Hiasan Je - Credit:Google
Bila myentuh mgenai rahsia, setiap lelaki mahupun perempuan mempunyai rahsianya sendiri. Tak kira besar ataupun kecil, rahsia tetap rahsia bagi sesetengah orang. Yelah hak setiap orang ma. Betul tak?
Ni entry khas untuk panduan kaum wanita....ingat anda perlu tahu 3 rahsia penting lelaki ni bagi mgekalkan hubungan yang bkekalan. Sama ada betul ke tak rahsia ni, anda boleh tanya kaum lelaki kerana mereka lebih tahu mgenai diri mereka sendiri. Sebab tak semua yang kita tahu, sama dengan apa yang ada dalam fikiran mereka. Biasalah setiap orang lain2 fikirannya.
3 rahsia lelaki itu ialah..........
1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?
Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.
Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.
Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.
Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.
Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.
3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.
Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya.
Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!
So, dah tahukan. Jangan lupa pula ye. Tapi saya fikir2 rahsia ke-2 tu, macam ada betul ada salah juga. Lelaki ada setengahnya nak kita uruskan semua pkara macam ibu mereka. Tapi kalau sampai meremekkan kemampuan lelaki, memang naya jawabnya. Apa2 pun setiap orang ada sikap, cara & fikiran sendiri.
2 comments:
baru saya tahu..
lelaki lelaki..
haha...tahu tak pe...
Post a Comment