Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label pengorbanan. Show all posts
Showing posts with label pengorbanan. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Kata Mutiara Pengorbanan

Credit:Google


Sempena Hari Raya Korban ni, eloklah rasanya kita renung2kan kata mutiara pengorbanan di bawah ini. Mana tau dapat dijadikan ikhtibar buat diri kita menempuh kehidupan masa kini.

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.


Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.


Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.


Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.


Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.


Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.


Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.


Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.


Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.


Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.


Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.


Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.


Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.


Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.


Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah.

Thursday, May 20, 2010

12 Perkara Tentang Cinta Buat Aku Terfikir Seketika

 Credit:Google

Cinta adalah satu perasaan yang agak sukar dinyatakan melalui kata2. Tiada kata2 yang sesuai untuk ungkapan cinta ini. Yalah kalau melibatkan perasaan tu memanglah sukar untuk ditafsirkan. Namun banyak sudah ungkapan cinta yang selalu or sering kita dengar. Terlalu luas betul erti cinta ni. Aku sendiri pun tak tahu yang mana satu boleh diertikan pada satu nama cinta.


Tak pelah yang penting cinta ni membawa bermacam perubahan dalam hidup seseorang. Sama ada bahagia or derita kita sendiri mencorakkannya. Ada 12 perkara tentang cinta harus anda tahu. aku pun tengah memikirkannya. Antaranya:


1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.


2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.


3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

Friday, April 16, 2010

Sebuah Cinta Perlu Pengorbanankah?

Credit:Google


Cinta adalah suatu perasaan yang unik, yang sukar diluahkan melalui kata2. Ia mempunyai pengertian yang luas. Cinta boleh mengubah nasib seseorang. Samada bahagia mahupun derita. Terpulang pada perjalanan takdir cinta anda.


Persoalannya, perlukah sebuah cinta memerlukan pengorbanan? Adakah ia memang wajib dalam sebuah hubungan percintaan? Apakah jenis pengorbanan yang dimaksudkan itu?


Sebenarnya pada pandangan saya, setiap hubungan percintaan memang ada pengorbanannya tertentu. Saya maksudkan disini pengorbanan yang tidak melibatkan maruah diri tergadai. Selalunya yang sering meminta pengorbanan maruah diri ini datangnya dari pasangan yang hanya sekadar ingin mempermainkan maruah dan harga diri pasangannya. Bukannya serius dalam menjalin sesebuah hubungan suci.


 Credit:Google

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."