Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Tuesday, March 9, 2010

Kenapa Manusia Makin Kejam Sekarang? Pukul, Bunuh, Dera & Buang Anak!!

Gambar skadar hiasan je


Seolah semacam satu musim pula sekarang ni. Saban hari kita asyik dengar kes yang tak berperikemanusian. Pukul anak…bunuh anak….dera anak….buang anak dan bermacam lagi kes yang melibatkan anak-anak ni. Isss…memang tak ada hati perut langsung. Naik geram juga dengar kes macam ni. Mereka ni bukan manusiakah apa. Tak ada rasa belas kasihan betul.

Kalau Tuhan dah bagi rezeki tu, cubalah bersyukur. Kalau tak nak bagi orang yang amat amat memerlukannya. Ramai orang kat luar sana tu yang teringin mempunyai anak sendiri. Ni tak buang macam tu je. Ingat anak tu sampahkah? Cubalah diri sendiri diperlakukan macam tu baru tau.

Baru-baru ni kes budak syafiah yang meninggal kena pukul dengan kekasih emak yang maybe otak tak betul sebab dadah. Entah apalah pihak kerajaan akan lakukan. Ikut hati nak je bagi hukuman apa ya kepada orang macam ni. Saya pun tak pasti hukuman apa. Rasa hukuman berat banyak banyak, jangan sikit. Yelah hati tu macam syaitan dah. Buat perkara yang tak berperikemanusiaan. Si emak pula. Entah mana akal fikiran dia agaknya. Takkanlah tak tahu anak diperlakukan sebegitu. Tak payahlah berlakon. Kalau betul bersalah. Sembunyikan diri pun tak guna. Tuhan maha mengetahui segalanya. Eiiiiiiii…geram betullah. Benci betul dengan orang macam ni.
Kenapalah manusia akhir zaman ni kejam sangat hah? Sudah hilang mana nilai kasih sayang dalam hati mereka agaknya. Sampai sebegitu kejam sekali kelakuannya. Cubalah ada rasa bertanggungjawab sikit. Anak tu comel, takkanlah sampai hati nak buat macam tu. Dahlah dari darah daging sendiri. Takkan tak de rasa kasihan pun. Kalau bukan anak sendiri pun, janganlah buat macam tu. Cubalah jauhkan diri dari berfikiran macam syaitan. Nak kata binatang payah. Sebab binatang kadang-kadang lebih baik dari manusia sendiri. Pandai sayang anak. Emmmm… entahlah. Kita doakan moga manusia ni masih ada nilai kasih sayang lagi. Kalau tak musnahlah nilai  kemanusiaan dalam diri setiap manusia. Mudahan dijauhkan segala musibah. Amen.

Nukilan;

4 comments:

sI tEDI said...

gambar amat kiut!

ohmywtf said...

yeah..its very sad that the moral of the society seems to be deteriorating day by day..:-(

Adya A. said...

zaman makin maju tp pemikiran pula makin teruk....ntah laa... yg penting adalah agama, pegangan hidup... itu yang menjauhkan kita dari perkara buruk....


**ske la pic tu

Admin said...

tq ya bg komen....mmg moral manusia dah hancur ni...isss

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."