Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Tips Cari Jodoh Bagi Yang Bujang (Perempuan)...Jom Baca!!!


 
Bagi siapa2 yang masih single dan ingin mencari jodoh khas buat perempuan ye...bolehlah ikuti tips di bawah ni...tak ikut pun tak pe. Sekadar berkongsi tips katakan. Tiada paksaan ok. Sebab jodoh ketentuan Allah tapi kena usaha juga. Good luck...:).


1. Hati mesti bersih: Hati kite ni walaupun bersih tapi kadang-kadang ade kotornye.


Contoh: cepat menyampah dgn org, cepat meluat, cepat benci dan sebagainye. Jadi cuba kikiskan sikap-sikap negatif ni supaya terpancar ketulusan / keikhlasan hati utk menyayangi seseorang.


2. Sikap positif terhadap orang: Jangan selalu ade syak wasangka yang bukan-bukan.


3. Ikhtiar: Ini penting...suruh le mak, bapak, kakak, kekawan, sedara carikan. Kalau boleh MANDI BUNGA supaya terserlah keserian wajah.


4. Berdoa pada Allah: Baca ayat seribu dinar 3x dan surah Yusuf ayat ke 4 selepas every solat.


5. Cara Komunikasi: Kalau bercakap dgn lelaki jgn kasar sgt dan jgn lembut sgt. Org lelaki paling tak suke kalau perempuan cakap kasar.."muka je lawa tapi mulut...kasakkkknyeee". Kalau cakap lembut sgt pun dipanggil mengada-ngada. So take the middle approach.


6. Mempunyai perasaan sayang / caring / prihatin terhadap orang. Kalau tak tunjuk caring, camna org nak care kite balik. Tapi not too much...as mentioned take the middle approach.


7. Last sekali pergaulan kite: Kenelah bergaul dgn org ramai. Barulah nampak muka. Kalau dok memerap kat rumah (bak kata Dr Masyitah) kalau lawa sekalipun..org tak tahu. So, tunjuk-tunjukkanlah muka tu asal tidak melebihi batasan agama.

Tuesday, March 29, 2011

Cinta Itu Anugerah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMOFrjW1Mr-k70sChmNPjhF6xQM6OHfqVFgrtQBtl14A3yoKaXkQwahNAYRq03uKtIE2eSzbSbPeMoUvHF6H5moN-bTjYfZOM0zS4dGlHbVC6iq45hyA0XlXbOj3OinyyF3AgIFPI-Cyw/s400/cinta+anugerah+dari+ALLAH.jpg


Cebisan rasa yang aku rasa menarik untuk renungan bersama:)


Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )


Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.


Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..


Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan, jangan biarkan ia hilang.


Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan


Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.


Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.


Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.


Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian… gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.


Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.


Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.


Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati.


Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.


Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.


Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.


Cinta yang dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.


Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR.


Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya.


Jangan sesekali membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan sesekali menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan sesekali menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.


Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara ibu dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
 

Tuesday, January 18, 2011

Bila Isu Payu dara Diutarakan, Menjadi Bahan Kritikan Pula..???

Credit:Google


Segmen perbincangan mengenai tajuk 'Salahkah besarkan payu dara?' di TV3 semalam memang mengundang kritikan hebat dan perasaan kurang senang di kalangan pelbagai pihak di Malaysia. Kenapa agaknya?


Entahlah, aku pun baru je terbaca berita ni di Kosmo. Melalui info yang diberikan  ia disebabkan cara penyampaian yang maybe agak keterlaluan bagi sesetengah pihak. Yelahkan masyarakat kita ni agak sensitif dengan perkara2 sebegini. Lebih2 lagi dibicarakan secara terlalu terbuka.

Malahan paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak. Ini memang sangat2 tak sesuai. Kalau bolehlah janganlah terlalu memberi tumpuan pada visual tu sangat, walaupun topik perbincangan mengenai payudara. Entahlah aku pun, tak tau nak cadang macam mana. Payah, nanti makin sensitif pula...hehehe.


