Credit:Google
Mahu kahwin tapi bakal mertua tidak suka. Perkara ini memang tidak asing di kalangan pasangan yang bercinta sekarang. Baru-baru ini pun saya ada mendengar cerita kawan saya, yang kawan perempuannya sedih sampai demam mengenangkan nasib diri apabila hajat untuk bersama mendirikan mahligai dengan si dia yang dicintai selama 3 tahun berkecai hanya gara-gara ayah sebelah lelaki tidak menyukainya.
Apakan daya hubungannya terpaksa diputuskan apabila beberapa kali pujuk, ayah si dia tetap berkeras tidak mahu anak lelakinya mengahwini perempuan tersebut. Entah apa salahnya, saya pun tidak tahu. 3 tahun bercinta bukan masa singkat juga tu. Masa dihabiskan bersama orang tersayang. Bila tiba masa untuk berkahwin. Lain pula jadinya. Mana silapnya, kita pun tak tahu.
Bagi pendapat sayalah, cuma pandangan kasar sahaja. Harap orang yang membaca nukilan saya tidak terasalah. Lagipun setiap orang ada pandangan tersendiri. Yelah setiap apa berlaku ada hikmahnya.
Saya fikir-fikirlah kenapa ayah si lelaki tadi tidak mahu menerima perempuan itu? Memang saya tidak nafikan orang tua lebih tahu apa yang mereka buat. Tapi adakah semua apa yang mereka fikirkan itu baik untuk masa depan anak mereka? Tidakkah mereka terfikir yang tindakan mereka akan mengecewakan anak mereka?
Yelah, anak mereka yang nak kahwin dan akan menempuh hidup bersama dengan pilihan masing-masing tapi kenapa mereka nak menghalang keinginan anak mereka? Hanya alasan kerana mereka ibubapa yang telah memelihara kita sampai besar menjadi halangan untuk meneruskan hayat murni tersebut.






