Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

CoretanMaya: Rogol Sana, Rogol Sini…Tak Sudah2 Dengan Nafsu Iblis Tu

Ahli keluarga sdiri pun, tk leh caya!!


Dari dulu hingga sekarang, kes rogol ni asyik kedengaran di mana2 dada akhbar. Apa tindakan kita? Apa yang sudah dilakukan oleh pihak kerajaan? Apa hukuman yang telah dikuatkuasa? Apa kesudahan nasib kita sebagai perempuan yang sering menjadi mangsa nafsu serakah kaum lelaki yang durjana ini?


Takut betullah, bila fikir2 jadi perempuan ni. Di mana2 ada saja mata jahat yang cuba mengambil kesempatan. Tak kira anda berpakaian seksi atau berselubung penuh.Tak kira anda remaja, tua ataupun bayi, Kes macam ni semacam menjadi lumrah dalam hidup kaum jantan yang tak bermoral ini. Mana pergi pertimbangan akal anda? Tak takutkah anda, Tuhan yang sentiasa memerhati setiap kelakuan hina anda itu? Aduh payah betul.


Bukan saja orang luar tak boleh dipercayai. Tapi orang yang paling dekat dengan kita pun tak boleh percaya. Ayah, abang, adik dan saudara. Mereka ini paling membahaya. Bukan semualah. Tapi golongan inilah yang sering menghangatkan dada akhbar sekarang. Yang baru2 ni, saya ada terbaca pasal bayi yang mati kerana diliwat ke apa. Apa kes? Bayi secomel & sekecil itu diperlakukan sebegitu. Aduh, dah hilang akalkah manusia sekarang? Si ibu pula sanggupkah anda berdiam diri melihat kejadian begitu? Jangan kerana sayang, kita menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram. Bertindaklah sewajarnya dari menangung dosa.




Penat bila fikirkan kes semacam ini. Tak ada penghujung ceritanya. Perkara yang sama saja berlaku. Entah apa tindakan keras yang diambil oleh kita atau kerajaan? Sekadar hukuman yang biasa2 tu. Mana orang nak takut dah. Makin menjadi-jadi adalah. Ok..para perempuan, berhati-hatilah sepanjang masa. Mudahan kita dijauhkan dari perkara tak elok ini. Mudahan Tuhan sentiasa bersama kita. Amen.

Nukilan;

Sunday, October 31, 2010

Mana Silapnya Bila Guru Bertindak Melampau Batas?

Hiasan je


Kita sedia maklum, guru adalah seorang pendidik yang memikul tanggungjawab besar dalam membentuk remaja, generasi masa depan yang akan mencorak negara menuju misi yang telah kerajaan kita tetapkan. Oleh sebab remaja adalah aset negara yang sangat bernilai. Bukan saja guru mahupun ibubapa, malah masyarakat harus sama2 membimbing remaja menuju misi tersebut.


Bekas Presiden Indonesia pernah mengatakan“ Jika ingin melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah para pemuda pemudinya.” Kenyataan ini memang tidak dapat disangkal lagi kerana kekayaan sesebuah negara adalah bergantung kepada remaja itu sendiri. Jadi, runtuhnya remaja maka akan runtuhlah sebuah negara. Sebab itulah, kita harus sama2 mendidik remaja sekarang untuk memastikan negara kita terus megah berdiri pada masa hadapan.
Namun, dalam mendidik remaja memang ada susah payahnya. Tapi tidak bermakna Guru yang telah diamanahkan oleh ibubapa bertindak melampau batas dengan membuat hukuman yang tak sepatutnya. Misalnya dalam kes ini:

Dua beradik melecur diseterika

Sumber:Kosmo

PASIR MAS - Dua beradik antara 11 pelajar yang melecur akibat tindakan melampau seorang guru menggunakan seterika panas bagi mengejutkan mereka supaya menunaikan solat Subuh baru-baru ini.


Kejadian berlaku di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu dekat sini pada 12 Oktober lalu ketika Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya, Muhammad Fairuz, 14, nyenyak tidur...berita lanjut: clik cini

Wajarkah Guru bertindak sebegini? Memanglah niat Guru itu baik, ingin kejutkan anak2 muridnya solat subuh tapi tindakan mengejut mereka dengan menggunakan seterika panas adalah agak melampau. Ingat, tak panaskah. Fikirlah sikit. Takkan sebagai Guru pun tak terfikir perkara itu. Tak pasal2 melecur badan anak2 murid dibuatnya. Alahai, inilah Guru pendidik generasi masa depan ye? 


