Entah nak komen apa pasal entry ni. Kelu pula lidah berkata2..he3. Bila dengar tajuk berita di Kosmo 'Wanita Islam Pertama Menang Ratu Cantik USA' rasa bangga sikit. Tapi bila tengok...emmmm entahlah. Anda sendiri komenlah.
LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.
Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.
Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.
Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.






