Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Rahsia Kecantikan Nasha Aziz

Credit:Google


Tadi aku terjah forum Carigold, ternampaklah entry '40 tahun rahsia kecantikan Nasha Aziz'. Baca punya baca.........macam tak caya Nasha Aziz dah umur 40 tahun. Betul ke ni? Apa pun, Nasha Aziz tetap cantik bergaya...nak tahu rahsianye. Baca entry yang aku copy dari Carigold ni.


PELAKON dan model, Nasha Aziz punya cara sendiri untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Sebagai figura awam, sudah semestinya mempunyai amalan tertentu yang menjadikannya dirinya begitu mempersona ketika di hadapan khalayak.


Heroin filem Kad Cinta ini memberitahu bahawa dia mempraktikkan lima perkara dalam memastikan dirinya selesa untuk berdepan dengan kerjaya harian.


1. Kesihatan mental

Super model nombor satu negara ini sentiasa berfikiran positif dalam memastikan dirinya sentiasa ke hadapan. Menjaga akal dari memikirkan perkara yang bukan-bukan atau yang memberi impak kepada mood sehariannya.


2. Fizikal yang menawan

Jujurnya, dia jarang membuat latihan jasmani yang lasak seperti joging atau berenang kerana masanya banyak di tempat kerja. Senaman ringannya seperti mengemas rumah dan berjalan-jalan.

Justeru, Nasha memastikan kesihatan tubuhnya dengan mendapatkan suplemen ginseng sebiji tablet yang dimakan setiap pagi. Amalan makan pertama di kala perut sedang kosong tersebut dapat membantu badannya sentiasa panas.

Selain itu, pelakon filem Hati Biru ini juga menelan sebiji tablet kunyit yang baik untuk sistem penghadaman.

Bijirin juga menjadi pilihan bagi mengelak dari kemasukan gas dalam badan kerana kerjanya kadang kala tidak tentu masa.

Nasha makan nasi setiap hari tetapi tidak mengambil minuman bergula. Air lemon pekat tanpa gula juga antara minuman kegemaran saya. Selain itu, saya juga makan coklat tanpa susu dan telur putih.


3. Naluri mesti bersih

Wanita berusia 40 tahun ini sentiasa menjadi keinginan nalurinya. Tidak mahu didesak dengan sebarang anasir yang menyebabkan dirinya terlibat dengan tabiat-tabiat yang boleh merosakkan hatinya. Tidak kisah dengan apa yang dikatakan orang sekeliling mengenai dirinya termasuk gosip yang mengatakan tentang perkahwinannya dalam masa terdekat.


4. Pergaulan yang sihat

Sebenarnya, pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) ini tidak punya kawan baik yang terdiri dari golongan artis dalam industri. Dia sangat memilih untuk mencari kawan yang benar-benar boleh dipercayai. Berdasarkan pengalaman lepas, Nasha semakin selektif ketika berkawan dan tidak mahu hidup dalam kepura-puraan.


5. Kawalan emosi


Pemilik nama sebenar Noraishah Abdul Aziz ini juga sentiasa menarik nafas panjang tatkala berdepan dengan masalah. Tidak suka marah-marah dan sentiasa tersenyum andai berdepan dengan konflik.

Saturday, November 27, 2010

Mengapa Wanita Mudah Menangis? Adakah Air Mata Wanita Terlalu Murah?

Credit:Google

 
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.
 
 
Persoalannye apa yg myebabkan wanita mudah menangis? Adakah saja2 je mereka nak nangis? Or ingin dapat phatian dr seorang yg disayanginye? Or memang lumrah wanita itu sendiri yg memang mudah menitiskan air mata? Or air mata seorang wanita itu terlalu murah harganye?
 
 
Apa pun sebab yg diberikan, sebenarnya wanita menangis adalah berpunca beberapa faktor. Persoalan mengenai ' Mengapa wanita menangis??' ini telah berjaya dirungkaikan oleh Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah, dalam sebuah rancangan TV. 
 
 
Jadi, disini dihighlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau:
 

1) Punca wanita menangis.

-Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)

-Mengurangkan stress.

-Tanda keinsafan @ penyesalan.

-Sebagai ugutan emosi.

 
Seperti kita maklum, perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekelilingnya. Daya tumpuan akal seseorang wanita , banyak dipengaruhi oleh emosi samaada ia memberi kesan baik mahupun buruk.


Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2 @ 3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.


2) Kesan tangisan.

-Dapat perhatian

-Suasana rumah tangga tergugat.

-Lelaki jadi bingung.

-Orang lain dapat mesej.

-Mata bersih dan sihat.

Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira..


Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1) Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih
= Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2) Selalu berdoa kepada Allah.
3) Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4) Sentiasa tersenyum - Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
 
 
Nk nangis...huhuhu


Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati - Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. ( Ia terpendam dan terbuku dalam hati. )


Kena cari punca tangisan.

- Ramai yang tidak tahu, bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar @ tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!!


Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.



Kesimpulannye...bagi aku, wanita menangis sebab jiwa mereka terlalu sensitif dan ingin luahkan rasa yg terpendam dalam hati mereka. Maybe adakalanye mereka tak mampu nak luahkan dengan kata2. Sebab itulah dengan cara menangis saja dapat menenangkan hati mereka. Untuk sebab lain tanya wanita itu sendiri...hehe.

Tuesday, February 16, 2010

Bila Kasih Makin Pudar....Suami Tikam Isteri Tuntut Cerai...Macam Itulah, Kisahnyeee!!

Seram juga...bila syg dah tak de.
Ptimbangan dah hilang, mcm2 hal blaku.
Minta dijauhkan semuanya.

MUAR - Orang ramai yang sedang menikmati juadah di sebuah restoran tergamam selepas menyaksikan satu adegan mencemaskan apabila seorang lelaki bertindak mengejar isterinya yang meluru keluar dari kereta sebelum menikamnya dengan sebilah pisau kelmarin.

Kejadian pukul 11.40 malam di restoran yang berhadapan dengan sebuah stesen minyak di Pekan Pagoh di sini itu berlaku apabila lelaki tersebut dikatakan gagal mengawal emosi sebaik isterinya berusia 37 tahun berkeras hendak meminta cerai.

Saturday, July 25, 2009

Kasih Ibu Abadi Selamanya

Hari ni sj nk post psl kasih ibu ni. Kasih ibu mmg tk tnilai harganye. Kalau dulu yelah. Skrg apa kesnye pula. Mcm2 gejala buang bayi kita dengar. Apa nk jadi ye. Entah mana perginya nilai keibuan dlm diri mereka.

Mungkin ada, cuba emosi & fikiran yg tak menentu mguasai mereka tika itu kot. Manalah tahu. Hanya mereka sdiri memahami diri mereka. Tp tk mungkin seorg ibu tk myayangi anaknye...kan.

Cuba tgk gambar di bawah, binatang pun ada perasaan keibuannya. Kasih pd anak tetap ada dhatinya & akan ptahan anaknya wpun apa blaku. Mcm mn pula kita sbg seorg manusia??

Renung2 & fikir2kanlah.

Apalah anjing ni...tk de benda lain nk buat ke?

Gambar dibawah ni lg kasian....org ramai tgk je..apalah teruk btl.


Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."