Dulu heboh mengenai perbuatan melampau Guru dengan kekasihnya, bertudung pula tu. Macam2lah sekarang. Namun, kita tak dapat nak salahkan Guru sepenuhnya sebab Guru pun manusia biasa juga. Buat salah. Cuma sebab mereka merupakan pendidik remaja, jadi apa mereka lakukan memang menarik perhatian masyarakat.


Apa2pun, sekiranya terdapat Guru yang bertindak melampau, pihak bahagian pendidikan harus bertindak segera bagi menangani disiplin Guru tersebut. Yelah, takkan hanya anak murid saja perlu di isplinkan. Guru juga harus didisplinkan sekiranya mereka bertindak melampau. Barulah adil dan institusi perguruan tidak dianggap buruk.


Akhir kata, tepuk dada tanya minda. Mana silapnya bila Guru bertindak melampau batas? Maaf kira nukilan ini menyentuh rasa sesiapa saja yang membaca. Bukan berniat untuk memburukkan Guru or institusi perguruan, sekadar renungan bersama sana. Peace No War!!!

Monday, July 5, 2010

Guru Rogol Murid......Bencinya Dengan Guru Yang Kurang Ajar Ni, Bukan Nak Ajar Budak Tapi Rosakkan Budak Adalah

Aku memang geram dengan guru yang suka ambil kesempatan ni. Rogol2 ni mmg aku anti betul. Lebih2 lagi dari golongan guru yang merupakan pendidik generasi kini dan masa depan. Kerajaan patut ambil tindakan lebih tegas lagi kepada perogol2 yang tak berhati perut ni.


Bukannya nak mendidik bangsa dan generasi akan datang. Ni merosakkan adalah. Dahlah tu memburukkan nama guru itu sendiri. Jangan ingat perempuan itu lemah, sampai buat macam tu sekali. Dahlah budak sekolah lagi tu......aduh...berbuih nak cakap pasal kes2 macam ni. Tak pernah nak surut2...emmm...pening dibuatnya. Manusia akhir zaman katakan.


Hanya hiasan je..hehe3.

KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.

Wednesday, April 14, 2010

Menganggur Tapi Hidup Senang.....Ada Juga Manusia Macam Ni Ya!!

Pelik btllah....yg mganggur dpt elaun begitu byk skali.
Sampai malas nk cari kerja dah.
Kalau kerajaan Malaysia mcm tu, maybe dah bankrup kot.

Yelah..kalau ada elaun mcm tu, pasti semua org nk mganggur.
Hidup senang lenggang kangkung siapa tk mau.
Senang2 dpt beli mercedes lg.

Ha...nilah keluarga yg hidup senang dgn elaun mewah tu.
Dahlah tu masih tk bpuas hati...mcm tk bsyukur langsung.


CARDIFF - Seorang bapa kepada tujuh orang anak, Peter Davey enggan bekerja kerana dia menerima pendapatan lumayan menerusi hasil elaun sara hidup golongan penganggur kerajaan Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun dia dan isterinya, Claire, 29 menganggur, elaun sara hidup lebih £42,000 (RM207,765) setahun yang diterima mereka mencukupi untuk keluarga itu tinggal di rumah berkembar dan memiliki sebuah kereta Mercedes Benz selain sebuah kenderaan pelbagai guna.

Thursday, March 4, 2010

Service Tax Rm50 Credit Card…Sayonara, Aku Potong Kau!!

Sekadar hiasan je!!!

Nampaknye bulan ni pihak bank nak charges service tax ke account credit card saya. So, sebelum mereka buat macam tu elok saya potong jelah. Yelah saya ada 2 credit card. Hanya satu credit card saja saya pakai. Dari saya kena charges untuk 2 credit card, elok cakap sayonara dulu. Kalau tak free je bayar service tax. Elok saya pergi beli KFC, kenyang juga…hehehe.

Kalau mereka charges satu credit card je tak apalah. Ni tak. Setiap pemegang card yang mempunyai lebih satu card akan dicarges pada setiap satu card yang mereka ada. Cuba bayangkan kalau ada 3 credit card. Berapa dah duit anda bazirkan?

3 credit card x RM 50 = RM150….waaa banyak tu. Elok pilih mana2 satu credit card dari bank yang menawarkan service terbaik saja. Then potong je yang lain. Taklah membebankan bayar service tax tu. Kalau tak pun, tak payah pakai langsung credit card lagi senang. Tak payah fikir pasal charge service tax.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."