, paksa dia kahwin dengan pilihan orang tuanya. Sampai menangis-nangis kawan mengenang nasib dia tu. Dahlah ada kekasih hati lagi tu. Tapi apa nak buat orang tua lebih berkuasa. Dah nasib. Kalau saya, saya memang bantah habis-habisan. Hahaha…yelah saya ni anak yang degil juga. Tapi tak bermaksud saya menderhaka tau. Takkan sebab tak ikut kehendak orang tua terus derhaka. Kalau macam tu penatlah jadi manusia ni..hahaha.

Tak perlu nak paksa-paksa anak ni. Nanti mereka merajuk lari dari rumah baru tau. Tapi kalau sudah jodoh di tangan orang tua kita, nak buat macam mana. Lari rumah…kahkahkah. Jangan ikut apa aku cakap. Saja je ni.

Nukilan;


5 comments:

mIsH IeRA cIK irAh said...

ngeh.jangan sebab lelaki kite tinggalkan org yang berjasa dgn kite sudah la ek?

Mr Kamikaze said...

tak boleh tahan tengok gambar lelaki tue...hahahaa

[♣]sara®sites™ said...

ha'ah lah.. gambar lelaki tu teruk sgt2..


mcm mmg tak sudi, dan nak bunuh diri pun ada..

hahaha.. kesian.. =P

Aini said...

Rase cam tak perlu pakse kot.. Kalo nak pakse gak, kena sertakan dengan bukti2 yg wat kita teruja nak kawin dengan pilihan dia tu..hehe

Admin said...

emm..yelah pyh nk ckp....

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."