Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Imej Hantu Pocong Di Belakang Budak Perempuan

Seram sejuk dibuatnya.
Mudahan kita sentiasa di lindungan Tuhan sentiasa, amen.


DESA BETUNG, Indonesia - Seorang lelaki, Suharno secara tidak sengaja terakam gambar hantu pocong semasa dia sedang merakamkan gambar anak perempuannya, Jesika. 


Apabila dia melihat gambar tersebut, Suharno terkejut kerana di belakang anak perempuannya terdapat imej pocong berwarna putih sedang berdiri.


Dia turut bimbang Jesika dilanda trauma kerana fenomena aneh itu.


Gambar itu dirakamkan semasa Jesika bermain di halaman belakang rumah mereka di sini, Sumatera Selatan pada 10 Jun lepas.


Lebih membimbangkan Suharno, dia diberitahu oleh seorang bijak pandai tempatan bahawa pocong itu mengikuti anaknya kerana hantu tersebut sedang mencari korban.


Pocong merupakan hantu yang tubuhnya dibalut dengan kain putih.


"Saya bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Meskipun kebenaran kata-kata orang bijak pandai itu belum pasti, saya berharap anak saya selalu berada dalam lindungan Yang Maha Kuasa," katanya...petikan:Kosmo

Wednesday, March 10, 2010

Hantu Dilelong RM6,585....Siapa Mahu Beli, Angkat Tangan!!!

Tk sangka jg ye...ada org nk jual hantu.
Entah siapa agaknye pbelinya ya?
Bukannya murah harga hantu tu.
RM6,585 beb....byk tu!!

Dua hantu yang masing-masing terperangkap di dalam dua botol kecil akhirnya dilelong secara talian oleh pemiliknya, Avie Woodbury di New Zealand pada harga NZ$2,830 (RM6,585).
Woodbury dari Christchurch di selatan New Zealand berkata, seorang pengusir hantu dari sebuah gereja berjaya menangkap dua entiti terbabit di rumahnya dan memasukkan mereka ke dalam botol kaca kecil mengandungi air suci.

Hasil penjualan hantu-hantu terbabit akan diserahkan kepada sebuah syarikat jualan bantuan elektronik untuk golongan yang berhenti rokok.

Penjualan itu telah disahkan oleh laman web lelongan Trademe semalam.

Thursday, February 25, 2010

Cerita Lucu Penghibur Kala Sepi, Tension...Apa2 Ajelah!!

Tk boleh gelak lebih2 ni, kena jaga keayuan..he3

Pagi ni tak tahu nak post psl apa. Lagipun petang nanti nak balik ke tempat kerja. Cuti seminggu ni cepat betullah berlalu. Terasa tak mahu balik kerja je. Malasnyeeeeeeeeee. Tapi kena balik jugak. Kerja tetap kerja. Nanti tak de duit siapa nak bagi. Kalau ada suami, tak pelah...hehehe.

So, sementara menunggu masa berlalu. Saya layan cerita lucu nilah. Yelah, lagipun boring duduk rumah sorang2 ni. Semua orang keluar, pergi pasar. Saya malas nk ikut. Elok duduk rumah layan blog saya ni sambil tu terjah blog member blogger yang lain. Balas membalas kunjungan. Tembak menembak burung yang berterbangan. Tak faham tak apalah. Biar saya je tahu..huhuhu. Ok...tk payah merepek panjang. Jom layan cerita lucu ni. Jangan gelak sampai tak ingat dunia tau. Hilang keayuan anda pula or kehenseman...hehehe.

Kisah Seorang Doktor Muda

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”

** Alahai, biar betul...scandal dgn haiwan? Eeeee pengotor betul......tbalik dah dunia ni**

Tuesday, February 16, 2010

Sambungan Kisah Hantu Comel: Imej Hantu Mungkin Roh Isteri Bangsawan

Sambungan kisah: 

Hantu Wanita Di Istana Berhantu....Seramnyeee!!

Gambar hantu yang dirakam pemilik sebuah syarikat, Kevin Horkin di tingkap sebuah istana terbiar di sini mungkin roh seorang bangsawan.
 
Akhbar itu yang menghubungi pakar-pakar melaporkan, imej wanita tersebut mungkin roh Winifred iaitu isteri kepada pembesar Earl of Dundonald yang pernah tinggal di istana berkenaan. 

Wanita itu mewarisi Istana Gwrych pada 1894 yang dikatakan sebagai salah satu tapak paling berhantu di United Kingdom. 

Penduduk tempatan di Abergele, utara Wales percaya wanita itu bergaduh dengan penjaga istana berkenaan, Bill Price dan mengganggunya selepas dia meninggal dunia pada tahun 1924. 

Monday, February 15, 2010

Hantu Wanita Di Istana Berhantu....Seramnyeee!!

T'ingatlah pula cerita hantu yg adik sy ceritakan hari tu.
Seram juga...dimana2 saja ada makhluk halus ni kan.

Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda di tingkap sebuah istana terbiarl di utara Wales.
Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele, Utara Wales. 

Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana lantainya sudah pecah. 

Saturday, June 20, 2009

Jommm Tgk Hantu!!!

Betul ke apa yg aku lihat ni......mcm tk caya je. Cuba kamu org pula tgk....btl ke???

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."