Pelik btllah....yg mganggur dpt elaun begitu byk skali.
Sampai malas nk cari kerja dah.
Kalau kerajaan Malaysia mcm tu, maybe dah bankrup kot.
Yelah..kalau ada elaun mcm tu, pasti semua org nk mganggur.
Hidup senang lenggang kangkung siapa tk mau.
Senang2 dpt beli mercedes lg.
Ha...nilah keluarga yg hidup senang dgn elaun mewah tu.
Dahlah tu masih tk bpuas hati...mcm tk bsyukur langsung.
CARDIFF - Seorang bapa kepada tujuh orang anak, Peter Davey enggan bekerja kerana dia menerima pendapatan lumayan menerusi hasil elaun sara hidup golongan penganggur kerajaan Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun dia dan isterinya, Claire, 29 menganggur, elaun sara hidup lebih £42,000 (RM207,765) setahun yang diterima mereka mencukupi untuk keluarga itu tinggal di rumah berkembar dan memiliki sebuah kereta Mercedes Benz selain sebuah kenderaan pelbagai guna.
"Mengapakah saya perlu bekerja kerana jika saya bekerja, saya belum tentu memperoleh pendapatan sebanyak ini, lebih baik kami menganggur," kata Peter, 35.
Di rumah berkembar mereka di Isle of Anglesey itu, keluarga tersebut memiliki televisyen skrin rata besar, sebuah permainan video Wii, tiga permainan video Nintendo dan sebuah komputer di samping empat telefon bimbit.
Namun, dia dan isterinya yang kini mengandung anak kelapan, masih tidak berpuas hati dengan elaun kebajikan tersebut dan mahukan kerajaan menaikkannya ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat. - Agensi,KOSMO
5 comments:
sudahla d bg elaun menganggur..
komplain lg tuh...
huhuhuhuh..
kalo ada d msia,
knfirm rmai resign..
senang nyeeee hidup.
nape kat malaysia tade ?
;D
Macam2 manusia ni...
Tu le kalau bagi muka sangat
OhPemandu
kalau ada elaun tu kat m'sia....mmg ramai yg nk jd pganggur...so ramailah pemalas...
perghh, siap komplain lg..
jom amek award >.<
Post a Comment