Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kebahagian. Show all posts
Showing posts with label kebahagian. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Syurga Cinta, Jodoh Dari Allah

Credit:Google


Syurga Cinta....pasti ramai yg dah tgk movie nikan? Aku baru je tgk raya thn ni. Biasalah jarang nak layan cerita2 dlm tv sekarang. Almaklumlah suka tgk cerita org puteh or Korea saja. Bukan bmaksud filem Malaysia tak hebat, cuma entahlah. 


Antara banyak2 movies melayu yg aku tgklah. Movie Syurga Cinta ni yg paling best setakat ini. Aku suka jalan ceritanye. Memang menariklah sebab ada unsur keinsafan dan nilai dakwah yg ingin disampaikan dlm movie tsebut. 


Pkara paling menarik dlm movie ni ialah mengenai tiga jenis jodoh. Hal ni aku baru tau....aku btl2 tpikat dgn kategori jodoh ke-3 iaitu Syurga Cinta.

Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


Jodoh dr Allah memang yg tbaik krn ia adalah syurga cinta yg pastinya mbawa kebahagiaan dunia dan akhirat sekiranya berlandaskan agama serta diredhai Allah. InsyaAllah. Mudahan cinta yg aku baru bina ni menuju ke syurga cinta. Sbb bcinta lama2 dan bcouple lama2 tklah bagus sgt. Kalau boleh terus tunang then bnikah. Itu yg tengah kami plan. Cuma poket masih tk cukup lagi. Apa2 pun mudahan Allah sentiasa melindungi dan merahmati hubungan kami bdua. Begitu juga anda semua. Amin.

Saturday, July 24, 2010

Edisi Imbasan: Mahu Kahwin Tapi Bakal Mertua Tidak Suka

Credit:Google

Mahu kahwin tapi bakal mertua tidak suka. Perkara ini memang tidak asing di kalangan pasangan yang bercinta sekarang. Baru-baru ini pun saya ada mendengar cerita kawan saya, yang kawan perempuannya sedih sampai demam mengenangkan nasib diri apabila hajat untuk bersama mendirikan mahligai dengan si dia yang dicintai selama 3 tahun berkecai hanya gara-gara ayah sebelah lelaki tidak menyukainya.


Apakan daya hubungannya terpaksa diputuskan apabila beberapa kali pujuk, ayah si dia tetap berkeras tidak mahu anak lelakinya mengahwini perempuan tersebut. Entah apa salahnya, saya pun tidak tahu. 3 tahun bercinta bukan masa singkat juga tu. Masa dihabiskan bersama orang tersayang. Bila tiba masa untuk berkahwin. Lain pula jadinya. Mana silapnya, kita pun tak tahu.

Bagi pendapat sayalah, cuma pandangan kasar sahaja. Harap orang yang membaca nukilan saya tidak terasalah. Lagipun setiap orang ada pandangan tersendiri. Yelah setiap apa berlaku ada hikmahnya.


Saya fikir-fikirlah kenapa ayah si lelaki tadi tidak mahu menerima perempuan itu? Memang saya tidak nafikan orang tua lebih tahu apa yang mereka buat. Tapi adakah semua apa yang mereka fikirkan itu baik untuk masa depan anak mereka? Tidakkah mereka terfikir yang tindakan mereka akan mengecewakan anak mereka?


Yelah, anak mereka yang nak kahwin dan akan menempuh hidup bersama dengan pilihan masing-masing tapi kenapa mereka nak menghalang keinginan anak mereka? Hanya alasan kerana mereka ibubapa yang telah memelihara kita sampai besar menjadi halangan untuk meneruskan hayat murni tersebut.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."