Kadang-kadang terfikir kenapalah sesetengah orang tua suka sangat memaksa anak kahwin mengikut kehendak mereka? Mereka tak fikirkah yang anak mereka ada jalan hidup sendiri juga. Ada pilihan sendiri. Kenapa nak paksa? Perlukah berbuat demikian?
Kalau saya tanya macam tu pasti ada akan jawab. Mana tau pilihan orang tua lebih baik dari pilihan sendiri. Orang tua lebih tau apa yang anda inginkan. Orang tua lebih berhak ke atas anda kerana anda anaknya and bla bla lagi.
Aduh nak lawan cakap orang tua memang payah. Tapi takkan semua perjalanan hidup kita sebagai anak perlu orang tua control. Semacam tak ada haluan sendiri pula. Cubalah mereka sendiri dibuat macam tu. Macam mana perasaan mereka agaknya? Atau maybe mereka dah mengalaminya, so mahu anak mereka mengikut jejak mereka. Entahlah.
Nasiblah orang tua saya tak macam tu, suka paksa nak kahwin ikut kehendak mereka. Syukur dikurniakan kedua ibubapa yang amat memahami. Bagi orang tua saya, yang penting saya suka dan lelaki pilihan saya mempunyai kerja. Cukup bagi mereka. Mereka tak pernah halang kami, anak-anaknya untuk memilih sesiapa pun menjadi pilihan hidup kami. Tak kira mereka suka atau tak, mereka tetap menerimanya dengan hati terbuka. Amat-amat bersykur dapat orang tua yang baik hati ni.
Tak perlu nak paksa-paksa anak ni. Nanti mereka merajuk lari dari rumah baru tau. Tapi kalau sudah jodoh di tangan orang tua kita, nak buat macam mana. Lari rumah…kahkahkah. Jangan ikut apa aku cakap. Saja je ni.
5 comments:
ngeh.jangan sebab lelaki kite tinggalkan org yang berjasa dgn kite sudah la ek?
tak boleh tahan tengok gambar lelaki tue...hahahaa
ha'ah lah.. gambar lelaki tu teruk sgt2..
mcm mmg tak sudi, dan nak bunuh diri pun ada..
hahaha.. kesian.. =P
Rase cam tak perlu pakse kot.. Kalo nak pakse gak, kena sertakan dengan bukti2 yg wat kita teruja nak kawin dengan pilihan dia tu..hehe
emm..yelah pyh nk ckp....
Post a Comment