Credit:Google
Mahu kahwin tapi bakal mertua tidak suka. Perkara ini memang tidak asing di kalangan pasangan yang bercinta sekarang. Baru-baru ini pun saya ada mendengar cerita kawan saya, yang kawan perempuannya sedih sampai demam mengenangkan nasib diri apabila hajat untuk bersama mendirikan mahligai dengan si dia yang dicintai selama 3 tahun berkecai hanya gara-gara ayah sebelah lelaki tidak menyukainya.
Apakan daya hubungannya terpaksa diputuskan apabila beberapa kali pujuk, ayah si dia tetap berkeras tidak mahu anak lelakinya mengahwini perempuan tersebut. Entah apa salahnya, saya pun tidak tahu. 3 tahun bercinta bukan masa singkat juga tu. Masa dihabiskan bersama orang tersayang. Bila tiba masa untuk berkahwin. Lain pula jadinya. Mana silapnya, kita pun tak tahu.
Bagi pendapat sayalah, cuma pandangan kasar sahaja. Harap orang yang membaca nukilan saya tidak terasalah. Lagipun setiap orang ada pandangan tersendiri. Yelah setiap apa berlaku ada hikmahnya.
Saya fikir-fikirlah kenapa ayah si lelaki tadi tidak mahu menerima perempuan itu? Memang saya tidak nafikan orang tua lebih tahu apa yang mereka buat. Tapi adakah semua apa yang mereka fikirkan itu baik untuk masa depan anak mereka? Tidakkah mereka terfikir yang tindakan mereka akan mengecewakan anak mereka?
Yelah, anak mereka yang nak kahwin dan akan menempuh hidup bersama dengan pilihan masing-masing tapi kenapa mereka nak menghalang keinginan anak mereka? Hanya alasan kerana mereka ibubapa yang telah memelihara kita sampai besar menjadi halangan untuk meneruskan hayat murni tersebut.
Payah juga nak beri alasan. Yelah, nak luah takut mati mak, nak telan takut mati ayah. Itulah nasib kita sebagai anak. Nak kata lebih, risau dikata anak menderhaka pula. Kan naya je begitu.Tapikan kalau kedua-dua pihak saling memahami. Saya rasa masalah ini tidak menjadi halangan dalam hajat anak mendirikan mahligai bersama pilihan masing-masing.
Kalau si ayah itu dapat fikirlah, ni pandangan saya saja. Dulu sebelum mereka berkahwin mereka pun pernah bercinta bukan dan pastinya ada keinginan mahu hidup bersama dengan pasangan masing-masing. Jadi kenapa bila giliran si anak mahu kahwin, mereka menghalangnya pula. Kenapa tidak mahu memberi peluang kepada si anak untuk menjalani hidup bersama pilihannya. Biar masa menentukan hidupnya kelak. Bukannya mereka sebagai ibubapa menentukannya. Entahlah, payah nak kata juga.
Yelah, dulu-dulu orang pun tidak pernah bercinta sebelum kahwin. Tapi itu bukan alasan untuk menghalang hajat murni anak mereka. Itulah kadang-kadang terfikir sebagai anak, adakah kita tidak berhak untuk memilih pasangan hidup kita dan menentukan masa depan kita. Lagipun kita bukannya mahu menyisihkan mereka dalam hidup kita.
Bagi saya dan saya rasa semua orang setuju. Semua anak memang sayang ibubapa mereka dan ingin ibubapa memahami keinginan mereka. Sebagai ibubapa juga, semestinya ibubapa ingin melihat kebahagiaan anak mereka. Jadi, apalagi salinglah memahami antara satu sama lain. Apa-apa hal bawalah berbincang. Beri peluang kepada diri masing-masing untuk menikmati hidup di dunia ini.
Nukilan;
4 comments:
memang rasanya sangat sakit bila itu yang berlaku... saya sendiri laluinya... 3 tahun bukan masa ayng singkat... aper pun kehidupan harus di teruskan....
same templates with u lh my dear
iye mmg pedih tp apa nk buat takdir..
ye ke......nanti maya terjah sana
kalau mak bapak tak suka, maksudnya ada yang tak di kenan. Jarang mak bapak object sebab suka-suka. Ada yang disebabkan taraf. Mungkin kepala kita rasa merepek dan bukan kisah P ramlee, tapi bila difikirkan balik, ada benar issue taraf tu. Kalau dapat pasangan tak setaraf, takut nanti pasangan tersebut ambil kesempatan ataupun terasa terlalu rendah diri. Jadi, next solutionya belajar majukan diri. Tunjukkan yang kita selayaknya mampu bersama pasangan kta. Seeloknya berbincang dengan mak bapak apa masalah yang sebenarnya. Selalunya org tua nampak ayang yang kita tak nampak. Restu tu penting. Kadangkala kita kena fikir dan lihat dari sudut lain guna akal dan logik , dan tolak kepeti ego dan kata hati. apa-apa pun jalan yang terbaik adalah istikarah. kita umat islam. Nabi dah tunjukkan jalannya. Kita buat, insya allah Allah permudahkan
Nanti kahwin aku mahu pakai jeans. Kamu semua silalah datang!
emmm apa2 pun dua2 pihak harus fikir sewajarnya...bukan hanya sbb org tua lbh mgetahui disebalik yg anak tk tahu, tp beri peluang utk anak memilih jln tbaik utk hidupnya....apa2 pun sukahati mrklah...kahkahkah
Post a Comment