Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label mayat. Show all posts
Showing posts with label mayat. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Mayat Wanita Hamil Reput Ditemui.....Kejam Betullah!!!

Mmg kejam btl pembunuh ni.
Mcm pbunuhan di rancang pula.
Kasihan dahlah wanita tu hamil, dipijak2 perutnya.
Sampai anak dlm kandungan hampir tkeluar.

Credit:Google
(Hiasan Semata2)

KUALA LUMPUR 17 April - Mayat wanita hamil yang lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan reput dan berulat di kawasan rekreasi Taman Tasik Perdana di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata mayat itu dijumpai orang awam yang kebetulan melalui kawasan terbabit kira-kira pukul 6.30 petang.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah mati dalam tempoh enam hari akibat dijerut di leher dengan menggunakan sapu tangan, katanya ketika ditemui pada kempen derma darah peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Berjaya Times Square hari ini.

Wednesday, March 31, 2010

Jahat Punya Perempuan, Sanggup Sumbat Janin Dalam Balang Gula2

Tk sudah2 dgn kes buang bayi ni.
Npk gaya kerajaan & masyarakat kena btindak tegas thadap gejala ni.
Smcm satu musim & trend pula.
Teruk btl...tk berperikemanusian kah??
KUALA LUMPUR - Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.

Kelmarin, mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara di sini. 

Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan, M. Joseph, 33, pada pukul 11.30 malam...berita lanjut semak KOSMO.

Sunday, March 7, 2010

Makan Kawan Untuk Kebal.....Eiiii Makan Daging Manusia!!!

Isss....tk dpt bygkan kwn kita sdiri sanggup buat mcm tu kat kita.
Eiii...mcmlah best sgt mkn daging manusia.
Tk masuk akal btl.


MISTERI penemuan sebelah kaki manusia di belakang sebuah sekolah di sini Rabu lalu membawa kepada penahanan seorang lelaki, Harun, 35, kelmarin yang dipercayai memakan mayat rakannya sendiri, lapor akhbar Jawa Pos semalam.

Suspek berasal dari Kendal, Jawa Tengah itu didakwa membunuh mangsa, Fahmi Iswandi yang juga rakan serumah sejak tiga bulan lalu dan mengawet mayat tersebut bagi mengelak ia berbau busuk, kata Ketua Polis Kota Batam, Suka Irawanto.

Hasil siasatan awal, Harun dikatakan berbuat demikian kononnya untuk mewarisi ilmu kebal rakannya itu yang didakwa sebagai kalis daripada sebarang senjata dan menyembah daging mangsa sebelum dimakan mentah pada setiap malam Jumaat.

Monday, March 1, 2010

Lakonan Semula Kematian Jacko....Entah Bilalah Agaknya Selesai Kes Beliau Ni!!

Tk habis2 dgn kes kematian Jacko.
Mcm tk ada ending saja.
Apa2 pun kita doakan rohnya tenteramlah.


Satu lakonan semula yang menunjukkan Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia telah disiarkan di sebuah stesen televisyen Amerika Syarikat (AS).

Program selama 30 minit itu menyiarkan beberapa adegan yang menunjukkan seorang lelaki yang memiliki wajah mirip Michael pada malam Jumaat lalu.

Antara adegan yang dipaparkan ialah Michael yang popular dengan panggilan Jacko dan meninggal dunia pada 25 Jun lalu akibat jantung terhenti berdenyut di rumah sewanya di sini sedang diberikan bantuan pernafasan.

Adegan paling mengejutkan ialah paparan imej mayat Jacko terbaring dengan memakai tuala di atas meja bedah siasat.

Friday, January 29, 2010

Apa Dah Jadi?...Ibu Disyaki Bunuh 2 Anak

Isss...bahaya btl org sakit mental ni.
Sampai bunuh anak sendiri...ye ke??
HEATHFIELD - Polis Britain menangkap seorang ibu, Fiona Donnison kerana disyaki membunuh dua anak kandungnya yang masih kecil setelah mayat mereka ditemui di dalam but keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembunuhan kejam itu terbongkar apabila Donnison, 43, (gambar) memasuki sebuah balai polis di sini dan menyuruh beberapa anggota polis supaya menggeledah keretanya yang diletakkan berhampiran balai berkenaan.

Polis kemudian menemui mayat anak lelakinya yang berusia tiga tahun iaitu Harry dan mayat adik perempuannya, Elise yang berusia dua tahun.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."