Lagipun aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam. Isss....apalah punya jurukamera, itupun nak buat macam tu. Taulah topik mengenai payu dara tapi janganlah sampai fokus payu dara pengacara or tetamu jemputan pula. Kan dah kena complaint...hehehe. TV3 sila beri penjelasan..kalau tak berpanjangan pula isu ni...:).


Isu hangat, baca sini:


Isu payu dara undang kritikan

Thursday, January 6, 2011

CoretanMaya: Apabila Anda Terserempak Si Dia Bersama Dengan Jejaka/Perempuan Lain, Apakah Anda Akan Lakukan? Apa Pula Perasaan Anda?

Iss...dia ni, curang kat depan2 aku pula tu.


Tengah anda berjalan2 di shopping complex or di mana2 sanalah bersama member anda. Tiba2 perhatian anda tertumpu kepada dua pasangan yang agak mesra juga kelakuannya. Bila diamati, rupa2nya si dia. Kekasih pujaan hati anda keluar bersama jejaka or perempuan lain.


Apakah anda fikirkan ketika itu? Apa pula perasaan anda bila melihat kemesraan mereka berdua? Apa tindakan yang akan anda lakukan? Adakah anda terus menyerang or memarahi si dia? 


Yelah, melihat kemesraan mereka berdua itu, hati anda tiba2 diserbu perasaan cemburu amat sangat. Sampai tak sempat nak fikir apa2 lagi, terus serang.
 

Nampak mesra semacam je ni.


Sebenarnya tindakan mengikut rasa hati ni payah juga. Kalau boleh, kawal ye. Tanya si dia baik2. Mana tau orang yang bersama si dia saudara dia or sahabat rapatnya. Kita tak taukan. Lainlah si dia memang nak menipu anda. Tapi tak salah menyoal secara baik dan menyiasat dulu sebelum membuat keputusan terburu2, yang mungkin akan membawa akibat buruk dalam hubungan anda kelak.


Memanglah rasa geram juga kalau terserempak si dia bersama jejaka or perempuan lain. Dahlah tu mesra semacam je. Tapi jangan bertindak emosi sangat. Nanti diri sendiri merana. Fikir dulu sebelum bertindak.


Tapi memang tak dapat dinafikanlah perasaan cemburu kadang2 tak dapat dikawal. Lebih2 lagi bila member anda juga turut menyaksikan kemesraan si dia bersama jejaka or perempuan lain. Peranan seorang kawan ni pun serba sedikit mempengaruhi hubungan percintaan anda. So, jangan ikut kata kawan sangat. Ikutlah kata hati yang berlandaskan akal fikiran yang tenang. Betul ke? Anda fikirlah sendiri. 
 
 
Nukilan;



Saturday, December 25, 2010

CoretanMaya: Perlukah Cinta Dicari? Tapi Nak Cari Kat Mana Ye!!

Cinta dimana dikau?


Memiliki perasaan cinta memang indah dan mengasyikkan. Lebih2 lagi bila cinta yang disemai selama ini berakhir di jinjing pelamin dan akhirnya membuahkan benih cinta yang comel2, yang pastinya akan menyeri dan mengindahkan lagi mahligai indah yang anda bina. 


Namun persoalannya perlukah cinta itu dicari? Aku sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana. Kadang2 bila difikirkan cinta ni perlu juga dicari. Kalau tak cinta takkan datang sendiri. Memang ada yang datang sendiri tapi not semua. Tengok keadaan agaknya.

Cinta...kehadiranmu mengetarkan jiwa ini.


Tapi…masih ada tapinya. Cinta ni kadang2 juga tak boleh dicari sangat. Takut cinta tu lari. Betul ke? Entahlah payah betul bila bicara tentang cinta. Kadang2 terasa penat juga fikir. Ah buat biasa2 je..kan? Biar cinta tu datang sendiri lepas tu kita tangkap. Sumbat dalam hati tu. Biar tak terlepas lagi…he3.


