Credit:Google
Dalam dunia bercinta, bermacam-macam perkara akan kita tempuhi. Persoalannya, bertahankah cinta, bila dugaan asyik melanda anda? Sampai bilakah hubungan akan kekal bila salah seorang mula mencurangi hubungan cinta yang dibina? Memang payah nak duga apa akan berlaku di masa hadapan, bukan. Yang penting kita sudah berusaha untuk mempertahankan tugu cinta yang telah kita bina selama ini.
Bila salah seorang mencurangi cinta, kisah luka akan mula menyelebungi hidup orang yang rasa dikhianati oleh kekasih hati. Tapi perlukah kita menangisi si dia yang sanggup mencurangi hubungan suci yang terbina selama ini? Layakkah si dia untuk menerima setiap titis air mata yang anda luahkan dari hati yang terluka, sedangkan si dia menikmati saat bahagia bersama insan baru yang bertakhta dalam hatinya. Anda pula di sini, tengah esak dan sedih mengenang si dia yang mencurangi anda.
Menangisi nasib malang tersebut, tidak salah. Itu perkara biasa dalam hidup kita. Yelah, mungkin dengan menangisi apa yang berlaku dapat melegakan serba sedikit perasaan yang terluka itu. Walaupun tidak mampu untuk menyembuhnya seratus peratus. Hanya dengan peredaran masa saja dapat memulihkan keadaan. Tapi tidak semua orang begitu. Itulah cinta, ada kalanya membawa bahagia dan ada kalanya membawa duka.
Sebab itulah orang selalu cakap, cinta itu indah tapi awas. Sebalik keindahan cinta ada duka yang terselit. Hanya bila anda betul-betul menemui cinta sejati, baru cahaya cinta bahagia menyinari hidup anda. Jadi, kalau boleh janganlah terlalu ikut perasaan bila kecurangan melanda hubungan anda. Bersedih boleh tapi jangan sampai ia membawa derita dan menganggu perjalanan hidup masa depan anda.
Kita tidak tahu, apa akan berlaku di masa depan. Mana tahu anda akan menemui insan yang lebih baik dari si dia. Lupakan kisah duka, bina kehidupan baru yang lebih ceria dan mungkin menjanjikan bahagia yang anda idamkan. Moga bahagia hendaknya.
Nukilan;
6 comments:
btul lah..tk gune mnangis.. mesti ade yg trbaik utk kite..
cinta ni hanya untuk yang akan dan telah berkahwin..kalau setakat takde tujuan memang senang nk putus dan kecudang di tengah jalan..
"takkan ada cinta sejati selagi manusia tak berpuas hati dengan apa yang dia ada"
- fitrihadi.com
huu. menangis sekali je takpe la kot. jangan hari-hari nanges suda. buat mate jadi sembap je. :(
emm...itulah...sabar jelah atas apa blaku
I faham macam mana rasanya bila diri dicurangi..sabar ya... life is short, so make it sweet... :)
tq...happy2 selalu
Post a Comment