Credit:Google
Spekulasi & gosip sana sini kedengaran bila Datuk Siti kita ni myuarakan hasrat hati untuk berehat panjang bermula Jun ini selepas bgiat aktif dalam bidang seni suara selama 15 tahun. Biasalah dah namanya gosip, macam2 tanggapan orang kat kita kan. Lebih2 lagi artis tsohor Malaysia ni. Orang tkenal bah, siapa yang tak mahu kepoh2. Aku pun nak turut kepoh juga ni..he3.
Ada orang cakap, Datuk Siti nak rehat panjang ni sebagai langkah pertama untuk mengundur diri. Ye ke? Alah takkanlah Datuk Siti kita ni nak mgundur dirikan? Dah berada di kemuncak seni sudah. Rugilah nak undur2. Nanti peminat merajuk payah nak pujuk..ha2. Gurau je.
Sumber:Kosmo
Ada pula orang kata Datuk Siti merehatkan diri agar memudahkan dirinya untuk mendapatkan cahayamata yang menjadi idamannya sejak awal perkahwinannya lagi. Emmm...kalau tak rehat, tak dapat anak meh? Gosip ni memang2 tak betul ni. Yalah berehat atau tidak, Datuk Siti bersama suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, sememangnya berusaha untuk ke arah mendapatkan zuriat....tu yang Datuk Siti cakaplah. Bukan aku cakap2. Sebab tu hidup mereka ma.
"Memanglah, kalau nak diikutkan, orang kata jangan terlalu memikirkan sangat kerana ia boleh mengganggu proses mendapatkan zuriat"
"Ikhlas saya katakan, saya berusaha dari dulu sampailah sekarang. Saya percaya ada rezeki kami. Mungkin ada hikmahnya mengapa kami lewat mendapat zuriat. Maklumlah, banyak perkara yang perlu diselesaikan"
"Kalau cepat dapat anak, alhamdulillah, rezeki kami," ujar Datuk Siti tenang.
Memang setiap orang yang mendirikan mahligai syahdu ingin putera puteri mhiasi mahligai mereka. Agar hidup lebih bahagia & ceria sentiasa. Tapikan sekarang ni manusia makin tak syukur nikmat anak ni. Kenapa aku cakap macam ni? Tengok je sekarang macam2 kes buang bayi & dera budak. Sana sini kedengaran.Manusia tak syukurlah tu. Emm..penat cakap pasal manusia akhir zaman ni. Oklah nk relax2 terjah blog member lain. Tatata.
0 comments:
Post a Comment