Cuti hujung minggu, biasanya aku habiskan di hostel je.
Malas nk keluar, lgpun dah keluar smlm.
Keluar sll pun nk pergi mana.
Tempat yg sama je, boringlah.
So, aku layan cerita 'My Name Is Khan'.
DVD yg aku beli smlm.
Credit: Google
Aku saja je beli DVD ni, sbb aku dgr cerita ni best.
Lgpun pelakonnya aku minat.
Datuk Shah Rukh & Kajol, lama tk tgk mrk dua bganding bsama.
Lgpun jalan ceritanya mmg best, ada lucu, sedih & happy.
Ms adegan sedih tu, air mata aku menitis satu psatu..hehe3.
Emosi pula..biasalah kalau tgk cerita yg mgharukan.
Mmg btl mesej yg dbw cerita ni.
Tk kira kita b'agama apa pun, kita semua sama je.
Yg mbezakan kita ialah sikap samada baik atau buruk.
Agama tk bsalah cuma perangai manusia itu sdiri mjurus kpd pkara yg tk baik.
So, jgn menilai org krn agama tp sikapnya..ok.
Bg sapa yg blum tau jln cerita 'My Name Is Khan' baca ni:
My Name Is Khan bercerita tentang dilema seorang Islam bernama Rizvan Khan, yang mempunyai penyakit Aspergers sindrom (sejenis penyakit Autistik) yang dicurigai oleh bangsa Amerika. Rizvan dicop sebagai pengganas hanya kerana dia orang Islam dan peristiwa ini berlaku selepas kejadian hitam 9/11.
Disebabkan penyakitnya, Rizvan mempunyai masalah sosial dan tidak mampu berinteraksi secara normal.
Ibu Rizvan selalu menekankan bahawa tidak ada orang Islam baik dan orang Islam jahat, tidak ada orang Kristian baik dan orang Kristian jahat dan tidak ada orang Hindu baik dan orang Hindu jahat.
Kebaikan dan kejahatan ada pada manusia, tetapi itu tidak ada kaitannya dengan agama yang dianuti. Didikan ibu terpahat erat dalam benak Khan hingga Rizvan merasa didikan ibunya benar tetapi realiti yang dihadapinya sangat jauh berbeza.
Setelah ibunya meninggal, Rizvan terpaksa tinggal dengan adik lelakinya (lakonan Shergill) di Amerika. Di sinilah dia berjumpa dan jatuh hati dengan pedandan rambut bernama Mandira (Kajol), seorang ibu tunggal yang baik hati, bebas laku dan tinggal bersama anaknya, Sam, 6.
Cerita cinta Rizvan-Mandira agak luar biasa kerana latar belakang kedua mereka yang berlainan agama dan gaya hidup.Perkahwinan mereka yang mulanya mendapat tentangan adiknya, berakhir dengan baik. Namun kisah cinta mereka yang baru bermula 'terputus' apabila peristiwa September 11 di New York City menjadi penyebab beberapa insiden.
Sam dibelasah teruk hingga mati di sekolahnya kerana namanya ditukar ke 'Khan' sempena nama ayah tirinya, Rizvan Khan. Disebabkan insiden tragis ini, Mandira menolak Rizvan dan menghalaunya.
Segalanya berubah, kedua-duanya terpisah dan cerita cinta mereka bergilir mengharu birukan emosi penonton.
Hanya satu saja syarat diberikan untuk Rizvan kembali ke pangkuan Mandira. Dia harus berjumpa dengan Presiden Amerika dan memberitahunya, My Name Is Khan...And I Am Not A Terrorist.
Bagi Mandira, selagi namanya Khan, dia akan tetap dianggap sebagai pengganas. Dan di sinilah babak pertama filem ini bermula, di mana Rizvan 'Shah Rukh' Khan mengenggam tiga biji batu hitam sambil mulutnya berzikir 'Qul Huwallahu Ahad' sehingga menimbulkan curiga mata-mata yang memandang.....(Akhir cerita Rizwan bjaya bjumpa Presiden America).
p/s: Penuh pgajaran & mesej...so salahkan perangai manusia itu sdiri, bukan agama yg dianuti.Agama bukanlah kriteria untuk menentukan orang itu baik atau jahat, dan itu adalah satu kenyataan yang diulang-ulang tanpa disedari sepanjang filem ini...Sumber: Tranungkita.
12 comments:
My name si khas mmg best =)
*salah eja*
Khan
rugi x dpt tgk citer ni dkt panggung. xpe nanti cr cd
i tgk kat cd jg..haha..best mmg best..
best ek!!
lama xlayan hindustan ni
nk tgk gak r..
walaupun hero dan heroin baru smkin ramai muncul kt bllywood
malah lagi muda dan shantek
tp kajol dan SRK tetap menjadi kegemaran
hehehehe
citer nie mcm citer akar ker sis?
sis,nanti kommentlaa new entri sy
heee~
(^____^)
Haha I watched this movie too.
Saya memang ade tengok filem hidi kadang2.
I'd say this is not too bad (3/5) especially the moral values, but if u like this, you should watch '3 Idiots'. That is 4.5/5!!!
cerita akar? Blum tgk cerita tu lg....3 idiot? maybe i will watch it.
Tp i lbh suka tgk lakonan SRK & kajol..hehehe
macam best je.. dengar orang citer pom mcm best.. huhu tapi citer india skang lebey seksi je kan.. xmcm dulu2.. hukhukhuk
my name is khan..tklah seksi pun..oklah ceritanye...tgklah
baru ej lepas tengok..terbaek lah!!~haha
Post a Comment