Kepopulariti Lisa Surihani makin meningkat sejak akhir2 ini. Bukan saja memiliki rupa paras yg menawan serta senyuman yg manis bisa memikat sesiapa saja jejaka yg memandangnya malah beliau mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Dengar2 khabar beliau tengah dilanda cinta tiga dimensi. Betul ke tu? Nak tau...baca post dibawah ni:
TERIKAT cinta tiga dimensi, melihatkan senario tersebut dirasakan bukan satu perkara biasa bagi Lisa Surihani. Kini si cantik manis berusia 24 tahun ini harus berdepan polemik jiwa. Situasi meminta dia memilih yang terbaik untuk dirinya. Sama ada menurut kata hati atau perintah keluarga.
Namun itu bukanlah pilihan yang harus dituruti hati graduan daripada Universiti Aberystwyth, Wales dalam jurusan undang-undang itu. Sebaliknya, Lisa berada dalam jiwa dan kecelaruan. Dia terpaksa belajar memilih dan berdepan antara cinta Adam dan Dani dalam siri Adamaya yang bersiaran sejak 6 April lalu setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang.
Siri yang diterbitkan syarikat penerbitan MIG Production Sdn. Bhd. itu merupakan nukilan Feroz Kader. Siri itu mengandingkan Lisa dengan dua jejaka berstatus ayah iaitu Syed Hussein dan Faizal Yusof. Drama bergenre komedi romantik yang mengandingkan Diana Amir, Dian P. Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, Hamidah Wahab dan Puteri Mardiana itu membicarakan secara drama perihal perkahwinan pada usia mentah.
Melihat pergerakan gadis peminat fanatik Johnny Depp itu, tahun 2010 sudah menjanjikan dirinya satu perjalanan yang santai dan teratur. Sepanjang bulan lalu, dia muncul dengan gaya antagonis untuk watak Kamsah dalam filem V3: Samseng Jalanan. Satu cabaran dan warna baru dalam kerjaya lakonanya yang selalu terjebak dalam watak comel dan baik-baik sahaja.
“Saya hanya seorang pelajar yang masih berjinak-jinak dalam industri lakonan,” ujarnya satu ketika dahulu membayangkan dirinya yang masih hijau dalam dunia baru ini.
Selepas dilihat ganas dan merokok dalam filem debut arahan Farid Kamil tersebut, Lisa muncul pula dalam watak polos bernama Siti Stilla dalam filem Semerah Cinta Stilleto. Masih bergandingan dengan hero kacak iaitu Farid Kamil, kombinasi ini seakan sudah dipersetujui khalayak dan keserasian itu tidak pernah menampakkan kecanggungan. Awalnya difantasikan sebagai pasangan bercinta, ternyata Farid dan Lisa yang merupakan wajah ekslusif Astro itu mempunyai ikatan kimia yang dapat dikesan oleh mata-mata kasar yang melihat. Keserasian mereka terserlah bukan hanya di panggung wayang namun dalam hari-hari normal bergelar sahabat baik.
“Keserasian membolehkan saya membuang perasaan kekok. Lagipun kita bekerja secara profesional dan sering berbincang. Maka, tidak timbul masalah saya berasa susah untuk ‘bercinta ’ dengan Farid dalam filem,”terang Lisa lagi.
Dalam masa yang sama filem-filem lakonan lainnya seperti Kapoww!, Lagenda Budak Setan, Zoo, Cyber X: Ancaman Penggodam dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 menunggu waktu untuk dipertontonkan.
Jelas Lisa, rezekinya kini kian murah bagaikan petanda rahmat dalam perjalanan karier lakonannya. Lisa mengambil positif segala hal yang datang dan mencuba mencari variasi dalam kesempatan yang diberikan.
“Setiap watak daripada filem saya berlainan antara satu sama lain. Saya cukup gembira apabila pengarah percaya bakat dan kemampuan diri ini memegang pelbagai karakter sekali gus memperbaiki mutu lakonan sebagai pelakon,”ujarnya dalam masa yang sama bersyukur diterima baik oleh masyarakat...petikan:KOSMO
4 comments:
lisa kegilaan ramai .. haha
yup...she sweetkan
emm makin dikenali ramai sudah dia ni
org cantik & bbakat mmg diminati..he3
Post a Comment