Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Tuesday, May 18, 2010

Wanita Islam Pertama Menang Ratu Cantik USA....Betul Ke Ni?

Entah nak komen apa pasal entry ni. Kelu pula lidah berkata2..he3. Bila dengar tajuk berita di Kosmo 'Wanita Islam Pertama Menang Ratu Cantik USA' rasa bangga sikit. Tapi bila tengok...emmmm entahlah. Anda sendiri komenlah.


LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.
Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan. 

Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah. 


Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010. 

Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional. 

Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza." 

Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian. 

Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - KOSMO

Sebenarnya tak de apa untuk dibanggakan pun. Walaupun cantik tapi terlalu mdedah apa yang terdedah. Apa2 jelah. Asalkan bahagia...ha3.

10 comments:

amar haziq said...

haihh..macam2..
lepas ni apa plak..tak taulah

jenguk2 lah blog saya k
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

mie said...

ayoyo!!!
mazhab apa la yg dia guna...
amalkan Islam dan kristian...
isk isk isk..

Admin said...

itu saya tak tahu....emmm. maybe sebelah family islam, sebelah kristian agaknya

zulaikhaablah said...

terkilan..terkilan..
huhu

izuddinrahim said...

ish2..dunia sekarang~

Aidi-Safuan said...

bukan islam la. nih arab jer kalau tak silap.
lebanon bukan negara islam. diorang negara arab jer pon.

nurmisnan said...

manusia hipokrit namanya..

Admin said...

entahlah...apa2 jelah

secret said...

cantiknye...he3....

Admin said...

bolehlah...seksi gitu..ha3

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."