Credit:Google
Beberapa hari lepas, kekasih aku bertanya. Kalau kita dah menjadi suami isteri di dunia ini, macam mana pula di akhirat kelak ye? Kalau ikutkan dia, bukan saja aku. Ingin hubungan suami isteri di dunia ni terikat hingga ke alam akhirat, syurga yg diidamkan semua muslimin dan muslimat. InsyaAllah.
Aku sendiri pun tak dapat nak jawab soalan dia dengan pastilah. Biasalah aku ni banyak perkara tak berapa tahu sangat, lebih2 lagi bab agama. Masih dalam memperlengkapkan diri. InsyaAllah. Tapi kami berpendapat, sekiranya kita sama memohon pada Allah, InsyaAllah akan dipertemukan lagi di akhirat kelak. Mudahanlah...doa2kan je ye...:).
Kebetulan tengah mecari bahan menarik untuk info blog aku yang lain. Terjumpalah entry dr seorang teman blogger ni iaitu 'Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?'. Nampak menarik, lgpun serba sedikit mjawab persoalan kekasih aku tu.
Untuk perkongsian bsama, aku postkan entry tersebut di sini:
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
So, kalau ingin menjadi suami isteri di alam akhirat, kenalah sama2 memperlengkapkan diri dengan amal ibadat serta amalan yang baik. Betul tak? Kalau silap tolonglah tunjuk ajar ok. TQ.
4 comments:
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
>kurang faham cnnection tu. tiada si bujang means semua bukan bujang la kan? then, 'Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.'?
ade termiss ape2 ke atau saya yang tersalah faham?
=)
apa yg maya faham....di sana kelak tiada yg bujang mean semua ada psgn hdp msg2...so tk de yg hdp single.
tiba2 rasa syahdu laks baca artikel ni
iye ke...hehehe
Post a Comment