Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Betul Ke Ada Bangkai Makhluk Asing Di Rusia???

Rasa2 ada makhluk asing tak di dunia kita ni?
Emm....maybe ada kehidupan lain yang kita tak tahu.
Hope mereka tu friendly lo.
Jangan macam dalam cerita orang putih...ganas...hehehe.

Credit:Kosmo

ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.


Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.


Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.


Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.


Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.


Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. - Agensi

Friday, February 18, 2011

Justin Bieber Mati Ditembak?? Betul Ke?

Pagi tadi, tengah mengefes tiba2 terbaca entry Justin Bieber mati ditembak. Emmm...betul ke ni? Bila aku check di Kosmo, rupanya hanya lakonan semata-mata. Buat terkejut sikit je...hehehe.
 
 
 
 Credit:Kosmo
 
 

Gambar Bieber mati ditembak 

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber menemui ajal apabila dia ditembak mati di dadanya dalam siri televisyen penyiasatan popular, CSI, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Baby dan berusia 16 tahun itu muncul menerusi episod terbaru CSI, Target of Obsession.

Selebriti berusia 16 tahun itu memegang watak remaja bermasalah bernama Jason McCann untuk kali kedua selepas dia mula melibatkan diri dalam siri televisyen itu pada September 2010.

"Saya bukan orang yang jahat. Justeru, saya rasa kelakar apabila dikehendaki membawakan karakter seperti ini," katanya.

Bintang muda itu menerima penghargaan Pencapaian Cemerlang Artis Antarabangsa dalam anugerah muzik popular Britain, Brit di London baru-baru ini. - Agensi

Friday, April 9, 2010

Pasangan Berzina Di Aceh Ditelanjang & Hampir Nazak Di Rotan

Seram jg dengar, tp itulah akibatnya kalau bzina.
Sdiri buat sdiri tanggung akibatnya.
Tp dasyhat jg sampai mcm tu.

Gambar hiasan je. Credit: Google

Satu pasangan Indonesia yang ditangkap kerana melakukan persetubuhan di luar nikah diarak dalam keadaan berbogel di sebuah kampung sebelum dibelasah penduduk yang marah dan kini berdepan dihukum rotan, kata seorang pegawai pemerintah semalam.


Pasangan itu yang dikenali sebagai Bus, guru berusia 36 tahun dan pasangannya, Yus, 28, seorang suri rumah ditangkap kelmarin kerana didapati berzina di Aceh yang melaksanakan hukum Syariah.

"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita tersebut dan mendapati pasangan itu tinggal bersama sebelum membawa mereka keluar sebelum diarak dalam keadaan bogel," kata seorang pegawai polis syariah daerah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.

Saturday, January 23, 2010

Ramai Orang Khuatir Bahaya Rokok & Menakutinya...Tapi Mengikut Kajian...Tidak Pula,Kenapa?




Ramai orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih
jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:


Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuwan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Friday, January 15, 2010

Mati Kerana Hendak Kurus....Bahaya Betul!!


KUALA LUMPUR - Penjual barangan kraf tangan, Faridah Sahari bertekad mahu memberi kejutan kepada suaminya dengan niat menguruskan badan.

Dia bimbang kerana selepas berkahwin tiga tahun lalu, berat badannya naik 10 kilogram kepada 64 kilogram.

Tanpa pengetahuan suaminya yang juga seorang juruterbang, Samaon Ishak, 54, Faridah meninggalkan rumah mereka di Paka, Terengganu untuk sesi rawatan sedut lemak di sebuah klinik di Taman Desa, di sini pada 17 Disember lalu.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."