Apa pula pendapat anda perlukah cinta dicari? Kalau perlu kenapa pula? Bagi sebab sikit ma. Siapa yang banyak pengalaman tu bagilah sikit pandangan ya. 
Nukilan;




Wednesday, December 22, 2010

CoretanMaya: Betul Ke Lelaki Mempunyai Rasa Yang Seseorang Perempuan Itu Bakal Isteri & Ibu Kepada Anak2nya!!

Berpegangan tangan kita meniti pelamin impian.


Kadang2 tertanya macam manakah perasaan lelaki terhadap wanita yang dia cintai? Memang agak sukar nak fahami hati seseorang. Perempuan mahupun lelaki, sama2 sukar nak difahami. Kalau dah cinta, pastilah sayangkan.


Cuma terfikir apa yang member saya smskan semalam. Saya tanya kenapa dia berkenan dengan si dia? Dia just cakap sebab dia so special dan lain dari lain. Ok, saya boleh terima alasan tu. Cuma satu. Dia cakap di dapat rasakan yang perempuan itu bakal menjadi ibu kepada anak2nya. Dalam otak kepala saya keluar symbol ni…????.


Ada macam tu ka? Bila ditanya macam mana dia dapat rasa macam tu? Dia jawab agak sukar diluahkan. Lagipun dia lelaki, taulah dia macam mana perasaan itu. Emmm….maybe juga betul. 
Kau dan Aku :)


Yelah setiap orang ada perasaan tersendiri. Cuma saya fikir maybe perasaan itu timbul sebab perasaan cinta dan sayang sangat kepada seseorang. Entahlah. Itu kena tanya LELAKI yang pernah mengalaminya.


Mempunyai perasaan cinta dan sayang dalam hati adalah satu perasaan yang terindah dan sangat bahagia. Cuma kita tak tahu macam mana ending sesebuah hubungan cinta tersebut. Kerana takdir dan jodoh ketentuan Tuhan. Kita hanya berusaha saja. Kalau dia ditakdirkan untuk kita. Dia takkan lari ke mana pun. So, bercintalah dengan hati yang ikhlas ok.
Nukilan;



Saturday, August 21, 2010

Jangan Pernah Berubah...Layanzzzz Je!!

Jgn berubah krn si dia tp krn keinginan hatimu dan krn Allah.
Layanzzzzzzzzzz je...he3.

ST 12 - Jangan Pernah Berubah

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Reff:[*]

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Thursday, June 3, 2010

Apabila Anda Terserempak Si Dia Bersama Dengan Jejaka/Perempuan Lain, Apakah Anda Akan Lakukan? Apa Pula Perasaan Anda?

Credit:Google



Tengah anda berjalan2 di shopping complex or di mana2 sanalah bersama member anda. Tiba2 perhatian anda tertumpu kepada dua pasangan yang agak mesra juga kelakuannya. Bila diamati, rupa2nya si dia. Kekasih pujaan hati anda keluar bersama jejaka or perempuan lain.


Apakah anda fikirkan ketika itu? Apa pula perasaan anda bila melihat kemesraan mereka berdua? Apa tindakan yang akan anda lakukan? Adakah anda terus menyerang or memarahi si dia? 


Yelah, melihat kemesraan mereka berdua itu, hati anda tiba2 diserbu perasaan cemburu amat sangat. Sampai tak sempat nak fikir apa2 lagi, terus serang.


Sebenarnya tindakan mengikut rasa hati ni payah juga. Kalau boleh, kawal ye. Tanya si dia baik2. Mana tau orang yang bersama si dia saudara dia or sahabat rapatnya. Kita tak taukan. Lainlah si dia memang nak menipu anda. Tapi tak salah menyoal secara baik dan menyiasat dulu sebelum membuat keputusan terburu2, yang mungkin akan membawa akibat buruk dalam hubungan anda kelak.


