Hiasan je
Kita sedia maklum, guru adalah seorang pendidik yang memikul tanggungjawab besar dalam membentuk remaja, generasi masa depan yang akan mencorak negara menuju misi yang telah kerajaan kita tetapkan. Oleh sebab remaja adalah aset negara yang sangat bernilai. Bukan saja guru mahupun ibubapa, malah masyarakat harus sama2 membimbing remaja menuju misi tersebut.
Bekas Presiden Indonesia pernah mengatakan“ Jika ingin melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah para pemuda pemudinya.” Kenyataan ini memang tidak dapat disangkal lagi kerana kekayaan sesebuah negara adalah bergantung kepada remaja itu sendiri. Jadi, runtuhnya remaja maka akan runtuhlah sebuah negara. Sebab itulah, kita harus sama2 mendidik remaja sekarang untuk memastikan negara kita terus megah berdiri pada masa hadapan.
Namun, dalam mendidik remaja memang ada susah payahnya. Tapi tidak bermakna Guru yang telah diamanahkan oleh ibubapa bertindak melampau batas dengan membuat hukuman yang tak sepatutnya. Misalnya dalam kes ini:
Dua beradik melecur diseterika
Sumber:Kosmo
PASIR MAS - Dua beradik antara 11 pelajar yang melecur akibat tindakan melampau seorang guru menggunakan seterika panas bagi mengejutkan mereka supaya menunaikan solat Subuh baru-baru ini.
Kejadian berlaku di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu dekat sini pada 12 Oktober lalu ketika Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya, Muhammad Fairuz, 14, nyenyak tidur...berita lanjut: clik cini
Wajarkah Guru bertindak sebegini? Memanglah niat Guru itu baik, ingin kejutkan anak2 muridnya solat subuh tapi tindakan mengejut mereka dengan menggunakan seterika panas adalah agak melampau. Ingat, tak panaskah. Fikirlah sikit. Takkan sebagai Guru pun tak terfikir perkara itu. Tak pasal2 melecur badan anak2 murid dibuatnya. Alahai, inilah Guru pendidik generasi masa depan ye?
Dulu heboh mengenai perbuatan melampau Guru dengan kekasihnya, bertudung pula tu. Macam2lah sekarang. Namun, kita tak dapat nak salahkan Guru sepenuhnya sebab Guru pun manusia biasa juga. Buat salah. Cuma sebab mereka merupakan pendidik remaja, jadi apa mereka lakukan memang menarik perhatian masyarakat.
Apa2pun, sekiranya terdapat Guru yang bertindak melampau, pihak bahagian pendidikan harus bertindak segera bagi menangani disiplin Guru tersebut. Yelah, takkan hanya anak murid saja perlu di isplinkan. Guru juga harus didisplinkan sekiranya mereka bertindak melampau. Barulah adil dan institusi perguruan tidak dianggap buruk.
Akhir kata, tepuk dada tanya minda. Mana silapnya bila Guru bertindak melampau batas? Maaf kira nukilan ini menyentuh rasa sesiapa saja yang membaca. Bukan berniat untuk memburukkan Guru or institusi perguruan, sekadar renungan bersama sana. Peace No War!!!
2 comments:
yerla, guru2 nie kekadang tindakannya melampau. agak2la kalau nak bagi hukuman tu, tak perlu mendera keterlaluan..
itulah...buat ptimbagan swajarnye sblum btindak...:)
Post a Comment