Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, April 24, 2010

Datuk Usia 64 Tahun Cabul Murid Tahun Satu.....Kubur Dah Panggil2, Masih Nak Buat Dosa Lagi

Apalah datuk ni, usia dah 64 tahun tp msh ingat nk buat dosa je.
Adakah murid darjah satu jd mangsa dia.
Kurang ajar betul.
Tak ingat ke? Rumah suruh pergi, kubur suruh datang.
Isss...manusia2 sekarang..payah nk ckp.

Credit:Google

GOMBAK: Tidak ubah seperti manusia bertopengkan syaitan apabila seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di sini, cuba memuaskan nafsu gilanya dengan menjadikan seorang murid tahun satu sebagai mangsa cabul dalam tandas sekolah berkenaan.

Suspek yang layak dipanggil datuk berikutan usianya mencecah 64 tahun menarik mangsa ke dalam tandas sekolah sebelum meraba dan mencabul kemaluan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu.

Namun perbuatan jijik dilakukan lelaki tidak sedar diri itu terbongkar selepas kanak-kanak perempuan terbabit menceritakan insiden hitam dialami kepada ibunya sejurus pulang dari sekolah, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintanden Rosly Hassan, berkata ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 32 tahun yang tinggal di Bandar Tasik Puteri, Rawang, dekat sini, membuat aduan polis pada jam 12.35 tengah hari kelmarin mendakwa anak perempuannya dicabul ketika berada di sekolah.
“Dalam laporannya, ibu itu mendakwa dia diberitahu anaknya bahawa pengawal keselamatan terbabit menghalang kanak-kanak berkenaan ketika mangsa ingin keluar dari tandas sekolah. Murid perempuan itu ditarik masuk ke dalam tandas sebelum dicabul pengawal keselamatan terbabit.

“Difahamkan, pengawal terbabit mengangkat mangsa ke atas sinki dalam tandas itu sebelum menyelak seragam sekolah dan mencabul kanak-kanak itu,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun hanya mencabul mangsa dan tidak memperkosa kanak-kanak itu sebelum melepaskannya beberapa minit kemudian....berita lanjut: MyMetro

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."