Memanglah rasa geram juga kalau terserempak si dia bersama jejaka or perempuan lain. Dahlah tu mesra semacam je. Tapi jangan bertindak emosi sangat. Nanti diri sendiri merana. Fikir dulu sebelum bertindak.


Tapi memang tak dapat dinafikanlah perasaan cemburu kadang2 tak dapat dikawal. Lebih2 lagi bila member anda juga turut menyaksikan kemesraan si dia bersama jejaka or perempuan lain. Peranan seorang kawan ni pun serba sedikit mempengaruhi hubungan percintaan anda. So, jangan ikut kata kawan sangat. Ikutlah kata hati yang berlandaskan akal fikiran yang tenang. Betul ke? Anda fikirlah sendiri.

Saturday, May 22, 2010

Awas Kaum Lelaki! Jangan Dekati Wanita Yang Sebegini....Sila Jauhi Diri Anda Ya!

Credit:Google


Attention kaum lelaki, ni nak bagi warning sikit agar anda tak terjebak dengan kaum wanita yang saya listkan kat bawah ni. Kalau anda ingin terjebak juga. Sila tanggung akibatnya ya. Sendiri cari pasal, so sendiri meranalah. Itulah tak dengar cakap orang....ha3.


List2 di bawah ni merupakan satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi oleh kaum lelaki agar mereka bebas dari segala masalah. Ingat tu!!


1. Wanita kategori liar.


Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.


Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.


2. Wanita si Bom jangka.


Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.


Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.


Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

Monday, May 10, 2010

Apa Anda Rasa Bila Si Dia Kerap Nak Uji Cinta Anda?



 Credit:Google


Ada setengah orangkan, suka nak uji awek or pakwe mereka. Dengan alasan nak uji sejauhmana cinta & rindu si dia. Oh ya…yang saya maksudkan sini bukan uji cinta berunsur seks ye. Kita tengok aspek lain yang tak ada hubungkait dengan benda2 macam tu ok.


Ada seorang kawan saya ni suka sangat nak uji. Sampai ada suatu hari tu dia tak cari saya langsung. Saya fikir dia busy kerjalah. So buat biasalah. Tapi tergerak juga hati nak sms dia akhirnya. Biasalah selalu berhubung. Bila tak, rasa lain pula…he3.


Nak tau, rupa2nya dia sengaja nak uji saya. Nak tengok sejauhmana saya rindu dekat dia. Naik geram juga saya dibuatnya. Kerap juga dia buat sebegitu. Bosan betullah dibuatnya. Saya ni paling tak suka diuji macam tu. Lagipun ni kali ptama dibuat macam ni. Nasiblah dapat sabar lagi. 


Macam mana dengan anda? Pernah si dia uji anda dengan pelbagai kerenah untuk melihat sejauhmana cinta & rindu anda terhadapnya?  Adakah anda suka si dia buat demikian? Apa pula perasaan anda?

Saturday, April 17, 2010

Betul Ke Lelaki Mempunyai Rasa Yang Seseorang Perempuan Itu Bakal Isteri & Ibu Kepada Anak2nya!!

Credit:Google



Kadang2 tertanya macam manakah perasaan lelaki terhadap wanita yang dia cintai? Memang agak sukar nak fahami hati seseorang. Perempuan mahupun lelaki, sama2 sukar nak difahami. Kalau dah cinta, pastilah sayangkan.


Cuma terfikir apa yang member saya smskan semalam. Saya tanya kenapa dia berkenan dengan si dia? Dia just cakap sebab dia so special dan lain dari lain. Ok, saya boleh terima alasan tu. Cuma satu. Dia cakap di dapat rasakan yang perempuan itu bakal menjadi ibu kepada anak2nya. Dalam otak kepala saya keluar symbol ni…????.


Ada macam tu ka? Bila ditanya macam mana dia dapat rasa macam tu? Dia jawab agak sukar diluahkan. Lagipun dia lelaki, taulah dia macam mana perasaan itu. Emmm….maybe juga betul. 

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."