Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Thursday, August 19, 2010

Tips Mengatasi Putus Cinta

 Credit:Google

Sekadar nk kongsi tips, yg aku petik dr Forum Cinta. Nampak menarik, so aku petik dan simpan kat sini. Bagi semua org baca...lebih2 lagi utk org yg tengah putus cinta, mcm aku ni. (Putus cintakah aku....hahaha...gelak pula...............aku dah pulih ni, wpun tk spenuhnya. Tak mahu fikir sedih2 dah, buat hati beku je).


Baca betul2 tips ni ye...mana tau bguna utk anda:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya. 
(Yg ni amat2 aku sarankan........yg nilah aku lakukan skrg. Pcayalah kalau anda mgingati Allah & mgerjakan ibadah, pasti hati anda akan tenang setenangnya. Bacalah ayat2 suci Al-Quran juga....pcayalah Allah lebih mgasihi kita dari insan yg bnama manusia)


2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
(Emmm....mmg betul, apa yg blaku pasti ada hikmahnya. Aku redha atas apa yg telah blaku. Dia bukan jodohku, apa yg aku mampu lakukan...doakan dia bahagia saja dan hati ini tenang kembali. Tiada benci, tiada dendam.)




3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
(Aku ni tk pernah nk minta nasihat ibubapa, tk mahu myusahkan mrk dgn mslh remeh aku ni. Tempat aku sll mgadu teman rapatku yg jauh dimata....dialah tpt aku luahkan segalanya. Menangis or apa2pun aku pasti bgtau dia...sbb dia sempoi je...pdengar setia katakan...hahaha)


4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
(Aku tk mbenci or bdendam, so aku tk buat apa yg disarankan...hahaha)


5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
(Aktiviti mengaji....emmm kan bagus, lebih2 lagi di bulan Ramadhan ni)


6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
(Ya betul......diri ni tk sempurna, so terima jelah apa blaku seadanya.......huhuhu)


7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
(Kdg2 bkwn ramai sgt ni pusing kepala...lebih2 lagi jumpa org yg perangai pelik2...hahaha)

Akhir kata....................Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

3 comments:

Ken Wooi said...

bergembira dengan kawan kawan lain! =)

Admin said...

yup.....happy2kan diri

♥ nOr_sEteNaNg LaLaNg ♥ said...

kuatkan diri dan ingtlah...
setiap yang terjadi ad hikmahnya... ianya telah di tentukan oleh-Nya..
dekatkan dri dengan ALLAH SWT...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."