Credit:Google
Anda buat blog ni buat apa ye? Nak cari duit pocket lebih ka or saja2 luangkan masa lapang? Atau sebagai tempat untuk luahkan perasaan serta mencari teman maya. Apa2 pun alasan yang penting kita semua enjoy berblog dan beretika dalam penulisan.
Kalau saya….tak payah sembunyi2lah. Memang saya buat blog untuk dapat duit pocket lebih. Yelah mula2 saya kenal blog pun sebab terbaca pasal Nuffnang yang boleh menjana duit melalui iklan2 yang ditawarkan. Nampak menarik, so saya cubalah nasib. Walaupun tak berapa pandai dalam dunia blog ni tapi saya cuba belajar sikit2lah. Lama2 jadi bukit…kan ?
Namun lama2 libatkan diri dalam dunia blog terasa best pula. Dapat ramai kenalan baru. Selain dapat duit pocket dari Nuffnang. Malah dapat join giveaway yang menawarkan hadiah yang menarik. Tak kisahlah yang murah ke. Yang penting enjoy ma.
Serba sedikit berblog ni dapat mengurangkan rasa tension di office, dapat meluahkan apa saja pendapat kita tapi jangan keterlaluan sudahlah dan dapat menghabiskan masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah dari lepak di mana2 tempatkan?. Memang tak dinafikan setiap hari saya luangkan masa dengan berblog.
Kalau waktu kerja, malam saya mulakan operasi berblog. Kalau masa cuti iflah tak pergi mana2. Bloglah kerja saya. Sambil tu berblogwalking. Tengok post2 menarik di blog blogger lain. Dengan itu kita dapat mencari ilham lain dan info menarik.
Kalau berblog hanya untuk duit, entah ke mana agaknya penghujungnyakan? Saya sendiri tak pasti. Sendiri fikir ye…he3.
3 comments:
gudluckkkkkkkkkkk~
emmm cari duit, cari kwn jg
tq ya...semua sy mahu...ha2
Post a Comment